Penggabungan
institusi kewangan bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia, kerana
ia pernah berlaku selepas negara mengalami kegawatan ekonomi pada tahun
1997 dahulu. Mengimbas 12 tahun yang lalu iaitu pada Julai 1999,
penggabungan institusi kewangan dilakukan bagi mengkukuhkan sektor
perbankan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi. Kini (2011)
situasi sama bukan saja berulang kembali, bahkan ia memberikan satu
petunjuk dan isyarat yang perlu kita kaji dan lihat secara mendalam
makna tersirat disebaliknya.
Bermula
dengan berita BNM memberikan lampu hijau kepada Maybank dan CIMB untuk
mengambil alih RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank
Bhd. Seterusnya Hong Leong bank pula telah mengambil alih EON Bank.
Malah Bank Islam juga turut dikhabarkan akan mengambil alih Bank
Muamalat. Nampaknya banyak sungguh bank-bank yang akan bergabung dan
diambil alih ketika ini. Kenapa boleh jadi begitu? Adakah negara bakal
dilanda kegawatan ekonomi sekali lagi seperti tahun 1997 dahulu??

Namun
sebaliknya amalan itu telah dimansuhkan pada 21 Julai 2005 dan semenjak
itu nilai ringgit ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus
berbanding beberapa mata wang asing terpilih. Maka terkapai-kapailah
nilai ringgit untuk mengejar kuasa belinya yang semakin hilang akibat
inflasi dan kejatuhan nilai dollar. Kini USD 1 bersamaan RM 2.99,
berbanding ketika 1997 dahulu nilai tambatan ringgit kepada dollar
bersamaan RM 3.80. Lihat betapa jatuh merudumnya nilai dollar. Walaupun
ketika ini ekonomi kita kelihatan seperti semakin baik dan nilai ringgit
semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli Ringgit Malaysia TIDAK PERNAH meningkat,
sebaliknya semakin menyusut disebabkan ringgit disandarkan kepada
pergerakan nilai semasa dollar yang semakin melemah nilainya.
Apapun
nasi sudah menjadi bubur.. kerajaan Malaysia perlu mencari penawar baru
bagi menghadapi krisis ekonomi terkini. Sudah tiba masanya untuk
kerajaan menerusi BNM menambah semula rizab simpanan emas negara. Rakyat
juga mesti digalakkan untuk menabung dengan emas dan perak sama seperti
yang telah diamalkan oleh Jepun dan China. Tiada gunanya BNM mahupun
bank mega mengumpul asset berbillion-billion ringgit tetapi tidak
menyandarkan nilai asset yang berbillion ringgit itu dengan rizab
simpanan emas yang banyak di dalam bilik kebal mereka.
BNM
dan bank mega di Malaysia seharusnya mencontohi negara China dan Bank
of England yang memiliki simpanan bertan-tan emas sekaligus bakal
menyelamatkan ekonomi dan kewangan mereka. Tiada cara lain lagi untuk
mengukuhkan kedudukan kewangan perbankan dan ekonomi sesebuah negara
melainkan dengan memiliki rizab simpanan emas. Tak ada gunanya bergabung
untuk menjadi bank yang terbesar dengan memiliki asset yang banyak,
kerana yang penting bukannya kuantiti asset yang dimiliki, sebaliknya
nilai asset itu sendiri yang lebih penting, terutama asset yang nilainya
bersandarkan emas dan perak.
Hakikatnya
maksud penggabungan bank ini dalam erti kata lain adalah bertujuan
untuk menyelamatkan bank-bank yang menghadapi masalah kewangan atau
dalam bahasa kasarnya bank yang akan bankrap. Namun pada masa yang sama
penggabungan ini juga dikhuatiri secara tidak langsung akan memudahkan
bank-bank asing terutamanya dari kelompok ‘Geng 5’ bank
terbesar dunia untuk menguasai dan mengambil alih bank-bank tempatan ini
kelak. Gabungan bank-bank tempatan ini boleh kita ibaratkan seperti
sekumpulan ikan-ikan kecil di laut, manakala bank asing umpama jerung
besar dan ganas yang sedang kelaparan. Jangan nanti kumpulan ikan-ikan
kecil ini dingapppp!!! dek jerung yang ganas sudah. Kalau dah kena
ngappp!!! sendiri mau ingat laaa apa akibatnya. Lu pikir laa sendiri!!!
Oleh
itu kita sebagai rakyat yang boleh dianggap macam ikan bilis nie..
adalah lebih baik kita ngappp dulu apa-apa yang patut sebelum kita
dingappp!!! hehehe.. Dasar kewangan anda, hanya anda sendiri yang
tentukan. Buat persediaan sewajarnya, jadikan emas dan perak sebagai
dasar kewangan peribadi anda. Pindahkan nilai kekayaan dalam bentuk
logam bernilai. Jadilah rakyat yang bijak wang. Anda bijak jika memilih
emas dan perak sebagai simpanan untuk masa hadapan. Wallahualam.
p/s:
Ada maklumat mengatakan terdapat beberapa penggurup wang/money changer
di Malaysia tidak lagi menjual dan membeli USD kerana nilainya semakin
jatuh.. dia orang yang dah lama main dengan currency pun dah nampak
tanda-tanda USD akan collapsed.. siap awal-awal lagi dah lari
menyelamatkan diri dari berurus niaga dengan USD...
No comments:
Post a Comment