Tuesday, November 22, 2011

KEJATUHAN HARGA EMAS TIDAK BERMAKNA ANDA PERLU MEMBERHENTIKAN AMALAN MEMBELI EMAS

Keadaan amat berbeza pada ketika ekonomi deflasi

Selama 11 tahun, kami menasihati pembaca dan pelanggan Buletin kami The Daily Reckoning untuk membeli emas kerana harganya bakal  melonjak tinggi.

Ianya terbukti adalah nasihat yang baik. Harga emas sememangnya naik.. melebihi dari mana-mana asset lain, kata En Bill Bonner, pengasas buletin the The Daily Reckoning.

Hari ini, apa yang kami katakan ? Kami masih lagi memperkatakan perkara yang sama, menasihati pembaca kami agar terus membeli emas. Logam beharga tersebut adalah satu-satunya wang dalam konteks yang sebenarnya. Ianya telah digunakan sebagai wang sejak beribu tahun lamanya. dan ianya akan kekal digunakan untuk mungkin seribu tahun lagi.

Sekurang-kurangnya kita mempunyai firasat kuat yang emas akan digunakan apabila sistem wang fiat penuh tipu daya hari ini  runtuh kelak.

Mungkin sistem ini akan bertahan agak lama dan mengejutkan kita...sama seperti sebuah peti sejuk lama , ianya mungkin akan bertahan agak lama dari yang kita jangkakan.

Adakah kami telah memberitahu anda kenapa? Kami kemukakan penjelasannya kepada anda semua sekali lagi :

Kita sedang berada dalam suasana 'pembetulan ekonomi' ketika ini (Great Correction). Kebiasaannya pembetulan ekonomi  yang berlaku akan memberikan beberapa indikator untuk kita bertahan dalam satu tempoh yang agak lama. sebagaimana yang di alami oleh Negara Jepun.

Kita juga berada dalam suasana di mana Rizab Persekutuan (Federal Reserves) sedang cuba mengambil langkah pemulihan ekonomi dan menyakinkan orang ramai bahawa masalah bebanan hutang Kerajaan akan dapat di atasi. 

Tetapi , apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak Federal Reserves tidak berupaya untuk menanganinya. Mereka cuba melakukan pelbagai usaha tetapi sentimen pasaran tidak mempedulikannya. Cuba anda baca tajuk utama berita ketika ini. Sentimen pengguna hilang keyakinan. Harga rumah jatuh teruk. Jumlah golongan gelandangan yang bergantung kepada subsidi makanan semakin bertambah.

Hari ini kita sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan ianya bukan ekonomi inflasi lagi. Ianya bukan ekonomi yang mampu menyerap lambakan wang mudah Rizab Persekutuan dan menukarnya kepada lebih banyak permintaan pengguna. Ianya bukan ekonomi yang boleh dipulihkan dengan cara meminjam wang dari Bank dan mengharapkan akan berlaku peningkatan peluang pekerjaan sekaligus menjamin bekalan wang. 

Pihak Rizab Persekutuan jelas tidak berupaya untuk meyakinkan orang ramai berkaitan kenaikan inflasi. Mereka telah mencuba segalanya tetapi tetap gagal menghasilkan apa-apa perubahan.

Apa yang kita lalui sekarang adalah suasana ekonomi di mana berlaku pengurangan terhadap permintaan. Kita dapat melihatnya. Penggunaan gasoline minyak kenderaan di US jatuh pada kadar terendah sejak 8 tahun lalu. Surirumah terpaksa berjimat cermat menyimpan wang. Kadar pendapatan bergerak ke arah menurun. Ekonomi sebenarnya dilihat sedang menguncup.

Dari segi barangan pengguna, langkah berjimat cermat terpaksa dilakukan. Golongan pelabur di lihat semakin resah dan tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka. Pasaran saham bakal musnah pada bila-bila masa; apa yang diperlukan hanyalah tajuk utama akhbar yang tepat mengenainya.

Federal Reserves telah dipaksa untuk memberitahu dunia bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah pinjaman pada kadar 0% untuk tempoh 2 tahun lagi. 

Ianya adalah bukti bahawa segalanya tidak berjalan lancar dalam usaha mereka untuk memerangi pembetulan ekonomi ini . Ianya adalah petanda jelas Amerika Syarikat akan menyertai Jepun untuk berhadapan dengan kemerosotan ekonomi yang akan berlansung selama beberapa dekad yang akan datang. Amerika telahpun kehilangan dekad pertamanya , dan kini akan kehilangan satu dekad lagi.

Kejayaan mengawal ketakutan mengatasi ketamakan (fear against greed) bermakna para pelabur tidak lagi mampu mengharapkan pulangan terhadap wang yang mereka laburkan ; sebaliknya mereka lebih bimbangkan samada mereka akan mendapat semula wang pelaburan mereka.

Dan mereka fikir tempat yang paling selamat untuk melabur wang mereka adalah dengan meletakkannya pada Perbendaharaan hutang  Amerika. Meminjamkan wang kepada mereka yang bertanggungjawab mencetak wang; tiada apa yang salah bukan?

Kita akan sama-sama tunggu dan lihat apabila drama pembetulan besar-besaran ataupun Great Correction/de-leveraging ini bakal berakhir.

Bila? Bagaimana? kita sendiri tidak mengetahuinya.

Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku. Jadi kami cuba untuk membuat penilaian apa yang sepatutnya anda fikir dan percaya akan berlaku pada masa akan datang. Sehingga kini , terlalu banyak risiko dalam pasaran saham...dan bon. Dalam dalam jangka masa pendek, terdapat risiko dalam pemilikan emas juga.

Anda mungkin mempercayai apabila harga saham jatuh...harga emas juga akan jatuh...dan suasana ekonomi akan kekal lemah dalam tempoh masa beberapa bulan atau mungkin beberapa tahun akan datang, sambil menunggu usaha pemulihan ekonomi sekiranya ianya akan berlaku.

Sementara itu, simpanlah emas sebagai insuran perlindungan dan wang tunai sebagai bekalan senjata.

Sekurang-kurangnya , sekiranya harga emas melonjak tinggi anda akan menjadi lebih kaya. Manakala sekiranya harga emas terus turun, anda akan merasa betapa bijaknya anda. Kemudian anda boleh menggunakan wang tunai anda tadi untuk membeli lebih banyak emas dengan harga yang murah.

































 

No comments: