“Kita
tidak akan mampu menukar dasar kewangan negara, TETAPI kita mampu untuk
menukar dasar kewangan peribadi untuk diri kita sendiri”
Sama
ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah terlalu lama menjadi
golongan pengikut tidak kira dalam apa perkara sekalipun. Ini
termasuklah dalam penggunaan matawang fiat, bukan sahaja kita di
Malaysia malah seluruh umat dan masyarakat dunia terpaksa
menggunakannya.
Selagi
kita tidak berubah menjadi golongan yang memiliki kuasa dan kata
pemutus maka selagi itulah kita akan terus menjadi golongan pengikut dan
terbelenggu dengan sistem kapitalis. Keadaan ini jelas terbukti apabila
negeri yang mahu memperkenalkan penggunaan dinar telah dicantas dan
dibantutkan perkembangannya di peringkat kerajaan pusat. Disebabkan
rakyat tiada kuasa pemutus, mahu atau tidak terpaksa juga mengikut. Sama
ada mengikut atau melawan akhirnya rakyat juga yang teruk ditekan dan
terpaksa tunduk dengan persekitaran ekonomi semasa yang semakin hari
semakin meruncing. Tiada gunanya kita bersorak gembira kerana nilai
ringgit lebih tinggi berbanding dolar US, sedangkan nilainya tidak
membawa apa-apa makna kepada kita kerana kuasa belinya semakin merosot
dan bakal menjunam dengan teruk kelak.
Sebagai
rakyat Malaysia yang bijak kita seharusnya mencontohi tindakan
satu-satunya wilayah di US yang menjadikan emas dan perak sebagai
matawang yang sah. Wilayah yang dimaksudkan ialah Utah. Sebagai langkah
berhadapan dengan bencana krisis kewangan dunia yang semakin parah
akibat salah urus tadbir kerajaan pusat, Wilayah Utah menjadi negeri
pertama di US mengambil tindakan perundangan mahkamah melindungi asset
rakyatnya dengan menjadikan logam emas dan perak sebagai matawang yang
sah di sisi undang-undang negeri tersebut.
Justeru
adalah wajar sekiranya setiap kerajaan negeri di Malaysia berusaha
menghasilkan satu matawang dinar dan dirham negeri yang rasmi dan
diiktiraf mengikut piawaian seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan
negeri Kelantan dan Perak sebagai backup atau persediaan untuk rakyat
mengharungi ketidak tentuan ekonomi ketika ini dan pada masa mendatang.
Namun
untuk melihat semua usaha itu berlaku mungkin akan mengambil masa yang
lama. Adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah dasar kewangan
negeri mahupun negara. Maka ada baiknya kita sendiri menukar dasar
kewangan peribadi dengan menyimpan dan menabung dalam bentuk emas dan
perak bagi menjamin masa depan hidup kita dan juga keluarga. Walaupun
masih banyak lagi negeri yang tidak mempunyai dinarnya secara rasmi,
namun usaha individu dan syarikat persendirian yang memperkenalkan
keluaran dinar dan dirham masing-masing dilihat sebagai suatu langkah
alternatif yang positif untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk
memiliki dinar dan dirham dan bermuamalat dengannya. Kita sebagai umat
Islam harus yakin dengan wang sunnah (dinar dan dirham) ini. Dengan
tindakan berpatah balik menjadikan emas dan perak sebagai medium wang
tunai ia secara tidak langsung akan menghidupkan semula muamalah dan
sunnah Rasulallah SAW.
Kesimpulannya
apa yang terjadi di Utah sebenarnya membuka mata kita untuk melihat
betapa rakyat US merasa marah dan tidak berpuas hati terhadap polisi
kewangan dan hutang negara mereka. Namun mudah sahaja mereka mengajar
kerajaan iaitu dengan menukarkan dollar mereka kepada emas dan perak.
Sesungguhnya ia adalah suatu tindakan yang amat bijak dan wajar untuk
kita contohi demi menyelamatkan kewangan dan asset hasil titik peluh
kita sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal... Wallahualam.
p/s:
Walaupun nilai dollar jatuh , namun US masih lagi selamat kerana mereka
memiliki simpanan emas terbesar di dunia. Tapi buat tanah tumpahnya
darahku, berapakah simpanan emas yang negara kita ada??? Sayangnya
simpanan emas kita antara yang paling sedikit di Asia... sangat-sangat
menyedihkan...
No comments:
Post a Comment