Tuesday, November 29, 2011

HUTANG DAN MESIN PENCETAK WANG


IDEA KESELURUHAN  sebuah Kerajaan Moden adalah bertujuan untuk menjanjikan para pengundi mereka perkara yang mereka tidak mampu berikan ..dan kemudiannya meminjam wang bagi memenuhi ruang tersebut, tulisan En Bill Bonner, pengasas Buletin The  Daily Reckoning.

Akhirnya, sebagaimana yang orang bodohpun boleh menilai, mereka kekurangan peminjam yang sanggup meminjamkan wang. Tetapi hairannya si peminjam tadi samada amat bermurah hati atau benar-benar bodoh.


Di Amerika Syarikat dan Eropah semuanya berjalan dengan baik sehinggalah pihak swasta berhadapan dengan masalah. Kemudian Bank pemberi pinjaman juga menghadapi masalah kerana mereka telah meminjamkan wang kepada peminjam individu yang tidak mampu untuk membayar semula pinjaman mereka.


Di Amerika Syarikat, pihak Federal Reserves (Rizab Persekutuan) campur tangan membantu. Selepas keruntuhan Lehman Brothers , peranan mereka semakin jelas bahawa wang akan sentiasa ada untuk menyelamatkan atau 'Bail out' mana-mana peminjam besar. Bagi pihak Kerajaan sendiri, tidak menjadi persoalan untuk membayar berapa banyak wang sekalipun kerana mereka mempunyai mesin cetak duit sendiri!

Di Eropah, keadaan tidak semudah itu. Kerana samada Kerajaan Sepanyol, Ireland , Italy ataupun Greece, mereka tidak mempunyai mesin mencetak wang sendiri. Secara keseluruhan Negara Zon Eropah memang mempunyai mesin pencetak wang tetapi ianya di kawal oleh Bankers dari Germany. Dan setakat ini pihak Germany awal2 lagi telah memberi amaran kepada pihak yang berhasrat untuk mencetak wang bagi tujuan 'bailouts' supaya 'LANGKAH MAYAT MEREKA TERLEBIH DAHULU'.


..satu-satunya jalan penyelesaian yang memang menjadi pilihan masyarakat  Greeks, Italians, Spanish, Irish, dan keseluruhan masyarakat Eropah.

Tetapi pada hari ini, pihak Germany di lihat lebih dominan dalam membuat sebarang keputusan dan mesin pencetak wang masih lagi belum dibenarkan beroperasi.

Manakala pada hari esok ...sebarang kumungkinan boleh berlaku!

Tetapi beberpa perkara mula dapat dilihat dengan jelas..

Pertama- hutang tersebut tidak akan selesai begitu saja..ianya masih lagi gagal dibayar. Samada Zon Eropah, Amerika Syarikat ataupun Jepun yang berhutang , mereka masih gagal mencari jalan keluar.

Kedua- masyarakat di ketiga2 negara maju ekonomi tersebut terpaksa menerima hakikat bahawa taraf standard kehidupan mereka menjadi rendah. 


Di Amerika Syarikat, pendapatan boleh guna isi rumah (disposable household incomes )— selepas mengambilkira kos perbelanjaan tenaga, kos makanan, cukai perlu bayar dan perkhidmatan hutang merosot dengan begitu teruk sekali. Orang ramai kini perlu menghentikan tabiat berbelanja sesuka hati dan terpaksa memulakan tabungan untuk hari persaraan mereka.
— Membawa kepada pengurangan indeks perbelanjaan pengguna, kadar pengangguran tinggi dan ekonomi menjadi lembab. Di Eropah subsidi yang sebelum ini disediakan kerajaan kepada rakyat termiskin terpaksa dikurangkan atau diberhentikan terus.


Menjadi lumrah di Eropah dan Amerka Syarikat, masyarakat dan kerajaan mereka hidup diluar kemampuan sendiri sejak bertahun lamanya , dibiayai dengan amalan berhutang yang semakin lama semakin bertimbun. Kini gaya hidup mewah dan bergaya dilihat bakal berakhir di Eropah. Bagaimanapun pada masa yang sama bagi sektor awam di sana, mereka mendapati lebih mudah untuk berhutang dari mengambil langkah berjimat mengurangkan perbelanjaan.


Amalan ini sudah tentu akan membolehkan mereka membeli lebih banyak tali untuk menggantung diri mereka sendiri akhirnya.







No comments: