Thursday, December 15, 2011

JIM ROGERS : SITUASI EKONOMI AKAN MENJADI BERTAMBAH BURUK DARI HARI KE HARI. SESUATU YANG LUCU UNTUK BERFIKIR BAHAWA MASALAH HUTANG YANG BERTIMBUN BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENAMBAH LEBIH BANYAK HUTANG

Pelabur lagenda global yang juga merupakan Pengerusi  Rogers Holding , syarikat pelaburan terkemuka yang berpengkalan di Singapura, En Jim Rogers meramalkan suasana ekonomi akan lebih sukar dan tidak menentu pada masa akan datang. 

Beliau melihat Amerika Syarikat mempunyai masalah ekonomi yang lebih besar dari rakan Eurozonenya ketika ini.
"Anda perlu memiliki aset nyata (real asset) sekiranya anda ingin kekal selamat," kata beliau.

En Rogers sedang dalam rangka lawatan kerja sempena pra Krismas minggu ini, bercakap kepada perbagai media perniagaan di US tentang strategi pelaburan beliau, komoditi, logam beharga, ekonomi negara Amerika, krisis hutang Eropah, plan Quantitative Easing dan perasaan tidak percaya beliau kepada Rizab Persekutuan (Federal Reserves) adalah antara topik yang diutarakan.

Bercakap kepada Maria Bartiromo dalam rancangan terbitan CNBC's Mapping the Market pada hari Selasa, En Rogers mengulangi pandangan beliau mengenai ekonomi Amerika Syarikat : Pada 2002 kita mula menghadapi masalah, 2008 keadaan bertambah buruk - kadar bebanan hutang US  melonjak tinggi  - pada 2013, atau tidak kira tahun yang akan datang, ianya akan menjadi bertambah buruk kerana paras hutang akan meningkat hingga melepasi paras siling.

"Ianya akan menjadi buruk dan bertambah teruk dari hari ke hari...Kita mengacukan pistol di kepala, kita membazirkan banyak wang," tambah En Rogers.

Pelabur lagenda ini juga mempersoalkan sementara krisis hutang yang melanda Eropah melibatkan beberapa negara secara individu seperti Greece. Ireland, Italy, Sepanyol dan Portugal, "Kesatuan Eropah secara keseluruhannya bukan sebuah gabungan negara yang mempunyai hutang yang besar berbanding Amerika Syarikat yang merupakan negara yang menanggung hutang terbesar dalam sejarah.



Dalam nada sinis biasanya yang gemar berterus terang, En  Rogers memberitahu stesyen CNBC: "Akhirnya orang ramai akan berkata, tunggu dulu, kita telah berusaha meletakkan kedudukan kita ditempat yang sewajarnya, situasi sebelum ini lebih teruk lagi.

"Masalah hutang yang bertimbun ini tidak boleh diselesaikan dengan menambah lebih banyak hutang. Ianya adalah sesuatu yang amat mengarut."

Jadi apakah strategi pelaburan beliau dalam berhadapan persekitaran ekonomi hari ini?

"Pada ketika ini saya tidak melakukan apa-apa. Hanya duduk dan lihat." kata Rogers kepada Bartiromo. 

Saya membuat belian jangka pendek pasaran teknologi di US, pasaran baru dan saham di Bursa Eropah serta membuat pelaburan jangka panjang dalam komoditi.
Beliau juga memegang matawang termasuk Japanese Yen, Swiss Franc, US Dollar dan sedikit matawang Euros. 

En Rogers, kerap menggelar matawang US dollar sebagai  "bencana terbesar untuk jangka panjang".

Menjelaskan perkara ini beliau berkata,matawang USD ketika ini "jatuh dengan teruk sekali dan dengan kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia hari ini, sesetengah pelabur melarikan diri mereka dari USD," sambil menekankan beliau tidak fikir matawang USD mempunyai sifat perlindungan nilai yang selamat (a safe haven).

Mengenai Eropah pula En Rogers menambah : " Mereka [the Europeans] cuba melegakan kita buat sementara waktu  [merujuk kepada usaha yang dilakukan semasa Sidang Kemuncak EU pada 9 Disember lepas], jadi krisis hutang Eurozone dilihat seolah masih dapat diurus dan terkawal tetapi kita harus berhati-hati," amaran beliau.
"Ianya tidak menyelesaikan sebarang masalah, tidak ada sebuah negara Euro yang berikrar akan mengurangkan hutang pinjaman mereka bagi tempoh setahun , dua atau tiga tahun akan datang." Kesemua mereka akan mempunyai kadar hutang yang semakin bertambah, masalah ini akan menjadi semakin buruk, tambahnya.
"Dan apabila keadaan dilihat tidak mampu akan pulih, mereka akan mula mencetak lebih banyak wang kertas Euro. Apabila mereka mula mencetak wang, anda perlu memiliki logam Perak, memiliki beras atau komoditi lain, anda perlu memiliki asset nyata (real asset) jika anda berhasrat untuk kekal selamat," tambah En Rogers.

Berkaitan Logam Emas

Ketika ditanya adakah harga emas akan melepasi angka US$2,000/ounce pada 2011, beliau berkata.....mungkin, tetapi En Rogers dilihat agak sedikit ragu.

"Harga emas telah naik terus menerus selama 11 tahun berturut-turut dan ianya adalah sesuatu yang luarbiasa bagi mana-mana kelas asset.," 

Beliau menambah ianya tidak akan memeranjatkan beliau sekiranya harga emas tidak meneruskan aliran kenaikannya  buat sementara waktu.

Saya harap pembetulan harga emas akan berterusan dan harga emas terus jatuh agar saya boleh membeli lebih banyak lagi emas di pasaran.

Harga logam emas jatuh ke paras terendah pada minggu ini. Ianya jatuh US$1,705 per ounce pada waktu tengahari di London. 

Pelabur US menyaksikan harga emas ditutup 2.1% lebih rendah dari Jumaat lepas iaitu pada harga US1,745 per ounce.

"Harga emas dilihat masih mengekalkan nilainya ekoran sokongan belian berterusan," kata En Andrey Kryuchenkov dari VTB Capital's.


"Sebarang reaksi negatif dari sidang kemuncak Eropah hari ini akan dilihat hanya memberi kerugian yang terhad terhadap emas berbanding asset lain...keadaan turun naik harga logam beharga juga dipengaruhi oleh kebimbangan pertumbuhan dikalangan pelabur.


"Sebarang pergerakkan harga di bawah US$1,700 akan dilihat berlaku kerugian terhadap harga sokongan utama kami (key support) pada harga US$1,680 dan jangkaan kenaikan untuk tempoh Januari 2012," menurut En Krychenkov.

Penangguhan plan QE3

Dalam satu temuramah bersama Yahoo Finance’s “Breakout” pada hari Rabu lepas, En Rogers mempertikaikan bahawa Federal Reserves tidak bercakap benar mengenai plan quantitative easing.
”Federal Reserves sebenarnya “berbohong kepada kita,” tegas En Rogers.

“Satu sebab mengapa pasaran masih lagi boleh bertahan  dan agak terkawal kerana mereka telahpun mencetak wang seberapa cepat yang boleh.”

Walaupun tidak diiktiraf secara rasmi, "Plan QE3, telahpun berjalan. Federal Reserves telahpun mengepam atau mengalirkan wang kertas ke dalam sistem kewangan  , sambil mempertikaikan kenyataan Federal Reserves yang menafikannya dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini.

Beliau menyanggah bahawa kadar faedah rendah yang dicipta oleh Federal Reserves ketika ini adalah "sesuatu yang seiring dengan perlaksanaan QE3."
"Apa yang dilakukan oleh Federal Reserve ketika ini sebenarnya merosakkan keseluruhan golongan pelabur," tambah En Rogers lagi.

Sediakan diri anda dengan kadar inflasi yang lebih tinggi

Dalam temubual bersama Newsmax.TV pada hari yang sama. En Rogers meneruskan nada tidak percaya , kali ini beliau mempertikaikan kadar data pengangguran dan inflasi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.


"Kerajaan Amerika jelas berbohong tentang data angka yang mereka keluarkan. Jangan dengar sebarang nasihat dari Kerajaan sedemikian, kecuali anda ingin berakhir menjadi seorang yang bankrupt," 
Kadar pengangguran di US jatuh ke paras terendah dalam masa 32 bulan pada kadar serendah 8.6% pada  November 2011,sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan Amerka Syarikat Jumaat lepas.

Angka rasmi menunjukkan kadar pengangguran jatuh 9% lebih rendah dari bulan sebelumnya dengan pertumbuhan ekonomi berjaya mencipta 120,000 peluang pekerjaan baru.

Data yang menjadi bahan ketawa dan lawak jenaka oleh ahli ekonomi di Amerika sendiri.

No comments: