Thursday, November 24, 2011

“Pada penghujung hari emas adalah satu-satunya kenderaan penyelamat kepada saya." Kata pakar pelaburan En Richard Russel


will be gold
Ekonomi global dunia di lihat sedang beralih ke 'tempoh survival' di mana hanya logam emas adalah satu-satunya mekanisme yang menyediakan perlindungan kepada pelabur, menurut Encik Richard Russel.

Penerbit Buletin Theory Dow- Buletin pelaburan harian paling lama diterbitkan didunia - Encik Russel mengulangi keyakinan beliau terhadap kenaikan pasaran harga emas dan hubungkaitnya dengan pelaburan pada minggu ini.

“Saya kini berfikir mengenai peningkatan gandaan atau compounding dalam aspek hutang dan bebanan hutang yang semakin meningkat. "Hari ini kita berurusan dalam transaksi bernilai Trillion Dollar. Contohnya - Bill Gates , manusia terkaya di Amerika Syarikat mempunyai aset harta bernilai USD6 Billion. 1 Trillion bersamaan dengan 1,000 Billion. Hutang Kerajaan Amerika Syarikat hari ini adalah USD $15 Trillion dan akan terus meningkat. Tetapi pada ketika ini kadar faedah dilihat berada dalam keadaan paling rendah dalam sejarah."

“Sementara Rizab Persekutuan (Federal Reserves) dan Bank Pusat terus menerus mencetak wang dalam kadar yang luar biasa jumlahnya di pasaran. “ Hanya masa yang akan menentukan sebelum semua wang baru yang di cipta ini mengakibatkan inflasi besar , tidak kira apa usaha yang cuba di lakukan oleh Chanselor Germany, Puan Merkel untuk menyelamatkan rakan Eropahnya yang lain.

Saya menjangkakan inflasi besar akan muncul dalam tempoh setahun dua ini. Dengan kenaikan kadar inflasi, akan datang masalah kadar faedah yang tinggi. Peningkatan kadar faedah adalah kemusnahan besar kepada hutang yang bakal berganda.'
“Nasihat saya. Kita semakin menghampiri apa yang saya sifatkan sebagai  'tempoh survival atau penyelamatan' - Tempoh di mana kaedah magic compounding bertukar kepada racun. Ianya bukanlah masa untuk menunggu. Ianya adalah masa untuk bertindak. Kurangkan pergantungan anda kepada pelaburan dalam bentuk bon yang menjanjikan kadar faedah tetap. Dalam masa sama juga kurangkan penglibatan anda dalam pemilikan stok ataupun saham kecuali saham syarikat perlombongan emas. Cari peluang untuk tingkatkan pemilikan anda kepada aset perlindungan inflasi, terutamanya emas."

“Mereka yang memegang stock dengan harapan mendapat faedah keuntungan berterusan darinya akan menjadi golongan paling kecewa dalam tempoh tahun-tahun akan datang.  Pasaran pelaburan pada hari ini akan menjadi sesuatu yang tidak pernah kita lihat dan jangkakan sebelum ini. Pada penghujung hari, kenderaan penyelamat saya adalah logam emas. Ingin saya ingatkan sekali lagi, jangan lagi menunggu dan mengharapkan ekonomi akan pulih seperti sediakala. Logam emas akan meningkatkan kuasa belinya (purchasing power) dan hanya pada logam tersebutlah terletaknya kekayaan sebenar bilamana semua mekanisme pelaburan lain runtuh dalam kemusnahan pasaran dunia yang tidak pernah berlaku sebelum ini."

Akhirnya, En Russell sekali lagi mengkritik pembuat dasar polisi Amerika Syarikat. " Hari ini Kerajaan Amerika Syarikat dibebani oleh peningkatan hutang yang terus membesar yang malah tidak lagi mampu dikira secara metamatik. Kita kembali berada dalam suasana yang berbeza bilamana peningkatan kadar faedah akan membawa bencana besar kepada Kerajaan Amerika.

Dengan hutang terkumpul berjumlah USD55 Trillion, Kerajaan Amerika Syarikat tidak akan mampu mengurus dan menghalang peningkatan kadar faedah. Kita kini berada di negara yang hanya sedang menunggu masa untuk menjadi Bangkrap."

p.s- Maka benarlah sabda junjungan besar Nabi kita. " Akan tiba masanya bilamana semua benda tidak mempunyai nilai dan tidak lagi boleh digunakan oleh Umat Manusia,  maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak).


























 

No comments: