Friday, September 9, 2011

Peter Schiff - “Seluruh dunia kini amat terdesak untuk membeli emas”

kingworldnews.com
SEPTEMBER 08, 2011
Peter Schiff - “The Whole World is Desperate to Buy Gold”

Dengan harga emas terus melantun tinggi , diniagakan melepasi paras US1,855 per ounce manakala Perak (silver) US24 per ounce, En Peter Shiff penganalisis dan CEO Europacific Capital dalam satu temuramah dengan King World News hari ini di petik berkata, “Bagaimana kita dapat melihat kejatuhan besar-besaran harga emas apabila semua orang ingin membelinya?


Masyarakat di seluruh dunia semakin terdesak untuk memiliki emas kerana Kerajaan terus dengan sewenang-wenangnya mencetak terlalu banyak wang kertas fiat, kadar faedah BANK pula terlalu rendah, satu-satunya asset lindung nilai paling selamat adalah emas.


Semakin ramai orang menyedarinya , semakin ramai yang berhasrat untuk membeli emas. "
 
“Satu kebaikan tentang emas adalah kebanyakkan orang masih belum lagi memilikinya. Ketika ini hanya segelintir masyarakat memilikiya berbanding dengan lebih ramai lagi yang sedang menunggu untuk membeli emas. Masalahnya semakin lama anda bertindak untuk membeli emas, semakin tinggi harganya di pasaran.

“Harga emas telah naik 3 kali ganda di pasaran & satu-satunya saham atau stok berkaitan emas adalah S&P 500, salah satu syarikat emas terbesar di dunia dimana harga sahamnya belum lagi mencecah kenaikan 5% pun walaupun pada ketika harga emas telah meningkat 3  kali ganda.Jadi saham saham syarikat berkenaan seperti Newmont punya potensi untuk meningkat lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Bila ditanya bagaimana amalan mencetak wang kertas fiat bakal berakhir, En Schiff memberi respon “Ianya akan menjadi satu malapetaka kepada sesiapa sahaja yang meletakkan kepercayaan terhadap sistem kewangan bersandarkan wang kertas fiat.

Akan terdapat ramai orang yang akan kehilangan segala asset dan wang simpanan yang mereka ada kerana ditelan inflasi akibat amalan tidak bertanggungjawab Kerajaan mencetak wang kertas sesuka hati mereka.

Apabila berlaku inflasi besar2an pada tahun 1929, terdapat ramai orang terjun dari bangunan. Kehidupan akan menjadi huru hara dan tidak menentu akibat sistem kewangan berdasarkan wang kertas yang diamalkan pada hari ini. Kita  sedang menuju kepada kemusnahan ekonomi paling teruk dalam sejarah.



Bila ditanya kenapa terdapat beberapa bank mengambil tindakan membuat jualan singkat logam perak (silver) milik mereka tetapi masih gagal untuk pulih dari krisis kewangan En Shiff berkata  , “saya tidak fikir terdapat sebab mengapa seseorang perlu  menjual logam perak milik mereka , tetapi Bank sebegini amat bodoh kerana membeli sub-prime mortgages, jadi saya rasa mereka juga  amat bodoh untuk membuat jualan singkat logam Perak,"



No comments: