Argor-Heraeus, a Swiss company, is making 100-gram pieces of gold as fast as it can to feed the investing fever of national banks and individual buyers.
Penulis : Lawrence Williams
Diterbitkan pada : Jumaat, 25 Nov 2011
LONDON -
Pada minggu lepas kami menerbitkan satu artikel bertajuk Emas dan Eurozone- apa yang bakal terjadi apabila Zon Eropah gagal menangani masalah bebanan hutangnya ?
Kita melihat bagaimana senario berlaku peningkatan di kalangan negara Zon Eropah yang mungkin dipaksa , untuk menjaga kepentingan rakyat mereka, menarik diri dari belenggu mimpi buruk krisis kewangan dan politik yang sedang melanda Zon tersebut.
Ia melibatkan mereka yang menggunakan matawang Euro sebagai matawang tunggal , dan negara yang menolaknya seperti UK dan negara Scandinavia yang berada di luar Eurozone.
Sebahagian dari 17 negara dalam Eurozone mula berharap agar mereka dapat menjauhkan diri dari kemelut tersebut dan mula merasakan mereka wajar mengurus dan mengawal ekonomi negara masing2 dari terus merana berkongsi bebanan dengan rakan serantau mereka.

Malah Germany, yang sehingga kini di lihat mendapat faedah terbanyak dari langkah pengenalan matawang tunggal Euro, mula dilihat merasa sangsi walaupun membuat kenyataan akan membantu menyelamatkan jiran mereka sebagaimana disuarakan oleh Chanselor Angela Merkel.
Terdapat banyak komen yang percaya di belakang tabir , Germany sebenarnya sedang bersedia untuk menarik diri dan meninggalkan negara Eropah lain yang dilihat mereka sebagai penyangak Mediteranean menyelesaikan masalah hutang mereka secara bersendirian.

Germany secara bulat-bulat menolak cadangan Perancis untuk membenarkan Bank Pusat Eropah memulakan langkah mencetak matawang baru Euro tanpa had sebagai usaha menyelamat atau 'bail out' negara Eropah yang terlibat dalam plan Quantitative Easing yang menyamai dengan program yang dipelopori oleh Federal Reserves US.
Cadangan ini dilihat akan mendedahkan lebih banyak peluang diambil oleh pemimpin2 negara Euro untuk kepentingan diri mereka sendiri. Negara Germany masih menyimpan memori pahit bagaimana berlaku Hyperinflation di zaman Republik Weimar di antara 2 perang dunia yang menyebabkan berlakunya kebangkitan Parti Sosialis Kebangsaan (NAZI) di bawah kepimpinan Adolf Hitler.
Germany berpendapat langkah mencetak matawang baru Euro tanpa had sebagai alternatif penyelesian masalah hutang akan mendorong kepada masalah inflasi yang lebih serius dan krisis Hyperinflasi bakal berulang kembali.

Sementara itu, Kerajaan Perancis pimpinan Sarkozy sangat bimbang berhubung risiko bank negara tersebut terlalu terdedah kepada pinjaman rakyat di negara Greece, Belgium dan Negara Eropah lain- juga masalah hutang negaranya sendiri yang juga dilihat amat serius.
Tetapi terdapat persoalan adakah situasi di US lebih baik dari di Eropah?
Perbalahan berterusan antara Parti Republikan dan Demokrat telah membawa kepada kebuntuan terhadap sasaran plan negara tersebut untuk menjimatkan perbelanjaan berjumlah $USD1.2 trillion dalam tempoh 10 tahun. Defisit dilihat terus meningkat dan walaupun terdapat tanda kecil ekonomi tidak akan menjadi bertambah buruk tetapi dalam masa yang sama ianya juga tidak menunjukkan tanda akan pulih.
Jadi kenapa logam emas, yang dikatakan sebagai penyimpan nilai terbaik juga jatuh & tidak dapat berfungsi dengan baik dalam suasana ekonomi tidak menentu hari ini?
Ia sebenarnya berperanan cukup baik dan berkesan dalam suasana krisis kewangan ketika ini. Bagi mereka yang meletakkan kepercayaan penuh kepada logam beharga ini, ia telah memainkan peranannya untuk melindungi kekayaan anda dengan berkesan.
Pada tahun ini sahaja harga emas telah melonjak 20% per onz dalam matawang US Dollar , berbanding dalam masa yang sama kebanyakkan indeks saham dan stock jatuh dengan agak teruk. Sebagai contoh Indeks S&P500 jatuh sekitar 8% tahun ini.

Terbukti emas berjaya melindungi pelaburnya berhadapan dengan kejatuhan indeks pasaran saham dan risiko terhakisnya nilai matawang milik mereka. Bagi tempoh jangka panjang pelaburan emas terbukti lebih baik kerana ia berjaya melindungi kita berbanding pelaburan asset lain.
Harga emas juga telah melonjak ke paras tertinggi pada musim panas lalu dan mereka yang membelinya pada ketika harga berada di paras tertinggi mungkin melihat berlaku kerugian sementara , tetapi secara keseluruhan emas berjaya melindungi pelaburnya dengan baik bertentangan dengan komen yang kita baca dalam akhbar atau buletin kewangan yang mengatakan kenaikan harga emas di pasaran sedang menuju penghujungnya.
Mungkin kita boleh menilai rumusan yang dibuat oleh Encik Alf Field - Penganalisis logam beharga dan kewangan terkenal yang telah bersara - Dalam satu ucapannya di Sydney Australia (see: The "Moses" generation and the future of gold). En Field mempunyai trek rekod terbaik dalam meramalkan pergerakkan harga emas dunia dari sudut variasi pandangan beliau sendiri berdasarkan prinsip Elliott Wave.

Ramalan terkini beliau menyatakan kita akan melihat kemungkinan harga emas akan terus jatuh ke paras percubaan $USD1531/ onz dalam masa terdekat tetapi ketika itu pembetulan harga di lihat telah selesai sepenuhnya.
Selepas itu kita akan melihat gelombang pergerakkan terbesar kenaikkan harga emas di pasaran dunia. Sasaran gelombang kenaikan harga beliau adalah sekitar $USD4,500 /onz dengan pembetulan harga 13% yang akan berlaku 2 kali dalam pergerakkan ke harga tersebut. Kita akan sama-sama melihatnya.

No comments:
Post a Comment