Saturday, September 10, 2011

KEGILAAN KERAJAAN SWISS


Argor-Heraeus, a Swiss company, is making 100-gram pieces of gold as fast as it can to feed the investing fever of national banks and individual buyers.


The Swiss have just lashed themselves to Europe's sinking ship...

Pada hari Selasa lalu, Bank Kebangsaan Swiss ( The Swiss National Bank ) berkata ia telah menetapkan  syilling bagi kenaikan matawang Franc's berbanding Euro..langkah yang dilihat menghalang perkembangan ekonomi negara tersebut sekaligus mendedahkan risiko masadepannya ditangan Birokrat yang terkenal korup dan  seringkali gagal mengurus ekonomi dengan baik, tulisan  Simon Black untuk buletin Whiskey and Gunpowder.

Sebaik berita diterima, matawang Franc serta merta jatuh hampir 10% . Harga emas dalam matawang Swiss Francs melonjak dari 1497 kepada 1620 per troy ounce, semuanya dalam masa 45 saat.

Logam beharga kini berkeseorangan sebagai matawang lindung nilai paling selamat di dunia.Baru 6 minggu lepas iaitu  pada 27 Julai 2011 saya menulis dalam newsletter bertajuk " Wajarkah kita membeli emas pada ketika harganya berada di paras tertingi di pasaran"
"Malah matawang yang terkenal kukuh seperti Swiss Franc juga mempunyai had kenaikan . Pada masa yang sama , the Swiss National Bank akan memperkenalkan langkah kawalan modal untuk mengekang  kenaikan matawangnya....anda mungkin akan merasa tertipu kerana tidak membeli emas pada ketika harganya di paras US$1600 pada ketika anda masih mempunyai peluang untuk membelinya."

Mulai saat itu harga emas terus melonjak sekitar  20%, dan Swiss National Bank telah mula mengambil langkah untuk mengekang kenaikan matawang negara tersebut.

Ini adalah hanya satu permulaan..

Kerajaan  Swiss secara dasarnya telah memberitahu dunia bahawa mereka akan mencetak seberapa banyak wang kertas fiat bagi digunakan untuk membeli seberapa banyak bon hutang berdaulat (Soveriegn Debt) terutamanya dari negara jiran Euro mereka bagi tujuan menurunkan matawang Swiss Franc agar lebih kompetitif.


Ianya secara tidak langsung meletakkan Switzerland dalam bot karam yang sama (the same sinking boat ) sebagaimana negara seperti Italy, Greece, dan Portugal...dengan satu perbezaan. Switzerland mempunyai kadar faedah 0%.

Dalam lain perkataan , pedagang (traders) pada ketika ini boleh membuat pinjaman dalam matawang Swiss Franc pada kadar faedah 0% dan membeli bon terbitan Kerajaan yang bersandarkan kepada matawang Euro (yang diibarat seperti sampah itu) sambil menikmati kadar dividen 5%, 10%, 30%....dengan jaminan tiada risiko kejatuhan matawang.

Ianya seolah seperti wang percuma, ehsan dari the Swiss National Bank. Saya akan terus menunggu bagaimana gelombang kenaikan kadar margin keuntungan dari transaksi sebegini. Walaupun tanpa disangkal ianya adalah sesuatu yang gila untuk mengatasi masalah krisis hutang Eropah dengan cara sebegini.

Beberapa fakta juga diambil kira:

1. Syarikat pengeksport terbesar di negara Switzerland seperti Novartis dan Nestle akan menikmati faedah yang besar kerana ianya pasti akan melonjakkan jualan mereka dalam jangkamasa pendek.Bank di Switzerland dan Austria yang banyak terdedah kepada ekonomi Eropah Timur juga mampu menarik nafas lega sekarang.
Secara tradisinya kadar faedah di Swiss adalah lebih rendah daripada negara jiran Eropah mereka. Sebagai contoh, ramai masyarakat Hungary membuat pinjaman menggunakan matawang Swiss Francs kerana hadar faedah pinjaman di negara tersebut lebih murah.
Apabila matawang Swiss Franc mula bergerak tinggi, para peminjam akan berhadapan dengan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka kerana secara tiba-tiba bayaran pinjaman dan baki pinjaman mereka akan menjadi lebih tinggi dari sebelumnya. Kesannya ramai peminjam akan gagal membayar hutang.
Bank di Austria, Germany, dan Switzerland yang dilihat paling banyak menguruskan pinjaman akan berhadapan dengan kerugian besar..dan kemusnahan kepada sistem kewangan di lihat telahpun dapat dilegakan, terima kasih kepada langkah terbaru ini. Saya dapat bayangkan ianya mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Swiss sekarang.

2. Cakap-cakap bakal berlaku kejatuhan harga emas, ianya adalah salah satu faktor yang akan melonjakkan harga logam beharga di pasaran. Benar tidak ada sesuatu yang akan terus naik (atau turun) pada sepanjang masa, tetapi mengambilkira bahawa dunia baru kehilangan satu-satunya matawang lindung nilai  yang terakhir di pasaran, tidak banyak pilihan asset lain yang boleh diharapkan untuk melindungi kekayaan anda pada hari ini.

3. Pasaran tidak berfungsi dengan teratur. Langkah merendahkan matawang bertujuan untuk kekal kompetitif bermakna Kerajaan di seluruh dunia berebut-rebut untuk mencetak lebih banyak wang kertas. Negara Eropah mencetak seberapa banyak yang mereka mampu bertujuan untuk menyelamatkan Bank dan ekonomi mereka. Switzerland baru sahaja bertindak untuk menyertai rakan Eropah mereka. Japan dan China juga tidak jauh dibelakang dan plan Quantitative Easing 3 akan dilancarkan tidak lama lagi di Amerika Syarikat.Dengan terlalu banyak wang kertas fiat dilambakkan di pasaran sudah tentu ianya akan kehilangan nilai, orang ramai tidak dapat membuat pelaburan kerana hilang keyakinan ekoran  campurtangan golongan Birokratik dan Kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.

4. Kenyataan Swiss National Bank , mereka berkata,  "Berkuatkuasa serta merta, [the Swiss National Bank] tidak lagi bertoleransi kepada kadar pertukaran matawang EUR/CHF di bawah kadar minima CHF 1.20. Swiss National Bank akan menguatkuasakan kadar minima ini dengan sedaya upaya dan bersedia untuk membeli lebih banyak matawang asing tanpa sebarang had di pasaran."
Tiga kata kunci utama di sini adalah 'BERKUATKUASA SERTA MERTA'.Ianya adalah satu lagi contoh bagaimana Kerajaan sesebuah negara boleh dengan sewenang-wenangnya membuat perubahan serta merta yang memberi kesan dramatik kepada kehidupan seseorang tanpa memikirkan akibat dan kesannya..
Jadi jangan buat sebarang kesilapan, atau kita akan bangun pada keesokan hari dan terpaksa berhadapan dengan realiti baru ekonomi hari ini..

No comments: