Perlukah anda menjual emas milik anda apabila harganya jatuh..?
Ianya adalah butiran perbualan antara saya dengan anak seorang rakan saya, kata En Jeff Clark, pengarang Majalah Big Gold di Pusat Penyelidikan Casey ( Casey Research )
Anak muda ini seorang yang bijak tetapi merupakan seorang pelabur baru dalam bidang ini.
Baru-baru ini beliau telah membeli emas berdasarkan beberapa tips nasihat saya kepada bapa beliau. Tidak lama kemudian harga emas jatuh agak besar. Sebagaimana yang dijangkakan beliau kelihatan tidak berapa gembira dengan nasihat saya melalui email yang dihantar . Jadi saya memanggil beliau...
Saya: Kelihatannya anda nampak tidak gembira.
Anak rakan saya : Benar, apa yang perlu saya lakukan sekarang agaknya ? Malang sungguh nasib saya.
Saya: Kerana harga emas jatuh baru-baru ini?
Anak rakan saya: Ya, ianya jatuh 15% dalam masa sebulan! Saya fikir anda kata ianya adalah pelaburan yang baik.
Saya: Benar. Ianya benar-benar baik. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang ketika ini , anda sewajarnya membeli lebih banyak lagi emas.
Anak rakan saya: Saya mempunyai lebihan wang di bank, tetapi kenapa perlu saya menggunakannya untuk membeli emas? Ianya terbukti merugikan saya bila harganya jatuh seperti sekarang.
Saya: Kerana ia dalam sentimen jualan. Kerana harganya lebih murah sekarang berbanding ketika anda membelinya sebelum ini.
Anak rakan saya: Ianya tidak bermakna harganya akan kembali tinggi.
Saya: Sebagaimana yang saya maklumkan kepada ayah awak, tidak ada sebarang jaminan, tetapi saya menjangkakan harganya akan meningkat lebih tinggi. Apapun , emas tetap akan mengekalkan nilainya sepanjang masa. Kita memilikinya sebagai matawang alternatif , lebih bernilai dari wang kertas yang kita gunakan sekarang kerana ianya tidak boleh diturun nilai.
Anak rakan saya : Benar, wang milik saya merosot agak besar kini. Ianya perlu meningkat hingga 20% untuk saya mendapat modal saya kembali.
Saya: 5 tahun dari sekarang wang USD milik awak akan kehilangan nilai sekurang2nya 10% dari nilainya hari ini berdasarkan situasi ekonomi hari ini.Mungkin lebih tinggi dari itu. Dan harga emas akan terus melonjak lebih dari 10% setahun. Dalam beberapa keadaan ianya mungkin dilihat menuju kepada bubble ekonomi.
Anak rakan saya: [berdiam diri.]
Saya: Lihat, saya tahu anda tidak gembira, tetapi saya tidak suka melihat anda muram. Ianya adalah pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan pada dekad ini..
Anak rakan saya: Anda benar-benar percayakannya
Saya: Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa pada anda, tetapi Ya, saya benar-benar yakin dan percaya.
Anak rakan saya: Adakah kerana anda fikir inflasi akan melanda?
Saya: Ianya berlaku kerana banyak sebab, dan itu adalah salah satu antara sebabnya: Inflasi ibarat kek yang sedang dikukus menunggu masa untuk masak; masalah berpanjangan krisis matawang USD dilihat tiada penyelesaiannya; ekonomi global kini dalam keadaan amat bahaya & sedang menunggu masa untuk runtuh.
Faktor tersebut pasti akan melonjakkan harga emas di pasaran.
Faktor tersebut pasti akan melonjakkan harga emas di pasaran.
Anak rakan saya: Jadi kenapa masih berlaku kejatuhan harga emas?
Saya: Institusi besar perlukan wang tunai (cash) dan kecairan tunai di mana emas memainkan peranan tersebut membantu mereka. Lagipun, tidak ada sesuatu pelaburan yang akan terus naik terus menerus dan harga emas baru mencatat lonjakan harga 35%. Tiba masanya untuk pasaran berehat seketika.
Anak rakan saya: Bermakna kejatuhan harga emas ini langsung tidak merisaukan anda?
Anak rakan saya: Bermakna kejatuhan harga emas ini langsung tidak merisaukan anda?
Saya: Tidak sama sekali. Saya akan terus membeli emas. Malah, saya boleh buktikannya pada anda-hantarkan emas anda pada saya dan saya akan membelinya dari anda.
Anak rakan saya: [Berdiam diri.]
Anak rakan saya: [Berdiam diri.]
Saya: Saya tahu anda tidak merasa berapa gembira dengan situasi sekarang. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk harga emas kembali bergerak tinggi. Tetapi amat penting untuk kita memiliki logam tersebut pada hari ini.
Ianya adalah pelaburan jangka panjang, jadi perancangan yang bijak dengan memegangnya sementara waktu amat penting. Malah, sebenarnya anda tidak perlu terlalu memikirkan yang anda sedang memilikinya- pergi buat sesuatu yang menyeronokkan seperti bergembira dengan rakan-rakan di pub.

Anak rakan saya: [tertawa kecil].
Saya: Saya tidak fikir anda membuat kesilapan kerana membeli pada harga yang anda lakukan sekarang, walaupun pada ketika ini harga sedang bergerak lebih rendah. Percayalah, dalam tempoh beberapa tahun anda pasti akan merasa gembira.
Anak rakan saya: Baiklah...
Saya gembira kerana anak rakan saya mengambil keputusan untuk bertahan, kerana perbualan kami berlaku pada sekitar bulan Jun 2006. Beliau membeli emas pada harga sekitar USD$700/ounce dan sebulan kemudian harga emas jatuh serendah USD$567/ounce.
Harga emas jatuh sekitar 21% dalam tempoh 5 minggu selepas kenaikan 35% sebelumnya (macam biasa dengar bukan?). Dan benar, ia mengambil masa setahun sebelum ia melonjak ke harga baru tertinggi.
Hari ini, anak rakan saya- lebih berusia dan matang- berharap beliau dapat kembali semula ke zaman tersebut dan membuat 'kesilapan sekali lagi' dengan membeli emas pada harga USD$700/ounce. Pelaburannya kini bernilai lebih dari 2 kali ganda, walaupun membuat belian pada ketika harga berada di paras tertinggi pada tahun 2006.
Saya fikir beberapa tahun akan datang kita semua mungkin berdoa agar boleh kembali ke masa silam dan membeli emas pada harga USD$1,700/ounce sebagaimana harganya hari ini. Dan saya percaya anda tentu akan mempunyai perasaan yang sama sekiranya harga emas jatuh kepada USD$1,500/ounce, sebagaimana jangkaan sesetengah para penganalisis.
Saya fikir suasana hari ini lebih teruk-menyebabkan keyakinan pasaran semakin tinggi terhadap logam emas berbanding suasana pada tahun 2006.
Lihat berapa banyak wang yang telah dicetak hari ini (melebihi USD$2.6 trillion ,berlambak dipasaran kewangan hari ini, peningkatan 200% sejak tahun 2006). Lihat keadaan ekonomi global yang semakin memburuk akibat dasar kewangan boros kerajaan.

Mengambilkira masalah hutang yang membelenggu banyak negara Eropah dan kekusutan Kerajaan mereka untuk mencari jalan penyelesaian selain dari mencetak lebih banyak wang, bagaimanakah agaknya krisis sedemikian boleh diselesaikan dengan cara sihat?
Tanya diri anda adakah matawang USD kini semakin dipinggir oleh masyarakat antarabangsa (secara kasarnya 10% daripada hasil pendapatan K'jaan US terpaksa digunakan untuk membayar kembali hutang negara yang jumlahnya bukan semakin berkurang malah bakal meningkat 3 kali ganda).

Jelaskan bagaimana amalan perbelanjaan defisit tidak terkawal akan membawa kebaikan tanpa menyebabkan berlaku impak buruk kepada ekonomi global (sejarah membuktikan kegagalan mengurus perbelanjaan defisit membawa kepada keruntuhan ekonomi dan suasana pada hari ini tidak terkecuali).
Beritahu saya bagaimana kita mampu mengelak inflasi besar melanda, sesuatu yang dilihat hampir pasti berlaku pada ketika ini dimana satu-satunya jalan yang ada adalah , kita terpaksa terima hakikat berlakunya satu lagi kemelesetan ekonomi besar2an secara global, dan uniknya pihak Rizab Persekutuan di US akan terus mencetak wang untuk kononnya menggerakkan kembali ekonomi.
Seperti yang saya maklumkan kepada anak rakan saya, tiada sebarang jaminan ke atas sesuatu perkara.
Tetapi sehingga kadar faedah kembali positif semula, pemimpin kerajaan benar2 jujur mencari jalan penyelesaian ke atas krisis hutang dan defisit, ekonomi global menjadi enjin mencatat pertumbuhan, isu hutang berdaulat di Eropah benar-benar dapat diselesaikan dengan menyeluruh dan matawang global- terutamanya US Dollar kembali mengukuh, saya akan terus membeli logam emas sebagai perlindungan diri.
Benar, akan berlaku turun dan naik harga (volatility). Benar, penyelesaian jangka pendek sebagai contoh: kegagalan kerajaan sesebuah negara membayar hutang sebagaimana berlaku di Greece akan menyebabkan sebahagian pelabur bertindak menjual emas milik mereka untuk mendapatkan 'cash' bertujuan menampung keperluan hidup mereka.
Tetapi sebagaimana musim panas tahun 2006, ianya dilihat bersifat sementara kerana berlaku pembetulan kecil harga pasaran.
Sebagai persiapan di masa hadapan, tidak ada mana-mana matawang yang mampu memberi perlindungan ke atas asset dan kekayaan seseorang melainkan simpanan dalam bentuk emas dan perak.

Peranan yang memang telah dimainkan oleh 2 logam beharga ni sejak beribu tahun dahulu tanpa gagal.
No comments:
Post a Comment