Sunday, November 27, 2011

JIM ROGERS- MEMILIKI PERAK (SILVER) BERMAKNA ANDA MEMBUAT UNTUNG SAMADA KEADAAN EKONOMI BAIK ATAU BURUK


NEW YORK (Commodity Online): 

Terdapat tanggapan menyatakan hanya orang yang tidak berotak sahaja yang akan  membeli Perak atau Silver sebagai pelaburan, Kenapa tidak? Mengambilkira langkah Kerajaan mencetak wang kertas pada hari ini, silver terbukti adalah satu pelaburan yang bijak.

Dalam  termuramah terbaru bersama stesyen CNBC, pakar pelaburan dunia En Jim Rogers berkata-" Sepanjang sejarah, apabila keadaan ekonomi tidak menentu, mereka akan mencetak wang...apabila mereka mula mencetak wang, anda wajar memiliki silver, anda juga perlu memiliki beras, anda sewajarnya memiliki asset sebenar. Harga emas mungkin akan turun sedikit... tetapi saya sudah pasti akan membeli lebih banyak emas sekiranya harganya jatuh dan begitu juga dengan silver.

"Saya telah lama memilih komoditi dan matawang sebagai asset pelaburan, kerana sekiranya ekonomi dunia bertambah baik , akan berlaku kekurangan komoditi dan sudah pasti saya akan membuat lebih banyak wang kerana faktor demand dan supply. Jika ekonomi tidak pulih, saya lebih gemar memiliki komoditi kerana mereka terutamanya Bank Pusat akan mencetak lebih banyak wang kertas."

Rumusannya- anda tetap akan membuat keuntungan dalam kedua-dua situasi berkenaan samada ekonomi merudum kerana kemelesetan berlaku ataupun ketika berlaku pertumbuhan ekonomi.

En Jim Rogers juga mengingatkan situasi ekonomi tidak menentu pada hari ini juga mencipta suasana paksaan jualan sementara di pasaran dan ianya akan menyediakan peluang kepada pembeli untuk mengumpul lebih banyak emas dan silver pada harga murah.

Walaupun beliau tidak pasti berapa lama dan berapa banyak harga emas dan silver bakal  jatuh lagi pada masa akan datang, beliau akan sentiasa bersedia dengan buku cek untuk membeli lebih banyak emas dan silver sekiranya harga terus jatuh.

Encik Stephen Leeb, pakar ekonomi terkenal Amerika Syarikat berkata beliau meramalkan harga Silver akan mencecah paling kurang USD 100/oz dalam masa terdekat.

No comments: