Friday, September 16, 2011

EMAS DAN PEMBETULAN HARGANYA



Ke manakah arah tuju harga emas sekarang ...?

JANGKAAN KAMI, pada hari ini harga Saham dan Emas sewajarnnya berada dalam keadaan menurun Sudah tentu ianya tidak bermakna harga keduanya mesti turun menjunam. Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi kita panduan sebagai rujukan , tulisan En  Bill Bonner ,pengasas the Daily Reckoning.

Harga saham dan emas harus berada dalam keadaan menurun kerana PEMBETULAN HARGA BESAR-BESARAN  (Great Correction) sedang berlaku. Bukan menjadi satu rahsia, kadang-kadang harga saham menjadi tinggi dan mahal dan kadang-kadang ianya murah. Bila ekonomi sedang berkembang pesat , logiknya harga saham akan melonjak naik , jualan syarikat meningkat tinggi......keuntungan syarikat sudah pasti turut meningkat.

Tetapi bila ekonomi berada dalam keadaan krisis, atau lebih tepat krisis hutang sedang melanda....harga saham sepatutnya diniagakan rendah, keuntungan menjadi mengecut. Pada ketika itu harga saham sepatutnya murah, bukannnya mahal. Saham pada ketika ini sewajarnya diniagakan dengan lebih meluas , bukannya sedang berlaku pembetulan harga. Harga saham sewajarnya turun lebih rendah pada ketika ini.
Pelabur dilihat mula sedar mengenai perkara ini sedikit demi sedikit. Pada ketika krisis, harga saham akan jatuh. Mudah seperti pie. Tetapi harga emas agak kompleks dan unik. Pada tinjauan kami, harga emas akan menjadi semakin mahal. Nilainya mampu membeli lebih banyak barangan dari sebelumnya.

Sudah tentu, emas sewajarnya menjadi lebih mahal. Melihat kepada bagaimana senario perbankkan di seluruh dunia hari ini, krisis hutang dan sistem kewangan yang melanda. Emas adalah satu-satunya wang yang anda boleh percayai. Jadi pelabur yang bijak, CEO yang bijak, ketua keluarga yang bijak, dan Ketua Bank Pusat yang bijak akan mempunyai fikiran yang sama berhubung perkara ini- mereka mesti bergantung kepada bekalan emas sebagai rizab untuk menentang krisis ini. Jadi mereka akan membeli lebih banyak emas.
Tetapi dalam suasana pembetulan harga besar-besaran, ..menjangkakan semua perkara tidak akan jatuh sekaligus........nilai atau value wang kertas sedang meningkat tinggi. Atau lebih tepat lagi, harga asset dan pelaburan lain sedang menurun kerana permintaan atau demand sedang menurun.
Dunia sedang dilanda deflation (kemelesetan), Dan wang kertas menjadi lebih bernilai ketika kemelesatan berlaku. Selagi keduanya bergerak seiring.

Menurut kaji selidik kami, sistem ini mungkin akan berkekalan sedikit lama....kami menjangkakan para spekulator akan mula menjual emas untuk mendapat lebih banyak wang tunai.

Ditambah pula , emas telah melalui kenaikan harga luar biasa selama 11 tahun berturut-turut dalam pasaran bull market. Sudah tiba masa rehat bagi logam beharga ini......pembetulan harga besar-besaran wajar berlaku dan ianya adalah sesuatu yang sihat untuk pasaran. Ianya akan menjadi satu ujian kepada pecinta logam ini (metal lovers). Memang begitulah sepatutnya pasaran beroperasi. Pasaran dan pencintanya selalu akan menguji satu sama lain. Emas sepatutnya memberi peminatnya satu ujian......sebelum harganya bergerak lebih tinggi dalam pasaran bull market pada masa hadapan.
Persoalannya adakah kita semua akan lulus ujian ini ? Adakah anda akan menerima hakikat ini?

No comments: