Saturday, December 17, 2011

12 FAKTOR UTAMA' BULLISH' MENDORONG LONJAKAN HARGA EMAS KEPADA USD2,000/AUNS DI PASARAN WALAUPUN BERLAKU KEJATUHAN HARGA BARU-BARU INI

Versi terbaru ucapan En Jeff Nichols'  yang telah di edit semasa sidang kemuncak Emas dan Logam Beharga di Shanghai, China.

Penulis : Jeffrey Nichols
Diterbitkan : Jumaat ,
16 Dec 2011

NEW YORK -


Penganalisis dan peramal, samada berkaitan ekonomi, pasaran saham, atau logam beharga (precious metal) kerapkali tersilap dalam ramalan mereka....tetapi kami tidak pernah merasa ragu atau sangsi.


Terpulang kepada anda - para pelabur - untuk mendengar ,menilai, merasa ragu, dan membuat keputusan sendiri berhubung masadepan harga emas dan peranan yang mungkin dimainkan oleh logam beharga berkenaan terhadap portfolio pelaburan dan plan simpanan peribadi milik anda.


Saya tidak pernah merasa ragu bahawa harga emas akan terus bergerak tinggi untuk beberapa tahun yang akan datang. Mungkin sesetengah orang melabel saya sebagai  "gold bug."  Saya amat yakin dan percaya harga emas dalam tempoh terakhir dekad ini, akan mencecah 3 kali ganda dari harganya ketika ini.

Harga pada kedudukan $3,000, $4,000, atau mungkin  $5,000/ ounce adalah sesuatu yang dilihat pasti belaku bagi jangka masa panjang era pasaran ' bull market ' yang dilihat akan berterusan untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Walaupun berlaku penurunan harga emas yang agak ketara ketika ini, saya akan merasa terkejut untuk melihat sekiranya harga emas di pasaran terus jatuh ke bawah angka 3 digit - iaitu dibawah $1,000/ ounce dalam suasana ekonomi hari ini.


Namun harga emas akan kekal naik dan turun (extremely volatile) - dengan trend kenaikan dan penurunan harga yang agak besar di pasaran.


Malah, pembetulan harga besar2an- seperti kejatuhan harga yang dicatat antara 6 Sept 2011, bilamana harga emas berada di kedudukan tertinggi dipasaran iaitu pada paras US$1,924/ounce sebelum  jatuh ke paras terendah  US$1,550 hari ini  (kejatuhan hampir 20%) - akan mendorong ramai pelabur, penganalisis ekonomi mahupun politik mengistiharkan 'kematian' terhadap logam emas...atau sekurang-kurangnya.....berakhirnya pasaran 'bull market' yang dinikmati oleh kita semua lebih 12 tahun berturut2 yang lalu.


Walaupun dari segi sejarah, kejatuhan harga emas sehingga 20% bukanlah sesuatu yang asing dan tidak pernah berlaku sebenarnya.


Pada tahun 2008, pada ketika krisis sub prima di Amerika Syarikat bilamana Lehman Brothers diistihar bangkrap, harga emas jatuh lebih dari 20% dan mengambil masa yang lama dan agak perlahan untuk kembali pulih- walaupun akhirnya pulih kembali dan meneruskan aliran kenaikannya.


Dan pada tahun 1970an, berlaku pembetulan harga emas beberapa kali antara 15 hingga 20%- semuanya dalam tempoh era pasaran 'bull market'.

Malah, walaupun harga terendah dan tertinggi emas dalam sejarah didominasi oleh US Dollar, apabila kita membuat perbandingan dengan kebanyakkan matawang lain , harga logam beharga ini kekal menghampiri paras rekod tertingginya.

Harga emas pada masa yang akan datang akan kekal berfungsi seperti masa lalu iaitu sebagai gambaran kepada keadaan ekonomi dunia, demographic dan perkembangan politik. Di sini saya meninjau beberapa trend dan perkembangan berkaitan emas - agar anda boleh membuat rumusan sendiri berhubung dengannya.

BLOK ASAS KEYAKINAN TERHADAP LOGAM EMAS

Biar saya senaraikan blok asas-asas keyakinan yang terbina terhadap logam beharga ini pada masa kini dan akan datang- dan kemudian saya akan bincangkan beberapa faktor 'bullish' mengenainya dengan lebih terperinci.


Anda akan sedar kebanyakkan faktor tersebut saling berhubung kait antara satu sama lain- tetapi lebih mudah dalam perbincangan ini kita fikirkannya secara berasingan dan berbeza.
  • Asas keyakinan pertama- Dengan mengkaji dasar polisi kewangan (monetary) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah lalu dan bakal dilaksanakan. Ciri kadar faedah yang rendah atau negatif  tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah penciptaan wang oleh Bank Pusat Kewangan.
  • Kedua - Kebuntuan bajet Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat, peningkatan hutang berdaulat negara tersebut hingga menghakis kepercayaan kredit rating Amerika Syarikat.
  • Ketiga - Jangkaan akan berlaku susut nilai matawang US Dollar dalam pasaran matawang dunia...dan penurunan berterusan kuasa beli USD bagi pengguna di Amerika.
  • Keempat- Ketidakmampuan membayar hutang yang semakin meningkat dikalangan beberapa negara Eropah- membawa kepada keruntuhan Kesatuan Kewangan Eropah dan pengabaian terhadap matawang tunggal Euro oleh beberapa negara yang merupakan ahli Kesatuan Eropah sendiri.
  • Kelima- Jangkaan akan berlaku inflasi global lebih pantas dari yang dijangkakan  dalam tempoh terdekat - didorong oleh amalan agresif  penciptaan wang kertas di pasaran, pertumbuhan populasi penduduk dunia, dan perubahan diet dikalangan masyarakat yang lebih gemar memilih daging dan protein....sebagai makanan rutin...serta disokong oleh kenaikan berterusan kos pertanian dan harga industri komoditi dari sebuah negara ke negara yang lain.
  • Keenam - Peningkatan ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan Utara Afrika. Bilamana regim autokratik berjaya ditumbangkan...tetapi pihak atau puak2 yang mengambil alih kuasa di sesetengah negara dilihat menghalang peralihan kuasa dilaksanakan secara demokrasi dan teratur. . . menyebabkan berlaku implikasi terhadap bekalan dan harga minyak mentah dunia. Juga ancaman Iran yang dilihat kekal dengan dasar tidak menentu Kerajaannya.
  • Ketujuh- Peningkatan kemewahan dikalangan negara yang dianggap 'kuasa ekonomi baru muncul' yang berhubungkait dengan permintaan dan 'selera' besar mereka terhadap barang kemas perhiasan, pelaburan peribadi dan permintaan simpanan bersandarkan emas- terutamanya di China dan India serta beberapa negara yang dianggap mempunyai dasar 'mesra emas' & menjadikan logam beharga tersebut sebagai rizab negara.
  • Kelapan- Satu perkara yang saya percaya sangat penting  untuk pembangunan jangka panjang pasaran emas - kesan peningkatan kekayaan terhadap ekonomi Bank Pusat....menyebabkan beberapa negara yang selama ini terkenal menjadikan matawang US Dollar sebagai rizab simpanan berbanding emas, kini dilihat mempelbagaikan rizab rasmi negara melalui pembelian dan pengambilalihan logam emas secara besar2an & lebih agresif di pasaran.
  • Kesembilan- Pembangunan dan populariti pelaburan emas melalui platform yang baru dan keberkesanan saluran pengedaran - terutamanya Bursa Dana Dagangan Emas atau lebih dikenali Gold Exchange Trade Fund(ETF) yang memudahkan pelaburan emas fizikal oleh pelabur samada golongan runcit atau institusi.
  • Kesepuluh- Pemansuhan dari segi perundangan pemilikan emas (legal)  di beberapa negara terutamanya China dan peningkatan penyertaan pelabur....mencerminkan pertumbuhan minat yang besar dikalangan orang ramai untuk memiliki fizikal emas bagi tujuan mempelbagaikan portfolio pelaburan. Juga minat tinggi dikalangan pelabur professional baru secara besar-besaran di pasaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini - termasuk para pesara, yayasan atau khazanah, syarikat insuran, dan terutamanya dana lindung nilai (hedge funds)
  • Kesebelas - kekuatan kecairan tunai kebanyakkan sektor Kerajaan di beberapa negara  dan permintaan tinggi dari Bank Pusat. Ia jelas  telah mengurangkan  bekalan emas sediada di pasaran dunia...dan bermakna jumlah bekalan emas sedia ada yang tinggal di pasaran amat berkurangan untuk menampung minat belian pembeli yang 'laparkan emas' kecuali mendapatkannya pada harga yang meningkat tinggi. Malah kebanyakkan pelabur baru hari ini tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk menjualnya , walau ditawar dengan harga yang tinggi.
  • Dan faktor kedua belas yang menyokong kenaikan harga emas di pasaran dunia adalah :- walaupun berlaku peningkatan terhadap pengeluaran syarikat2 perlombongan emas dunia tetapi ianya masih  gagal memenuhi permintaan global yang semakin tinggi untuk logam tersebut di pasaran. Malah penemuan lombong baru hanya akan mengambil masa antara 5 hingga 10 tahun untuk benar-benar mampu menyumbang kepada bekalan di pasaran. Sementara sumber sedia ada dilihat semakin berkurangan kerana amalan 'tidak mesra pelabur' beberapa negara pengeluar emas sendiri yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai operator pengeluar dengan baik selain bekalan emas sedia ada kebanyakkannya telah habis dilombong atau menyusut teruk kesan aktiviti perlombongan tidak terkawal.
Kesemua 12 asas keyakinan yang dinyatakan tadi menghasilkan jurang yang amat besar antara bekalan emas dunia dan jumlah permintaan pelabur. 


Jurang yang hanya mampu ditampung dengan menyaksikan peningkatan harga emas yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.


EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa faktor yang akan mempengaruhi kenaikan harga emas (bullish factors) dipasaran, dan kita mulakan di negara yang dianggap sebagai pusat kemusnahan ekonomi global -Washington D.C.

Ekonomi Amerika Syarikat masih berhadapan dengan kesukaran ketara akibat amalan pembaziran dan perbelanjaan boros selama bertahun2 oleh samada sektor kerajaan mahupun swasta di sana. 


Kita dengan mudah melaksanakan perbelanjaan melebihi kemampuan, atas perbelanjaan yang tidak diperlukan  dan lebih teruk lagi dengan wang yang sebenarnya tidak kita  miliki.


Hari ini kita terpaksa membayar balik pinjaman- dan ia akan mengambil masa bertahun lamanya bagi membolehkan hutang awam dan pihak swasta ini tidak menjadi bebanan ke atas ekonomi negara.

Kesannya , Amerika terjerat di tengah2 kemelesetan ekonomi yang berterusan dan berpanjangan walaupun ianya cuba disorokkan oleh Kerajaan dengan data dan statistik lebih baik yang bagaimanapun langsung tidak mencerminkan permasalahan ekonomi yang sedang berlaku dari kacamata pakar ekonomi terkenal dari seluruh dunia.

Walaupun berlaku peningkatan terhadap perbelanjaan pengguna, data petunjuk pekerjaan yang menunjukkan pemulihan, idea dasar dan usaha berterusan dari pegawai Rumah Putih dan jangkaan ekonomi lebih baik oleh mainstream media seperti Bloomberg, CNBC dsbnya, ekonomi US dilihat  kekal berada dalam keadaan kemelesetan yang berpanjangan malah lebih teruk.

Biasanya, kemerosotan ekonomi akan bertindakbalas terhadap dasar fiskal jangka pendek yang agresif dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan cukai untuk melonjakkan permintaan.


Tetapi dasar fiskal bergerak ke arah bertentangan- dan dilihat seperti terus menuju ke arah yang salah, menyebabkan pemulihan ekonomi semakin sukar.

Beberapa bulan lalu, Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat nyaris bangkrap kerana berhadapan masalah membayar hutang yang telah mencapai mandat siling yang ditetapkan.


Ianya dijangka akan berulang lagi pada tahun hadapan bilamana agregat hutang Kerajaan Persekutuan sekali lagi menghampiri had silingnya dan perbahasan berterusan berkaitan bajet 2012 yang jelas memaparkan kegagalan Washington mengurus sikap berpuak2 parti Demokrat dan Republikan dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan ekonomi negara. 


Ketidakupayaan Amerika untuk mengurus dasar fiskalnya dengan baik, lambat laun bakal mengakibatkan kejatuhan jangka panjang berterusan matawang US Dollar di pasaran dan ianya bakal  mempengaruhi dominasi matawang US Dollar tehadap kenaikan harga logam emas.


Dengan dasar fiskal yang berada dalam keadaan kucar kacir, Amerika Syarikat sekali lagi akan bergantung kepada polisi kewangan dan Federal Reserve untuk menangani keadaan kemelesetan kewangan terutamanya peningkatan pengangguran yang kekal tinggi - yang bakal diburukkan lagi oleh kesan inflasi yang bakal berlaku.

Setakat ini indikator inflasi utama Federal Reserves -apa yang dikenali sebagai "core" atau teras kadar inflasi (tidak termasuk makanan dan tenaga, seolah-olah barangan tersebut bukan sebahagian daripada belanjawan setiap keluarga) - telah tertakluk pada suasana ekonomi yang lemah.


Bagaimanapun lambat laun, pertumbuhan ekonomi yang lembab dan amalan mencetak wang diperingkat global pasti akan mempercepatkan inflasi sekaligus melonjakkan harga barangan dan perkhidmatan.


Tetapi , sekuat manapun usaha yang dilakukan Federal Reserves , ianya tidak boleh berjaya jika berseorangan dalam hal ini. Tanpa pembaharuan (reform)  yang bermakna dan ketara terhadap dasar fiskal negara- dengan perbelanjaan jangka panjang yang boleh dipercayai dan sasaran hasil pendapatan yang jelas- peranan US Dollar sebagai matawang rizab atau asset tunggal rasmi yang unggul mungkin akan berakhir.

Walaupun tanpa perancangan baik pembaharuan fiskal jangka panjang, pasaran tempatan & kewangan dunia menuntut kerajaan Amerika Syarikat lebih serius dalam menangani krisis  seperti langkah pemotongan cukai dan penjimatan perbelanjaan. Bagaimanapun langkah sedemikian  jika dilaksanakan akan memberi kesan fiskal jangka panjang terhadap ekonomi yang telah goyah.


Untuk mengatasi masalah ekonomi yang semakin memburuk dan mengimbangi kesan negatif pengetatan fiskal ,Federal Reserves akan terpaksa memulakan sekali lagi langkah mencetak wang melalui plan 'Quantitative Easing' seawal tahun hadapan- dan ianya sudah tentu akan memberi implikasi terhadap inflasi,kadar pertukaran matawang US Dollar dan mempengaruhi harga emas pada masa hadapan.


Pada pandangan saya, sebarang tanda kelemahan berterusan terhadap situasi perniagaan di Amerika Syarikat  adalah berita baik terhadap pergerakkan harga emas yang lebih tinggi.



Ini kerana Federal Reserves dilihat lebih cenderung untuk meneruskan langkah agresif polisi mencetak wang dengan mencetak seberapa banyak wang yang boleh dengan lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar- daripada memikirkan cara terbaik lain untuk memulihkan ekonomi.

Walaupun mereka cuba menafikannya, Federal Reserves dan Perbendaharaan Amerika jelas lebih gembira melihat matawang US Dollar terus lemah dan kadar inflasi  meningkat tinggi.

Mengapa? Kerana dengan kadar inflasi yang lebih tinggi dalam tempoh beberapa tahun sebenarnya menghasilkan cukai yang tidak kita sedari , dan ianya akan mengurangkan nilai sebenar hutang Amerika sebagai peratusan daripada KDNK nominal, dan membawa ratio (nisbah hutang-kepada-KDNK) kembali ke norma sejarah boleh diterima.



Samada ianya betul atau salah, teori ekonomi konvensional berkata matawang US Dollar yang lemah akan merangsang ekonomi Amerika Syarikat melalui imbangan perdagangan yang bertambah baik.


KRISIS HUTANG EROPAH

Sementara pembuat dasar Amerika Syarikat dilihat membohongi rakyat, sebahagian negara Eropah yang ekonomi mereka sedang nazak seperti Geece,
Ireland, Portugal, Spain, dan terbaru Italy- dilihat terpaksa  memotong perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar cukai walau sedar ianya bakal memberi kesan kepada suasana politik dan sosial negara dengan harapan untuk mengelak  bankrap akibat kegagalan kerajaan membayar hutang.


Malangnya sebagaimana di Amerika Syarikat,  kekangan fiskal yang dilaksanakan oleh semua negara ini - bukan bertindak sebagai penawar- tetapi dilihat membunuh pesakit dari mengubati penyakit sebenar.


Walaupun bertujuan baik, tetapi pendapatan kerajaan terus jatuh dan negara terlibat dilihat semakin terjerumus ke dalam lubang kemelesetan yang semakin dalam.



Dari niat awal untuk meningkatkan akses kepada kredit, situasi kewangan negara terlibat terus merosot dengan teruk . . . dan pasaran modal menuntut kadar faedah lebih tinggi untuk membiayai semula hutang kerajaan yang telah matang- kos menjadi tidak tertanggung dan meletakkan negara tersebut ke dalam lubang hutang yang bertambah dalam.

Sebagaimana kita semua dapat lihat kini, para pengundi di negara terlibat terpaksa menerima tempiasnya betapa mereka perlu melaksanakan amalan perbelanjaan lebih ketat dan berjimat cermat.



Bagaimanapun lambat laun, kerajaan baru yang bakal dilantik akan berpatah balik kepada dasar asal, memilih untuk mengurangkan penjimatan dan menyokong lebih banyak rangsangan inisiatif fiskal untuk memenangi hati pengundi sebagaimana dilakukan oleh Barrack Obama.

Prestasi ekonomi Eropah yang bertambah buruk telah memaksa Bank Pusat Eropah (ECB) melanjutkan dasar kewangan yang lebih bersesuaian & bertolak ansur.

Jurang perbezaan besar antara negara utama ekonomi Eropah (diketuai oleh Jerman dan Perancis) dan negara Eropah lain yang lemah juga dilihat memberi ancaman berterusan kepada dayamaju matawang tunggal Euro.



Mengambilkira ketidakupayaan matawang Euro berbanding US Dollar dan emas sebagai pelaburan lindung nilai, setakat ini pasaran modal lebih memilih matawang US Dollar sekaligus melindungi kelemahan matawang tersebut dan menyumbang kepada kejatuhan harga emas dari paras tertingginya pada bulan Sept 2011.

Sebarang inisiatif untuk menyelamatkan ekonomi negara yang semakin bangkrap, sebagaimana yang telah berkali-kali kita lihat, akan berterusan menjadi usaha yang terlalu kecil, terlalu lambat.. dan hanya bersifat penangguhan sementara sebelum ekonomi negara terlibat runtuh sepenuhnya.

Apa yang hilang sebenarnya adalah semangat satu negara sebagaimana yang dinikmati atau dikongsi oleh kebanyakkan warga Amerika. Dinegara ini, kepentingan Amerika adalah yang pertama- bukan New Yorkers, Floridians, atau Californians.  



Tetapi orang Germans adalah Germans dan orang Greeks adalah Greeks.  Mereka tidak melihat diri mereka sebagai orang Eropah dan perlu mengutamakan bangsa Eropah terlebih dahulu.



Orang German tidak melihat mengapa mereka perlu bekerja keras untuk membantu menyelamatkan (bail out) rakan Greeks atau Italy yang mereka sifatkan sebagai : pemalas dan tidak suka bekerja kuat, bersara terlalu awal , dan  suka mengambil mudah terhadap sesuatu perkara.

Tambahan pula, jurang antara kadar inflasi, produktiviti ekonomi dan daya saing antarabangsa yang memisahkan antara negara kuasa teras ekonomi Euro berbanding negara miskin Euro terlalu besar  untuk dihubung dan dipermudahkan jalan penyelesaianya dengan hanya perlaksanaan matawang tunggal Euro.

Ekonomi lemah beberapa negara Eropah sebenarnya tidak mempunyai daya saing berbanding dengan jiran Eropah mereka di sebelah utara yang lebih kaya.



Sebelum perlaksanaan matawang tunggal Euro,negara-negara ini boleh mengekal dan mendapatkan semula daya saing mereka dengan kaedah menyusutkan nilai matawang individu negara masing2 - tetapi dengan perlaksanaan perkongsian matawang tunggal Euro, negara terlibat tidak lagi boleh menjadikan langkah tersebut sebagai pilihan kerana seluruh Kesatuan Eropah berkongsi matawang dan polisi kadar pertukaran yang sama.

Satu-satunya perkara yang mampu mengekalkan daya saing matawang tunggal Euro hari ini adalah perpisahan semula negara Kesatuan  Euro sendiri untuk mengurus ekonomi ikut negara atau sempadan masing2 yang sudah tentu menuntut kos yang tinggi- perpecahan yang mustahil dapat di urus oleh mereka.

Sekalipun matawang Euro mungkin terselamat dari krisis ini,  peranannya sebagai asset rizab telah terjejas dengan teruk dipasaran kewangan, sekaligus meningkatkan minat Pengurus2 Bank Pusat untuk memilih logam emas sebagai rizab dan bersikap skeptikal terhadap dominasi matawang Euro sebagai asset rizab.



Dengan imej matawang Euro yang tercemar teruk, krisis pembiayaan hutang berkala yang tidak berkesudahan dan kebimbangan kemungkinan negara Kesatuan Eropah (Euro) berpecah belah, ianya sudah tentu memberi manafaat lebih besar kepada pergerakkan harga emas yang lebih tinggi di pasaran pada masa akan datang.


Untuk merumuskan situasi ekonomi : Saya tidak fikir samada ekonomi Amerika Syarikat ataupun Eropah menuju kepada keruntuhan ekonomi secara menyeluruh (total collapse). 
Sebaliknya untuk beberapa tahun akan datang, kita bakal  bergelut dengan aktiviti ekonomi sub-par, kadar pengangguran tinggi dan kenaikan inflasi.


LIBERISASI EKONOMI DI CHINA MENDORONG PENINGKATAN TERHADAP PERMINTAAN

Sebarang perbincangan mengenai logam emas tidak akan sempurna tanpa melihat dan membicarakan pengaruh dan kepentingan yang dimainkan oleh Negara China terhadap pasaran dan harga logam beharga dunia.

Sebagaimana yang kita ketahui, pelaburan peribadi terhadap logam emas adalah sesuatu yang dilarang dan pasaran emas tempatan dikawal ketat sejak lebih dari 5 dekad lalu bilamana Parti Komunis berkuasa di China pada tahun 1949.  



Semenjak pemansuhan larangan pemilikan dan pelaburan emas secara individu oleh Kerajaan China terhadap rakyatnya dan dasar liberisasi pasaran bermula pada tahun 2002, selera masyarakat di sana untuk memiliki logam beharga tersebut amat tinggi.

Sebahagian besar pertumbuhan permintaan logam emas di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipengaruhi oleh langkah liberisasi kerajaan terhadap pasaran tempatan, usaha kerajaan China menggalakkan pelaburan emas secara peribadi dikalangan rakyat,  pembangunan terhadap mekanisme pelaburan baru dan  saluran pengagihan yang efektif.

Pertumbuhan pesat pendapatan isi rumah (household incomes), peningkatan jumlah golongan pertengahan, peningkatan kekayaan dikalangan masyarakat juga adalah faktor penting menyumbang kepada peningkatan permintaan untuk barang kemas perhiasan serta pemilikan emas untuk tujuan simpanan dan pelaburan peribadi dikalangan rakyat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Bank Pusat China , The People's Bank of China (PBOB) ,juga telah menjadi antara pembeli emas penting di pasaran. Dua setengah tahun yang lalu pada April 2009 - PBOC mendedahkan mereka telah membeli sebanyak 454 tan emas dalam tempoh sekitar 6 tahun sebelum ini iaitu purata sebanyak 75 tan setiap tahun.

Sejak itu tiada bukti kukuh menunjukkan PBOB membuat sebarang tambahan belian logam emas.....tetapi tekaan saya Bank Pusat China terus membuat belian emas secara lebih kerap daripada pengeluaran lombong emas domestik dan pembelian emas scrap daripada kilang penapisan mereka-
mungkin sebanyak antara 50 hingga 100 tan setiap tahun.




Tidak berapa lama dahulu, PBOC  dipetik sebagai berkata mereka kan mencari jalan untuk mempelbagaikan 'deversify' pengurusan asset rizab mereka, kemungkinan membayangkan niat mereka untuk mengumpul lebih banyak emas secara senyap2 tanpa membuat pengistiharan mengenainya.

Kesan dari selera besar Kerajaan China untuk memiliki emas menyebabkan mereka menjadi kuasa utama menggerakkan harga pasaran emas dunia- dan pengaruh China dalam menentukan harga emas pada masa akan datang dilihat akan berterusan- pertumbuhan yang mencerminkan faktor demografi , pertumbuhan ekonomi ,peningkatan pendapatan dikalangan individu, kebimbangan mengenai inflasi, pembangunan berterusan infrastruktur pasaran emas tempatan dan yang lebih penting lagi langkah Bank Pusat  untuk mempelbagai atau deversify rizab mereka.



PERMINTAAN HANGAT DIKALANGAN MASYARAKAT INDIA

China bukanlah satu-satunya negara gergasi yang dilihat  'menggoncang pasaran emas dunia'. Selera masyarakat di India terhadap logam emas ini juga diihat begitu hangat ibarat kari panas mereka - mencerminkan -seperti di China
- peningkatan pendapatan isi rumah, jumlah  golongan pertengahan yang semakin membesar, peningkatan kekayaan negara dan akhir-akhir ini ,kebimbangan mengenai trend inflasi.


Masyarakat India tekenal dari segi sejarah amat sensitif terhadap harga logam beharga di pasaran.



Kebiasaanya, permintaan terhadap emas akan menurun apabila harga melonjak tinggi....dan pada ketika harga emas tinggi pemilik emas di India biasanya akan mengambil peluang membuat untung segera dengan menjual barang kemas gelang tangan dan rantai milik mereka.



Amalan ini menjadikan pasaran emas skrap atau emas terpakai di India sangat penting terhadap bekalan pasaran dunia.

Bagaimanapun berbeza dengan pengalaman sejarah lalu, hari ini kita melihat keadaannya jauh berbeza kerana masyarakat di India dilihat tidak lagi sensitif tentang kenaikan harga emas di pasaran.



Walaupun harga emas sedang tinggi dalam matawang rupee mereka, masyarakat India terus membuat belian sekerap mungkin , satu petanda 'psychological re-evaluation'  prospek jangka panjang harga emas dikalangan pembeli barang kemas dan pelabur di sana.

Negara India dan China adalah pasaran terpenting emas dunia. Mengambilkira jumlah penduduk besar mereka dan peningkatan kekayaan dikalangan rakyat.



Bagaimanapun terdapat banyak negara lain di seluruh Asia dan Timur Tengah yang berkongsi sejarah,budaya malah pertalian agama yang sama yang menjadikan emas sebagai medium tradisional kewangan bagi tujuan simpanan dan pelaburan mereka secara turun temurun.



Dan seperti China dan India, kita melihat permintaan yang besar terhadap emas dikalangan isi rumah (households) dan Bank Pusat negara berkenaan.

Dari segi jangka panjang, bilamana kebanyakkan negara tersebut semakin makmur hasil perkongsian pendapatan global dan peningkatan kekayaan berterusan , permintaan mereka untuk berkongsi logam bawah bumi dunia untuk keperluan barang kemas perhiasan, pelaburan dan tambahan kepada rizab bank pusat akan terus meningkat.

Dan yang lebih penting, sebahagian besar emas yang dibeli oleh negara terlibat kemungkinan besar tidak akan kembali semula ke pasaran dunia , sekurang-kurangnya tidak dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang kecuali pada paras harga yang lebih tinggi atau berlaku suasana panik politik dan ekonomi yang menyebabkan berlaku tekanan jualan, sesuatu yang mungkin tidak dapat kita lihat untuk beberapa tahun yang akan datang.

BANK PUSAT MEMBELI LEBIH BANYAK EMAS

Ketika ini, walaupun dilihat gagal, matawang US Dollar masih lagi mengekalkan kedudukannya  sebagai matawang rizab tunggal resmi global untuk perdagangan antarabangsa.



Masih belum ada lagi matawang lain yang mampu mengambil alih peranan tersebut - yang jelas ianya bukan matawang tunggal Eropah, Euro.



Dalam satu soal selidik terbaru oleh Pengurus Rizab Bank Pusat ,mereka meramalkan satu-satunya mekanisme yang dilihat berkesan untuk mengubah pegangan rizab rasmi dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah dengan cara meningkatkan rizab antarabangsa mereka dalam bentuk emas.


Saya percaya kita sedang beransur-ansur bergerak ke arah  sistem matawang pelbagai (a multi-currency system) dimana pelbagai matawang negara (termasuk Yuan China) -
kemungkinan bersama IMF Special Drawing Rights  dan logam emas- bergabung dan berfungsi bersama sebagai rizab asset resmi dan penyelesaian matawang antarabangsa bagi mengimbangi perggantungan terhadap matawang US Dollar sebagai rizab resmi.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakkan Bank Pusat mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap logam emas.



Malah sektor resmi telah menjadi pembeli utama emas di pasaran dalam tempoh 2 atau 3 tahun kebelakangan ini berbanding sekitar 2 dekad lalu dimana mereka adalah penjual emas utama di pasaran.



Ianya jelas mencerminkan kesilapan penjualan emas dalam skala besar oleh Bank Pusat Eropah tidak berapa lama dahulu kerana beranggapan logam tersebut hanya berperanan sebagai asset rizab yang dimiliki turun temurun dan menjual emas milik mereka jauh di bawah harga pasaran hari ini.

Cuba kita lihat data rasmi terkini yang dilaporkan oleh Bank Pusat dan diterbitkan oleh International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa).



Bagi tempoh suku tahun ketiga sahaja , sektor rasmi (the official sector) telah membeli 148.4 tan emas  .dan berdasarkan data antara tahun ke tahun (year-to-date data), kelihatan belian bersih keseluruhan mungkin berjumlah antara  450 hingga 500 tan.


Jumlahnya mungkin lebih besar jika termasuk belian emas yang tidak dilaporkan oleh Kerajaan China dan kemungkinan negara lain , termasuk pembelian oleh sovereign wealth funds (dana berdaulat) yang membuat belian emas secara senyap2 dan tersembunyi bagi pihak Bank Pusat negara mereka.

Mengambilkira jumlah jualan tahunan pada kadar 400 hingga 500 tan hampir setiap tahun, sektor resmi Bank Pusat mula menjadi pembeli utama emas dunia bermula tahun 2009.



Ianya jelas satu perubahan drastik untuk pasaran emas. Disebalik membekalkan beratus tan emas tahun ke tahun kepada pasaran sebelum ini, Bank Pusat hari ini membuat belian pada kadar yang hampir sama antara 400 hingga 500 tan emas setahun- menyebabkan berlaku pusingan semula kepada stok tahunan bekalan dan permintaan sebanyak 800 ke 1000 tan setahun.

Saya tidak fikir kebanyakan pemerhati pasaran  dan pelabur  menyedari betapa ianya telah memberi kesan yang signifikan terhadap pasaran emas dan aktiviti ini dijangka akan berterusan tahun ke tahun bagi pasaran emas dunia.

Sebagai tambahan kepada China, senarai negara yang membuat belian emas bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini juga dilihat semakin meningkat , dengan beberapa negara baru dilihat membuat kejutan menyertai kelab baru ini seperti :-

Russia - negara yang paling lantang bersuara 'outspoken' di pasaran dan antara pembeli emas terbesar dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Negara tersebut membuat belian emas setiap bulan dari syarikat perlombongan domestik dan perusahaan penapisan emas skrap terpakai pada kadar sekitar 5 tan sebulan ...dan dalam tempoh lebih dari 4 tahun yang lalu telah menggandakan rizab emas negara kepada lebih dari 2 kali ganda.

India - Kenyataan Kerajaan India yang amat pro-emas, membeli 200 tan logam beharga tersebut terus dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada awal pelaksanaan program jualan emas IMF beberapa tahun yang lalu.

South Korea - Kerajaan pada musim panas yang lalu mengumumkan pembelian 25 tan emas, pembelian pertama mereka sejak 1988 apabila kerajaan mengumpul dan menjual semula barang kemas perhiasan yang didermakan oleh rakyat Korea yang patriotik kepada negara, semasa dilanda krisis kecemasan ekonomi ketika itu.

Saudi Arabia - juga menambah kuantiti yang besar terhadap stok emas mereka sebanyak 180 tan baru-baru ini. Malah telah dengan kerap meningkatkan pegangan rasmi rizab emas sejak beberapa tahun yang lalu tetapi tidak melaporkan pembelian tersebut hinggalah akhir Jun 2011.



Pihak Saudi Arabia Monetary Authority (Pihak Berkuasa Kewangan Arab Saudi) dilihat terus giat membuat belian . . . bersama beberapa negara pengeluar minyak lain yang seperti Saudi , terkenal menyimpan rizab negara dalam bentuk matawang USD yang banyak tetapi mempunyai rizab emas yang sedikit.

Thailand - Sehingga tahun 2011 sahaja telah membuat belian emas berjumlah hampir 40 tan.
 
Mexico - merupakan pembeli terbesar setakat ini untuk tahun 2011 dengan belian berjumlah 100 tan,

Selain Mexico, pembeli lain dari negara Latin Amerika termasuk  Bolivia (baru-baru ini membuat belian tambahan berjumlah 7 tan , jumlah pembelian sama yang dilakukan mereka pada bulan December 2010).



Colombia dan Venezuela - (negara yang bukan sahaja membuat belian emas tahun ini, tetapi juga membuat tiindakan drastik memindahkan rizab emas negara mereka yang sebelum ini disimpan di peti simpanan (vaults) Bank of England diluar negara kembali ke negara asal mereka.),

Bangladesh dan Mauritius - juga membeli emas dari program jualan IMF,

Sementara itu, jualan emas oleh Bank Pusat Eropah dilihat semakin berkurangan malah hampir tiada, dan stok hanya cukup untuk bekalan jongkong emas dan  program syilling peringatan mereka.

Perlu diingat bahawa margin agregat pembelian emas oleh Bank Pusat mungkin lebih besar dari data resmi yang dikeluarkan.  


Bank Rakyat China (The People's Bank of China), Pihak Berkuasa Kewangan Arab Saudi dan Bank Pusat negara lain yang mempunyai dominasi asset rizab resmi matawang USD yang besar mengambil inisiatif membuat pembelian emas secara berhati-hati dan secara senyap - semata-mata kerana sebarang pengumuman mengenai program pembelian mereka mungkin akan melonjakkan harga emas di pasaran sekaligus meningkatkan kos pemilikan emas yang terpaksa ditampung oleh Bank Pusat sendiri.

Seperti yang kita lihat pada September ketika harga emas jatuh dipasaran, Bank Pusat memberi tindakbalas positif terhadap permintaan emas. Mereka secara aggregat menunggu peluang ini untuk membuat belian pada harga murah , apa yang kita panggil sebagai  "scale-down buyers."

Tetapi dalam masa yang sama kita tidak melihat Bank Pusat  mengambil kesempatan membuat keuntungan (profit-taking) apabila harga emas bergerak lebih tinggi.

Lebih penting, kebanyakkan emas yang dibeli oleh Bank Pusat tersebut dibeli untuk tempoh jangka panjang- dan akan disimpan bukan untuk tempoh beberapa hari atau bulan atau mungkin beberapa tahun.....tetapi untuk tempoh sedekad atau lebih , walaupun pada ketika harga melonjak tinggi di pasaran.

Hasilnya, Bank Pusat kini mencipta keseimbangan kepada pasaran dan mengurangkan pengapungan bebas "free-float" yang sedia ada untuk memenuhi permintaan masa depan, walaupun pada ketika harga tinggi.


Oleh yang demikian, kita boleh menjangkakan pengurangan turun naik harga di pasaran (volatility) - dan pasaran yang lebih stabil dengan harga bergerak lebih tinggi untuk tahun-tahun yang akan datang.

PENINGKATAN PENYERTAAN

Walaupun lebih ramai orang mula membeli emas dari sebelum ini, penyertaan dari sektor peruncitan dan pelabur institusi di Amerika Syarikat dan banyak negara lain di dunia masih kekal rendah.

Selain itu, ramai pelabur yang telah mula memegang emas jarang menambah stok pegangan mereka kepada jumlah yang optimum.

Saya jangkakan kadar penyertaan  dikalangan masyarakat akan meningkat tinggi dalam tempoh beberapa bulan dan tahun yang akan datang  bilamana lebih ramai penyimpan dan pelabur dari seluruh dunia  mula melihat dan menyedari keunggulan emas sebagai penyimpan nilai terbaik dan polisi insuran untuk menentang kepelbagaian risiko dalam suasana ekonomi dan kewangan yang tidak menentu pada hari ini.

Faktor lain yang turut menyumbang kepada peningkatan penyertaan penyimpan dan pelabur emas adalah pengenalan dan peningkatan populariti  Dana Bursa Pertukaran dan Perdagangan Emas  (Gold exchange-traded funds atau ringkasnya (ETFs) dari satu negara ke negara yang lain.

ETFs adalah Pasaran saham sekuriti bersandarkan emas yang melaksanakan transaksi turun dan naik harga emas di pasaran serta mewakili kepentingan pemilikan pegangan jongkong emas sebenar bagi pihak pelabur dana tersebut.


Sebagai pasaran saham sekuriti ianya menarik minat ramai kerana terdapat pelabur yang merasakan pemilikan fizikal jongkong atau syilling emas membebankan mereka.

Dan dana ETFs membolehkan pelabur institusi  yang sebelum ini agak keberatan untuk memiliki dan menyimpan emas secara fizikal ataupun membuat belian secara kontrak niaga hadapan , mengisi ruang tersebut dengan membeli dana saham sekuriti emas yang nilainya menyamai dengan jumlah pemilikan bertan-tan emas sebagai alternatif.

Sebagai nota amaran, ETFs bukan sahaja membenarkan pelabur dengan mudah dan cepat untuk mengumpul dan membeli  emas .... . . tetapi ianya juga membenarkan pelabur agar dengan mudah melepaskan emas pegangan mereka melalui urusniaga jualan saham dana emas tersebut.

Ianya secara tidak langsung menyumbang kepada pergerakkan turun naik harga emas (volatility) dengan lebih pantas dan menyebabkan jualan besar2an dipasaran sebagaimana pembetulan harga emas yang berlaku agak mendadak dipasaran sejak beberapa bulan ini.

Satu lagi elemen menarik yang menyebabkan peningkatan pelaburan emas dikalangan pelabur adalah penggunaan internet sebagai platform atau wadah bagi tujuan membuat belian dan perdagangan oleh sesetengah peniaga emas serta pelbagai firma perkhidmatan kewangan- yang memberikan kemudahan kepada pembeli atau peniaga runcit akses secara langsung kepada pasaran.

Mekanisme pelaburan sedemikian membolehkan capaian akses lebih mudah dan kepada logam emas, menjadikan ianya satu bentuk pelaburan bersifat arus perdana 'mainstream' untuk pelabur dari seluruh dunia. Hasilnya dari sudut ekonomi- ianya menjamin permintaan berterusan di pasaran.

RAMALAN SAYA BERKAITAN HARGA EMAS PADA MASA AKAN DATA

Dengan blok keyakinan yang terpahat diminda, izinkan saya mengulangi ramalan peribadi saya berkaitan arah tuju pergerakkan harga emas pada masa akan datang:

Saya percaya masa depan logam emas sebagai asset pelaburan akan terus bersinar. Untuk memulakannya, indeks harga emas dilihat kekal berada pada paras sokongan- dan secara keseluruhannya dilihat akan kekal sedemikian untuk tempoh sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi.
Walaupun pasaran akan tetap mengalami turun nak harga (volatility) - dan berlaku kejatuhan harga yang agak besar di pasaran baru-baru ini-membawa kepada tanggapan ramai ahli ekonomi yang jelas kurang matang mendakwa berakhirnya pasaran menaik (bull market) harga emas dipasaran, saya percaya pasaran emas akan terus melonjak pada masa akan datang.

Nasihat saya kepada pelabur emas adalah untuk menggunakan kesempatan trend penjualan emas ini dengan mengambil peluang membuat lebih banyak pembelian pada ketika  harga berada dalam skala rendah.

Pada pandangan saya, hanya masa yang akan menentukan sebelum kita melihat harga emas memecah angka paras US2,000/ ounce.

Walau apapun faktor yang mempengaruhi penurunan harga emas yang mendadak baru-baru ini, saya tidak akan  terperanjat melihat harga emas berada pada paras yang sama pada setengah tahun 2012 .......diikuti dengan harga USDby $3,000, $4,000, dan mungkin hingga $5,000/ ounce  (atau lebih tinggi lagi)sebelum berakhir dekad ini.

Jeffrey Nichols is Senior Economic Advisor to Rosland Capital and Managing Director of American Precious Metals Advisors. 

No comments: