Hava Katz, the head of the national treasures of Israel's Antiquities Authority, holds up a 1,000-year-old gold coin minted in Egypt and dated 1,095 AD, supposedly brought to Jerusalem by Muslim pilgrims, during an exhibition at the Davidson Archeological center in Jerusalem's Old city on November 11, 2009.
(GALI TIBBON/AFP/Getty Images) #
Minggu ini kami kembali dari kunjungan ke negara Zon Euro di mana kami berpeluang bertemu dengan pelbagai orang meliputi pelbagai negara dan sebilangan pemain industri.
Kami melihat pelbagai indikator- kerja pembinaan telah bermula, pinjaman bank, tabiat pinjaman peribadi, pertumbuhan ekonomi,sehingga kekurangan barangan di kedai runcit- menunjukkan Eropah kini berada dalam kedudukan yang amat meruncing , walaupun dalam kes ini , sejumlah besar masyarakat di Eropah masih tidak sedar apakah yang bakal mereka hadapi di masa akan datang.
Situasi yang paling cemas yang kami kenalpasti adalah berkaitan dengan pembelian syilling dan jongkong emas- lebih tepat lagi di Negara Austria- dan mungkin juga akan merebak ke seluruh negara Kesatuan Eropah.
Tidak seperti di Amerika Syarikat, di mana logam Emas dan Perak boleh dibeli dengan cara tradisional seperti mendapatkan terus dari pengedar tempatan, ataupun pembelian melalui tempahan di Internet, ianya lebih sukar untuk mencari pengedar Emas dan Perak di luar negara Germany atau Switzerland. Kesannya, individu yang berminat untuk membeli emas terpaksa membelinya terus dari cawangan bank tempatan.
Jika anda mengunjungi Bank di Austria 3 bulan yang lalu, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk membeli emas dan perak dalam kuantiti yang besar dari mana-mana bank. Anda dengan mudah boleh menghubungi bank 24 – 48 jam lebih awal untuk tempahan, maklumkan anda akan datang dan berapa jumlah yang anda mahukan, dan anda sendiri boleh mengambil tempahan tersebut dalam masa beberapa hari.
Menjadi trend baru di Austria (atau mungkin juga di Negara Kesatuan Eropah yang lain) polisi bank mencadangkan bahawa terdapat beberapa pihak yang berminat dan berkepentingan cuba mengawal penjualan dan pemilikan individu terhadap logam Emas dan Perak sebagai asset lindung nilai.
Pengalaman yang kami lalui seharusnya menjadi ingatan atau ' wake up call ' bukan sahaja kepada masyarakat Eropah tetapi kepada seluruh masyarakat dunia.
Perubahan polisi ini dilaksanakan secara senyap-senyap, tidak dilaporkan oleh mana-mana pertubuhan media yang kita ketahui di negara berkenaan , dan juga tidak dinyatakan secara terbuka walaupun polisi baru ini telah dibuat dalam website institusi bank tebesar di Austria.(walaupun jelas mereka cuba menunjukkan ianya comply dengan akta penggubahan wang haram US dan akta Patriot).
Dalam perbualan kami dengan wakil dan Pengurus Bank di sana mereka berkata, Bank di Austria kini di arahkan untuk mengetatkan penjualan jongkong emas dan perak , dan pemilikan logam beharga dikalangan individu dihadkan kepada 15,000€ (sekitar $20,700 USD) pada satu-satu masa, atau sebanyak 11 ounces jika berdasarkan kepada harga emas hari ini.Melalui perbincangan lanjut , kami mengetahui polisi ini telah dilaksanakan kira-kira 30 hari yang lalu, dan ianya kini telah dijadikan satu prosedur standard (standard operating procedure). Alasan yang diberikan kerana pihak Bank menerima tekanan dari Negara Kesatuan Eropah, Kerajaan Austria dan pegawai dari Amerika Syarikat agar mematuhi inisiatif Akta Penggubahan Wang Haram US dan EU’s Third EU Money Laundering Directive yang telah dilaksanakan di seluruh Zon Eropah pada Disember 2007.
Idea untuk meletakkan peraturan ini di bawah Akta Penggubahan Wang Haram sering dipertikai dan menjadi bahan ketawa ramai pihak. Sebagaimana yang kita tahu, sekalipun sekiranya terdapat penglibatan sendiket dadah (drug cartel) atau pertubuhan jenayah lain yang berhasrat untuk menggubah atau membersihkan wang haram, mereka sudah tentu tidak akan melantik orang perseorangan atau individu menukarnya dengan cara membeli jongkong atau syilling emas di bank tempatan.
Mereka dengan mudah boleh membuat panggilan telefon dan menghubungi mana-mana Bank besar yang telah bangkrap sebagaimana kita lihat bagaimana berbillion Dollar wang dicetak oleh Federal Reserves dan disalurkan melalui Bank2 di Amerika Syarikat ketika ini. Seingat kita terlalu sedikit laporan berkaitan isu ini di kalangan media utama (mainstream) dan ianya tidak dipedulikan langsung oleh pihak pendakwaraya Amerika Syarikat.
Dengan kedudukan Austria sebagai salah satu negara paling membangun di kalangan negara Kesatuan Eopah, terdapat pendapat yang kuat bahawa ia bukan satu-satunya negara tunggal yang menguatkuasakan polisi baru ini- dan sudah tentu akan terdapat negara lain dalam masa terdekat atau pada masa akan datang mengikut jejak langkah yang sama dan berlaku kebimbangan polisi ini akan dikuatkuasakan ke seluruh negara Kesatuan Eropah.
Kepada kebanyakan masyarakat awam di Eropah dan Amerika Syarikat , langkah ini dilihat tidak akan memberi banyak kesan kepada kehidupan mereka. Tetapi jika anda memberi perhatian kepada senario ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan, adalah jelas ekonomi Negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat sedang diancam oleh potensi keruntuhan sistem kewangan yang berkekalan.
Pagi ini, Pengarah Urusan , IMF Christine Lagarde dipetik berkata bahawa situasi ekonomi amat teruk , "Pembuat polisi hendaklah bersiap sedia , sebagaimana yang diperlukan , mengambil tindakan menyokong plan pemulihan , termasuk mengambil pendekatan yang tidak konvensional."
Peraturan baru menghadkan permbelian Emas dan Perak sudah tentu dianggap sebagai langkah tidak konvensional, bersama cadangan pendekatan terkini oleh pegawai Kesatuan Eropah dan pemimpin perniagaan. Salah satu cadangan dari pemimpin perniagaan Italy yang mencadangkan agar semua transaksi wang tunai melebihi 300 Euro (atau $400 USD) dilarang sama sekali (to be banned), dan hanya dibenarkan dalam format perbankkan elektronik.
Trend global dikalangan negara perindustrian untuk tempoh 20 tahun yang lalu semuanya bergerak kepada pengurangan penggunaan wang tunai dikalangan masyarakat digantikan dengan wang elektronik, perbankkan internet dsb, tetapi ianya banyak bergantung kepada sistem pengurusan matawang yang betul.
Sementara Bank Pusat (central banks), Institusi kewangan besar dan pelabur kaya persendirian di seluruh dunia terus membeli lebih banyak emas, kerajaan dilihat bergerak pantas untuk menghalang hasrat masyarakat biasa untuk melakukan perkara yang sama- dan mereka dilihat secara tergesa-gesa menguatkuasakan polisi samada menghalang atau menyiasat transaksi sedemikian.
Banyak bandar di Amerika Syarikat, seperti Houston Texas, telah meluluskan syarat id pengenalan untuk memaksa penjual logam beharga menunjukkan borang pengesahan id pengenalan pada ketika ingin membuat jualan emas mereka.
Seperti di Eropah, Amerika Syarikat menguatkuasakan pendekatan secara terus untuk mengesan transaksi sedemikian, juga pendekatan tidak langsung yang mensasarkan mereka yang disyaki terlibat dengan transaksi mencurigakan , kebanyakkanya dengan menggunakan wang tunai sebagaimana yang dipetik dalam Buletin Federal Beureu Investigation (FBI) dan Keselamatan Dalam Negeri (Homeland Security) yang diterbitkan bulan lepas.
Langkah lebih ketat di ambil. Kerajaan, Institusi kewangan besar dan pemain politik tahu di manakah wujudnya nilai sebenar. Ianya sudah tentu bukan dalam bentuk matawang fiat yang dicetak sesuka hati mereka.
Penulis : Mac Slavo
Tarikh : September 9th, 2011
Website: www.SHTFplan.com
No comments:
Post a Comment