Tuesday, December 6, 2011

TELAH TIBA MASANYA ANDA BERALIH KEPADA EMAS SEBAGAI PORTFOLIO PELABURAN DAN KEWANGAN UTAMA

Oleh En Jeff Clark, BIG GOLD


Seorang wanita muda- bernama Andrea – mewarisi sebahagian wang peninggalan bapa beliau yang meninggal dunia pada akhir tahun 1997.


Tidak mempunyai sebarang pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pelaburan, beliau menyimpan wang tersebut dalam bentuk saham dan bon sebagaimana amalan bapanya.


Bercadang untuk memegangnya seberapa lama yang boleh sehingga beliau benar-benar memerlukannya.


Beliau menjangka tindakan beliau adalah cara yang paling selamat.Beliau berkahwin pada tahun lepas dan mula mengeluarkan wang tersebut.


Beliau sangat senang hati bila melihat carta harga yang diurus oleh broker memaparkan berlaku peningkatan 20% terhadap portfolio pelaburan beliau.


Sementara mengakui ianya bukanlah pulangan yang bagus mengambilkira simpanan beliau selama 12 tahun, bagaimanapun akaun beliau sekurang-kurangnya terselamat dari krisis kejatuhan indeks teknologi pada tahun 2000 dan kemelesetan pasaran pada tahun 2008.


Beliau tahu tidak semua pelabur akan bersetuju dengan apa yang diperkatakan beliau berhubung perkara yang sama.


Andrea mula membelanjakan wang miliknya,merasa bersyukur atas usahanya menabung untuk memulakan kehidupan baru berkeluarga.


Tetapi ketika itu baru Andrea mula menyedari realiti sebenar: 


Nilai wang miliknya kelihatan kecil dan tidak boleh membawa beliau kemana-mana.

Beliau tidak tahu mengapa, tetapi beliau mula sedar apabila melihat harga kenderaan baru SUV yang beliau bercadang membelinya.


Beliau teringat kenderaan kegemaran ayahnya satu ketika dahulu  – a Ford Ranger pickup – dan ayahnya membeli kenderaan tersebut dengan harga hanya USD$8,500 pada tahun 1992.


Hari ini kenderaan model yang sama berharga 2 kali ganda dari harga yang dibayar ayahnya.


Ia seperti tamparan ke pipinya.


Sementara angka wang US Dollar dalam portfolio pelaburannya kelihatan lebih besar dari apa yang diwarisinya, ia hanya mampu membeli barangan yang sedikit.


Ianya seperti satu kejutan kepadanya sehingga terkeluar ucapan kuat dari mulutnya..


"Pelaburan saya gagal menangani inflasi....! Saya kehilangan wang!"


EMAS sebagai penanda aras 'Benchmark'


Samada mereka sedar atau tidak, perkara yang sama juga berlaku kepada pelaburan kebanyakan orang.
Kerap terjadi, pulangan pelaburan milik kita seolah 'ghaib' dan menyusut di makan inflasi.


Hanya satu cara terbaik dan sangat dipercayai untuk kita mengukur nilai pelaburan kita dalam senario pengantara kewangan hari ini yang tidak boleh dimanipulasi oleh broker dan Bank iaitu menilainya dengan pergerakkan harga EMAS.


Dengan cara ini, pelabur boleh menilai bagaimana prestasi pelaburan milik mereka sebenarnya.


Ianya akan memberi kesan yang baik dan praktikal untuk kita semua. Satu hari nanti, kita atau waris kita bakal membelanjakan sebahagian wang atau harta yang kita kumpulkan.


Berapa banyak wang yang kita boleh belanjakan daripada keuntungan yang kita perolehi akan banyak bergantung kepada berapa tinggi kadar inflasi pada ketika itu tanpa mengira apa jenis pelaburan yang kita terlibat.


Sebagai contoh. Keuntungan 15% dalam matawang US Dollar hanyalah 9% dalam erti kata nilai sebenar sekiranya inflasi berada pada kadar 6% pada ketika itu.


Keuntungan 1% dalam pasaran kewangan merupakan kerugian pelaburan sekiranya ia didominasi oleh inflasi pada kadar angka 3%.


Dalam kes Andrea, dengan menyimpan semua tabungannya dalam bentuk matawang US Dollar, keuntungan 20% yang diperolehinya menyusut kepada 16% dalam bentuk kuasa membeli (purchasing power).

Dalam lain perkataan, memandangkan kebanyakkan orang tidak mengambilkira kadar inflasi, pelaburan mereka sebenarnya bukan sesuatu yang terlalu menguntungkan sebagaimana yang mereka sangkakan.

Sebaliknya, jika Andrea menyimpan sebahagian daripada wang yang diwarisinya dalam bentuk emas fizikal, ia pasti menyebabkan wang pelaburannya meningkat 332% (dari December 1998 hingga June 2010, bila beliau mendirikan rumahtangga.).

Lebih penting lagi, beliau tidak akan kehilangan kuasa membeli pada ketika itu. 


Malah, selepas ditolak kadar inflasi dan cukai sekalipun, Andrea mungkin mampu membeli  50% lebihan barangan ataupun perkhidmatan yang sama pada tahun 1998, sekiranya pembelian tersebut dibuat dengan menjual atau mencairkan asset emas miliknya.

Malah beliau mampu membeli 2 buah trak pickup kecil pada hari ini dengan jumlah syilling emas yang sama yang digunakan oleh bapanya untuk membeli Ford Ranger pada tahun 1992. (Ianya telah mengambilkira harga emas tidak bergerak tinggi pada 3 tahun pertama bermula 1998 dan kehilangan 1/3 dari nilainya ketika kejatuhan harga berlaku pada tahun 2008.)

Dengan menggunakan emas sebagai platform atau kenderaan bagi simpananya, beliau sudah tentu berjaya mengelak nilai wangnya menyusut dan terhakis akibat di makan inflasi.

Bagaimanakah anda melakukannya?

Re-Indexing dalam nilaian Emas – "Ia akan mengubah segalanya"


Untuk menunjukkan kesan pencairan matawang, kami telah membangunkan mekanisme atau alat untuk mengindeks semula indeks nilai matawang US Dollar kepada nilain emas.

Dengan berbuat demikian, ia akan membekalkan kita gambaran yang lebih tepat tentang penyusutan pelaburan yang dibuat dalam nilain USD (juga boleh digunakan bagi matawang Euro dan matawang lain).


Kami menggunakan emas dalam grams agar indeks ini mempunyai nilai yang boleh dibundarkan untuk mengelakkan titik perpuluhan(decimals).

Berikut adalah prestasi indeks perindustrian bursa saham DOW JONES New York  sejak tahun 2000 mengambilkira ukuran indeks harga emas dan matawang USD:

(Click on image to enlarge)

Sementara Average Indeks Perindustrian Dow Jones meningkat 4.7% dari segi matawang Dollar, ia hilang 82.5% apabila diukur dalam gram emas. Pelaburan sebanyak $US10,000 pada 1 Januari 2000 akan berjumlah hanya $US10,470 hari ini (tidak termasuk dividen)- tetapi emas itu bernilai hanya $US1,750.


Dalam erti kata lain, pelaburan yang dibuat dalam Index DJIA bukan sahaja menyebabkan kita kehilangan wang dalam erti kata sebenarnya, malah ianya mempunyai nilai yang lebih kecil jika diukur dengan nilain emas. Satu kerugian yang sungguh mengejutkan.


Bagaiamana jika ianya diukur dengan prestasi saham, seperti S&P 500?
(Click on image to enlarge)

Indeks S&P 500 jatuh 15.1% dalam matawang USD sejak tahun 2000, tetapi ianya lebih teruk hilang 85.8% nilai berbanding emas. 


Jika anda memiliki indeks tabungan S&P, anda bukan hanya mempunyai USD yang sedikit dari apa yang anda bermula (tidak termasuk dividen) tetapi ia jatuh dengan teruk jika dibandingkan dengan asset emas.


Bagaimana pula dengan saham sektor teknologi?

(Click on image to enlarge)

Indeks saham teknologi menunjukkan penurunan mencecah 38% dalam USD bagi tempoh yang sama, tetapi wang yang dilaburkan dalam sektor itu telah hilang nilai 89.7% apabila di ukur dalam gram emas.

Kami juga mengambil keputusan untuk melihat prestasi Bursa asing. Adakah prestasi mereka lebih baik dari Amerika Syarikat?

(Click on image to enlarge)

Pasaran saham di Hongkong , salah satu pasaran terbesar di Asia menunjukkan peningkatan 6% dalam matawang USD. Bagaimanapun jika diukur dengan indeks emas ia kehilangan 82.3% dari segi nilai.
(Click on image to enlarge)

Pasaran saham utama untuk Syarikat2 di UK jatuh 22.4% sejak tahun 2000 jika dikira dalam USD. Bagaimanapun ianya jatuh lebih teruk jika diukur dengan nilaian gram emas iaitu jatuh 87.1%.

Kesimpulan

Amat jelas, sekiranya kita menjadikan matawang US Dollar sebagai indeks pengukur, kita akan dapati  prestasi pelaburan seolah memberi pulangan terbaik dan sangat menguntungkan.


Ini bukan bermaksud seseorang itu tidak wajar melabur dalam pasaran saham. Ianya bermakna seseorang itu hendaklah:-


a) Apabila membuat keputusan pelaburan sentiasa membuat perbandingan prestasi antara dana pelaburan tersebut berbanding prestasi kenaikan harga emas dan asset nyata lain tidak kira jenis matawang yang anda gunakan.


b) Penyesuaian terhadap penyata yang dikeluarkan oleh broker anda dengan mengambilkira penyusutan matawang dan kadar inflasi.


c) Tidak terlalu bergantung kepada nilaian saham untuk menangani inflasi.

Malah, bukan nilai pelaburan sahaja yang terhakis. Seluruh dunia kini menghadapi masalah yang sama walaupun setelah kita membaca artikel ini- Dari barangan runcit di pasaraya,harga minyak, harga kenderaan dan bayaran yuran pendaftaran kolej dan universiti, semuanya melambung tinggi akibat tekanan inflasi.


Satu hari nanti apabila kita bercadang untuk membelanjakan keuntungan hasil pelaburan atau simpanan hari tua kita; bagaimana kita mampu mengelak terhakisnya nilai wang yang kita simpan atau melabur secara jangka panjang?

Jawapannya mudah: ambil tindakan menyimpan dalam bentuk emas. Wang tunai yang anda simpan dalam pasaran akaun kewangan akan hilang nilai dari tahun ke tahun.


Malah, wang yang kita depositkan dalam akaun simpanan pada tahun 2000 sebenarnya kehilangan 25% daripada kuasa belinya tanpa kita sedari sebenarnya.


Sebaliknya, sekiranya kita menyimpan dalam bentuk fizikal emas, kekayaan yang kita miliki bukan sahaja akan terpelihara malah semakin meningkat dari segi nilainya. 


Kami percaya trend ini akan berterusan – ianya akan menjadi sesuatu yang sangat penting dalam anda mengurus masadepan kewangan anda dengan menyimpan setiap pendapatan yang anda perolehi dalam bentuk logam beharga terutamanya emas dan perak- bukan dalam bentuk matawang dollars, euros, yen, yuan, atau malah Swiss francs.

Jangan ulangi kesilapan sebagaimana yang Andrea lakukan. Simpanlah emas.


Samada anda berhasrat membeli kereta baru, rumah selepas persaraan ataupun melancong ke seluruh dunia. Bilamana anda berhasrat membelanjakan wang persaraan anda satu hari nanti, ianya lebih mudah dan anda mampu lakukan sekiranya wang simpanan anda disimpan dalam satu-satunya asset yang tidak boleh di turun nilai akibat inflasi, di manipulasi oleh Bank dan penyagak matawang atau dimusnahkan.


p/s: Kita mungkin mendapati wang kita banyak apabila bersara kelak tetapi dari segi nilai ianya menyusut kerana di makan inflasi. RM500K tahun 2011 dengan RM500K tahun 2020 memang sama dari segi jumlahnya. Tetapi dari segi nilai ianya sudah tentu akan merosot & tidak mampu membeli barangan sama pada tahun 2011. Fikir-fikirkanlah.



No comments: