Wednesday, September 14, 2011

KERAJAAN CHINA MENGESAHKAN BERLAKU TEKANAN TERHADAP HARGA EMAS


Masyarakat kampung menggunakan peralatan mendulang emas dari Sungai Irrawady berhampiran jambatan Bahaltminthin berhampiran bandar Myitkyina di Wilayah Utara Myanmar pada 7 Januari 2010
(Gambar Reuters oleh Soe Zeya Tun)


BENONI - 

Satu berita yang pastinya menggembirakan GATA, Wikileaks menerbitkan kabel berita bahawa pada tahun 2009 , tahun di mana Bank Pusat Eropah menghentikan penjualan emas mereka. Ia memaklumkan seperti berikut :-

"Kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah seringkali dilihat bertindak menekan (suppressed ) kenaikan harga emas. Mereka berniat melemahkan fungsi emas sebagai matawang rizab antarabangsa. Mereka tidak mahu melihat negara lain bertukar kepada emas sebagai rizab selain penggunaan matawang U.S. Dollar atau Euro.

Untuk itu, memberi tekanan kepada harga emas memberi manafaat yang besar kepada Amerika  Syarikat untuk mengekalkan  peranan  U.S. dollar's sebagai matawang rizab antarabangsa. 

Langkah Kerajaan China meningkatkan rizab emas negara mereka dilihat sebagai model atau contoh  kepada negara lain yang juga pada hari ini melaksanakan tindakan yang sama. Pemilikan rizab emas yang banyak juga memberi manafaat kepada China dalam usaha mempromosikan matawang Renminbi [Yuan] di peringkat antarabangsa.

Langkah Pemilikan Emas Kerajaan China
Dalam tempoh 5 tahun dari 2003 hingga 2008 , negara China telah menambah  454 tonnes emas sebagai rizab. Mereka mengumpulkan rizab emas ini dalam agensi kerajaan yang kemudiannya akan menyerahkan bertan2 emas kepada Bank Rakyat China ( People's Bank of China ) pada tahun 2008.

Kami percaya mereka terus menggunakan polisi ini dengan menggunakan agensi selain Bank Pusat untuk mengumpulkan rizab emas mereka. Jika mereka terus kekal menggunakan polisi ini , mereka  sudah tentu akan membuat pengumuman mengenainya pada tahun 2013 nanti.

Jumlah rizab emas yang berjaya ditambah sejak tahun 2008  mungkin berjumlah 91 tan setiap tahun sejak tahun 2003 , pertambahan kepada pertumbuhan pengeluaran emas domestik dalam negara terus kepada stok mereka. Jika ini yang berlaku , kita boleh menjangkakan berlaku tambahan tidak kurang dari 2,000 tan emas yang dibeli oleh agensi kerajaan dan disalurkan terus kepada Bank Rakyat China.

Dengan Kerajaan terus mengeluarkan lebih banyak lesen kepada Bank Antarabangsa untuk mengimport emas ke China, rakyat China membuat belian terus melalui bank ini dan juga dari pasaran antarabangsa. Bermakna langkah pengumpulan rizab emas di China datang dari 2 sumber utama. Jadi jangan terperanjat jika menjelang tahun 2013 kelak, China memegang (jumlah pemilikan emas dikalangan rakyat + Bank Pusat) sekitar 5,000 tan emas atau lebih sebagai rizab negara.

Jumlah ini masih dilihat kecil berbanding dengan rizab matawang US Dollar negara berkenaan. Tetapi Bank Pusat tidak melihat emas sama seperti pandangan negara berkenaan.

Tekanan terhadap harga emas
Kerajaan China percaya Amerika Syarikat dan Eropah seringkali memberi tekanan kepada kenaikan harga emas dan pendapat ini tidak boleh disangkal dengan mudah. Jualan emas oleh Amerika Syarikat , dan pada tahun 70an oleh IMF adalah cubaan secara langsung untuk mengasak harga emas agar dilihat berada di bawah harganya yang sebenar dan dijual di luar dari sistem kewangan dunia.

Pada Tahun 1978 pindaan kedua Artikel IMF adalah bertujuan untuk melenyapkan fungsi emas dari sistem kewangan antarabangsa. Pindaan tersebut adalah lanjutan daripada kegagalan usaha sebelumnya untuk memperkenalkan sistem kewangan antarabangsa yang baru.

Ianya termasuk kegagalan negara Kesatuan Eropah untuk memaksa Amerika Syarikat samada melunaskan defisitnya dengan emas, atau menurun nilai  (devalue) matawang Dollar berbanding emas.

Pindaan kedua terhadap artikel ini melarang ahlinya untuk menetapkan kadar tukaran matawangnya kepada emas dan memindahkan tanggungjawab ahlinya untuk melaksanakan transaksi emas mereka pada harga rasmi emas yang telah ditetapkan.

Bukan sahaja Amerika Syarikat menolak untuk mengekalkan emas di dalam sistem kewangan , ia kemudian mengetuai usaha perang terhadap emas (sementara secara senyap-senyap menyimpan jumlah stok emas yang banyak sebagai rizab , diluar dari pengetahuan dunia).

Bagi menjayakan plan mengeluarkan terus emas dari sistem kewangan antarabangsa, IMF telah mengarahkan Amerika Syarikat [Amerika Syarikat memegang majoriti undi dalam IMF.] melupuskan 50 juta ounces emas daripada jumlah keseluruhan 153 juta ounce stok emasnya. Ianya dilaksanakan dengan cara :-

•  1 Jan 1975 - Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan warganya untuk memiliki emas secara individu

•  Jan 1975 - sebanyak  62.21 tonnes emas [2 juta ounces] emas dilelong oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

•  30 June 1975- sebanyak 15.5 tonnes emas  [500,000 ounces] dilelong.

•- 31 August 1975 - IMF bersetuju menjual 1,555.21 tonnes [50 million ounce.]

  1976 -    2 June - Tindakan lelongan emas pertama oleh IMF
  1978-     23 May-  lelongan emas oleh Amerika Syarikat..
  1979-     November- Lelongan terakhir emas oleh Amerika Syarikat - Jumlah dijual 530 tonnes.
  1980-     7 May -Lelongan 778 tonnes emas oleh IMF dengan harga purata US$240 per ounce dijual kepada pasaran dan sebahagiannya diberikan kepada ahli yang mempunyai pertalian dari segi kouta.  

Hairannya , langkah ini telah memberi kesan kepada pemilikan emas secara lebih meluas melalui komuniti antarabangsa dari sebelumnya, dan menarik minat lebih banyak negara terhadap pasaran emas.

Hanya sebilangan kecil negara menunjukkan kepatuhan untuk menjual emas yang diserahkan kepada mereka, majoriti yang lain menyimpannya. Penjualan emas selepas itu mendapat sambutan yang hangat menyebabkan Amerika Syarikat sedar mereka terpaksa menjual semua emas miliknya untuk membolehkan plan ini berjaya dilaksanakan, tetapi mereka sendiri amat menghargai emas dan akhirmya terpaksa memberhentikan jualan.

Menyegerakan penjualan
Dari pertengahan tahun 80an, Bank Pusat mengambil pelbagai langkah untuk melaksanakan kempen anti-emas mereka. Pada satu ketika semua warga harus mematuhinya, "he who commits you to his cause". Kempen anti-emas kemudiannya membenarkan syarikat perlombongan emas seperti  Barrick, untuk meminjam emas milik Bank Pusat dan kemudian menjualnya bagi tempoh sekitar 5 tahun pada ketika harga emas sedang jatuh.

Syarikat perlombongan kemudian membiayai pengeluarannya sendiri, membayar pendahuluan harga emas bersama faedah terakru untuk tempoh 5 tahun [the Contango] dan membuat penghantaran semula pengeluaran emas kepada Bank Pusat. Ia mengakibatkan  jumlah pengeluaran syarikat perlombongan emas menjadi bertambah cepat dan rancak dan terlalu banyak emas berada di pasaran menyebabkan harga emas jatuh dari US$850 se ounce pada tahun 80an kepada US$275 pada penghujung tahun 90an.

1999 tahun di mana pasaran memecahkan kempen anti-emas
Keretakan pertama kempen anti-emas dunia bermula apabila  Ahli Majlis Penasihat Pentadbiran Bank Pusat Eropah memutuskan bahawa Bank Pusat Kebangsaan  yang ingin menyertai zon ekonomi Euro mestilah memasukkan emas sebagai inisiatif pindahan rizab asing mereka kepada Bank Pusat Eropah. Pindahan ini mengambil tempat pada hari pertama tahun 1999 , tarikh pelancaran matawang Euro sebagai matawang tunggal di Eropah. Tindakan ini telah mengesahkan kepentingan emas sebagai asset rizab.


Ahli Majlis Penasihat Pentadbiran Bank Pusat Eropah memutuskan inisiatif pindahan matawang asing pada jumlah maksima yang dibenarkan adalah berjumlah €50 billion. Angka ini diselaraskan dengan menolak jumlah pegangan saham Bank Pusat Negara Kesatuan Eropah yang lain yang tidak menyertai Zon ekonomi Eropah pada kadar hampir  €39.46 billion. Bank Pusat Eropah bersetuju  15% dari inisiatif pindahan mesti dalam asset emas.

Jelas, emas telah meningkatkan keyakinan masyarakat awam sebagaimana yang dinyatakan dalam kabel berita China tahun 2009 tersebut. Meskipun penjualan emas dilaksanakan di bawah perjanjian penjualan emas, jumlah keseluruhan rizab emas Bank Pusat Eropah telah mengalami peningkatan luarbiasa sejak itu disebabkan kenaikan tinggi harga emas di pasaran dunia. Pada September 2010 , Bank Pusat Eropah mempunyai 26% rizabnya dalam bentuk emas.

Apabila "Perjanjian Washington " di institusikan pada tahun 1999,  ia hadir ketika pelancaran matawang Euro sebagai matawang tunggal di Eropah. "Perjanjian Washington " ditambah dengan Perjanjian Bank Pusat Eropah betujuan untuk menjual  ‘tidak kurang ' paras siling  400 atau 500 tonnes  emas untuk memperkenalkan matawang Euro sebagai matawang utama dunia., tanpa perlu bersaing dengan emas. Sebagaimana penjualan emas oleh Amerika Syarikat, tidak ada sebarang niat untuk menidakkan kepentingan emas sebagai asset rizab, malah langkah ketat menghadkan penjualan serta menyimpan emas sebagai rizab dalam pelbagai pertukaran matawang asing dan rizab emas mula dilaksanakan.


Mereka menyatakan bahawa emas akan kekal sebagai elemen penting kepada rizab kewangan global, dan bersetuju untuk menghadkan jumlah jualan terkumpul kepada 2,000 tonnes bagi tempoh 5 tahun, atau sekitar  400 tonnes setahun. Mereka juga mengumumkan dasar pinjaman dan penggunaan derivatives tidak akan meningkat bagi tempoh 5 tahun yang sama. (Pihak Bank Pusat Eropah kemudiannya membuat kenyataan bahawa jumlah keseluruhan emas milik mereka yang telah digunakan bagi tujuan pajakan pada  September 1999 berjumlah  2,119.32 tonnes.)

Pihak Bank Pusat Eropah memperakaunkan sekitar 45% daripada rizab emas global. Sebagai tambahan kepada jumlah pemegang emas utama dunia termasuk negara Amerika Syarikat,  Japan, Australia, the IMF dan the BIS. Dalam masa yang sama secara tidak formal melibatkan diri mereka dengan perjanjian berkenaan selain  mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjual emas milik mereka. Langkah sedemikian menyebabkan rizab emas dilindungi oleh perjanjian Washington  dan dalam masa yang sama rizab emas mereka melonjak kepada 85%.

Pengumuman perjanjian ini memberi kejutan besar kepada pasaran. Ianya menyebabkan berlaku lonjakan harga emas pada keesokan harinya, tetapi dalam masa yang sama , ianya juga berjaya mengalihkan ketidaktentuan yang menguasai perhatian sektor awam. Apabila pasaran dapat menyerap langkah tersebut, elemen utama ketidakstabilan telah berjaya dipindahkan dengan pengenalan dasar yang lebih telus dan transparent

Kerajaan China ternyata betul kerana mempercayai Amerika Syarikat dan Eropah memberi tekanan kepada harga emas! Buktinya telah berada di depan mata kita melalui sejarah yang telah kita lalui sebelum ini.

Julian Phillips is a long time specialist analyst of the gold and silver markets and is the principal contributor to the Gold Forecaster - www.goldforecaster.com - and Silver Forecaster- www.silverforecaster.com - websites and newsletters

No comments: