Monday, November 28, 2011

‘IANYA EMAS MILIK KITA’

Copy of Venezuela Gold

Pasukan tentera dilihat mengawal trak mengandungi rizab Emas sebaik tiba di Bank Pusat  Caracas, Venezuela.
 
Caracas, Venezuela - Kerajaan Venezuela pimpinan President Hugo Chavez's memulakan langkah menghantar balik rizab emas negaranya dari Bank di Eropah pada hari Jumaat yang lalu. Penghantaran pertama tiba di Caracas melalui penerbangan dari Paris.

Tidak kurang 5 kereta berperisai tentera dilihat mengawal ketat kenderaan yang membawa emas tersebut terus ke Bank Pusat di Caracas.

Kumpulan penyokong Kerajaan di lihat bersorak gembira dan mengibarkan bendera sebaik kenderaan berperisai melalui kumpulan orang ramai dengan barisan askar lengkap bersenjata riffle dilihat berada dalam keadaan siap sedia. 2 kereta kebal ringan dilihat mengiringi penghantaran tersebut.


President Chaves mengumumkan pada Ogos 2011 bahawa Kerajaannya akan mengambil semula lebih dari 211 tan emas milik negara yang disimpan di US dan Bank Eropah.


Chazez mengumumkan pada awal Jumaat bahawa penghantaran pertama emas milik negaranya sedang dalam perjalanan pulang ke Venezuela.


Ia kembali ke tempat asal yang sepatutnya langsung tidak boleh ia tinggalkan...iaitu dalam peti besi Bank Pusat Venezuela, bukannya di Bank of London atau Bank di Amerika Syarikat kerana" IANYA EMAS MILIK KITA."


Beliau berkata sebelum ini emas milik negara di simpan di Britain.Bagaimanapun Chavez tidak menjelaskan butiran terperinci Bank berkenaan ataupun memperincikan berapa banyak jumlah tan yang terlibat dalam penghantaran berkenaan.


President yang dianggap berhaluan kiri itu berkata keputusannya untuk menghantar balik rizab emas milik negara bertujuan untuk membantu melindungi negara pengeluar minyak tersebut daripada ketidaktentuan ekonomi yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah ketika ini.


Bagaimanapun pakar ekonomi En Pedro Palma , seorang Profesor di Institute of Higher Studies of Administration berkata , ia tidak melihat sebarang justifikasi dari segi ekonomi dengan memindahkan emas tersebut ke negara asalnya.


Dari sudut pandangan ekonomi, adalah sama sahaja samada emas tersebut berada di sini atau di England. Rizab negara tidak akan berubah kerana langkah ini. " kata En Palma.


Penentang President Chaves menyifatkan langkah tersebut sebagai membazir dari segi kos dan beliau di dakwa mendapat nasihat yang salah dari pasukan ekonominya.

Presiden Bank Pusat Venezuela , En Nelson Merentes berkata, rizab emas tersebut di simpan di luar negara sejak akhir tahun 80an sebagai cagaran pinjaman kepada pihak International Monetary Fund (IMF) oleh Kerajaan Venezuela sebelum pemerintahan Chaves.

Dengan kini emas tersebut kembali ke Venezuela ianya adalah satu " JAMINAN atau  GUARANTEE" kepada negara kami.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan di pasaran antarabangsa , rizab emas tersebut akan selamat berada di dalam negara, katanya.


AP-Sapa


PS: Kita lihat betapa bijaknya Chaves. Beliau awal2 lagi telah mengambil langkah proaktif dengan memindahkan kekayaan negaranya ke Tanah Air sendiri.

Beliau tidak akan mengulangi kesilapan Saddam dan Gaddafi yang menyimpan duit negara di Bank US dan Eropah kemudian melihat bagaimana ianya dibekukan oleh negara kuasa besar tersebut.

Sebab itu walau apa pun kutukan US terhadap negaranya, rakyat terus berada di belakang beliau.

Agak2nya berapa tan rizab emas milik Kerajaan Malaysia ye?
























No comments: