Wednesday, September 14, 2011

KEJATUHAN INDES DAX GERMANY

KRISIS HUTANG di negara Kesatuan Eropah kini mula memberi kesan kepada Bank di Germany. Bukan itu sahaja, tidak terkecuali ianya juga memberi tamparan kepada Indeks Komposit German atau lebih dikenali sebagai "DAX" . Dan ianya adalah petanda yang amat buruk , tulisan En Brian Hunt dalam buletin Steve Sjuggerud's Daily Wealth.

Komposit German Dax meliputi saham2 mewah syarikat besar German atau blue-chip . Nama-nama yang sangat terkenal termasuk BMW, Merck, Bayer, Adidas, Daimler, BASF, dan Volkswagen. Seperti yang anda dapat lihat pada carta , indeks komposit DAX jatuh dengan teruknya.


Indeks komosit DAX jatuh  31% dalam tempoh 2 bulan lepas. Pergerakkan seperti ini memberi petanda berlaku krisis di rantau  berkenaan.

Pelabur bermusim menjangkakan negara Eropah seperti Greece dan Italy akan melalui krissis ekonomi dan politik sekali dalam tempoh sedekad. Negara berkenaan mempunyai sejarah yang panjang berkaitan kegagalan membayar hutang (debt defaults) , amalan korupsi cukai, dan ketidaktentuan politik.. Mereka tidak dilihat sebagai destinasi pelaburan yang selamat.

Germany, pula sebaliknya dan dianggap sebagai enjin atau kuasa besar ekonomi di Eropah.  Negara berkenaan mempunyai kadar pengangguran yang paling rendah (low unemployment) , dasar pembuatan yang terbaik, dan tersenarai dalam "top 10 in the world" oleh agensi penarafan kredit antarabangsa. Hanya pada tahun 2010 negara China telah mengatasi  "Deutschland" sebagai pengeksport No 1 di dunia (the world's No. 1 exporter.).  Ianya menyebabkan carta indeks DAX amat membimbangkan pelabur...

Steve Sjuggerud, 13 Sep '11

No comments: