Posted By Bill Bonner On September 15, 2011 @ 12:43 pm In Bill Bonner,Debt and Deficit,Featured,Gold,Gold News,Investment News,Investment Strategies,The Daily Reckoning
“Jualan runcit di Amerika Syarikat hari ini tanpa dijangka menjadi lembab” tajuk Berita utama di Bloomberg.
Tanpa dijangka? Anda mungkin dapat meneka mereka tidak membaca The Daily Reckoning. Jualan yang lembab adalah sesuatu yang biasa apabila berlaku pembetulan harga besar-besaran (a Great Correction.). Kami telah memperkatakannya sejak 4 tahun yang lalu.
Memperkatakan tentang memperkembangkan pasaran, Jadi......semua benda boleh berkembang... Kenapa perlu menjadikannya rumit?
Memperkatakan tentang kejatuhan atau penguncupan ekonomi.....semua benda boleh menguncup....Apa yang kita jangka? Ianya memang telah berlaku? .Memang ianya berfungsi begitu.
Dan apabila anda berhadapan dengan ekonomi pengguna, apakah yang selalunya menurun? kuasa beli pengguna (consumer spending) ? Sudah tentu . Mudah bukan?
Dan apabila kuasa beli pengguna merosot atau menguncup, jualan perniagaan pasti akan menurun. Sudah tentu keuntungan juga menurun. Dan apabila pelabur menyedari bahawa memegang saham adalah sesuatu yang tidak akan menguntungkan mereka. Maka, harga saham juga akan jatuh dan menurun.
Dan kita lihat berita utama Bloomberg yang lain.
Harga jualan borong di Amerika Syarikat bergerak perlahan seiring dengan kejatuhan kos tenaga dan kenderaan.
Mengejutkan ! Federal Reserves menyalurkan wang berjumlah Trillion Dollar dalam bentuk tunai dan hutang. Sehingga kini, mereka masih gagal meningkatkan ekonomi dengan ketara.
Penguncupan ekonomi berlaku kerana kemelesetan.
Kerana itu kita tidak menjangkakan harga emas akan melonjak tinggi.
Dan ketika ini Germany dan France telah berganding bahu bersama China dan kesemua mereka bersetuju tidak akan membiarkan Greece berseorangan dalam berhadapan dengan krisis hutang... …Emas tiada kena mengena dalam hal ini tetapi harganya dilihat menurun... walaupun tiada sebarang krisis melibatkan emas
Juga tidak ada inflasi.
Jadi siapa yang mahukan emas?
Sebenarnya ….kita semua mahukannya. Tetapi mungkin tidak pada ketika ini.
“Emas berjaya memenuhi peranannya sebagai wang lebih baik dari mana-mana jenis matawang diseluruh dunia.” tulisan Lord Rees-Mogg dalam pengenalan bukunya bertajuk “The Case for Gold” — memperkatakan mengenai sejarah emas.
Tetapi jika emas adalah wang terbaik, mengapa kita tidak menggunakannya berbanding wang kertas Dollars?
Lord Rees-Mogg menjelaskan “Masalah dengan emas bukanlah kerana ianya tidak berfungsi dengan baik, tetapi ianya berfungsi terlalu baik...ia mengenakan batasan atau limits terhadap sikap tamak atau kelakuan buruk manusia itu sendiri dan batasan atau limit sebegini boleh menimbulkan kemarahan , benci dan sakit hati menyebabkan ianya akan ditolak. Malah, adalah mustahil untuk sesebuah Kerajaan mengekalkan disipilin bila berhadapan dengan emas''
Ah yes….
Had batasan. Semua perkara mesti ada batasannya. Anda tidak boleh mempedulikan sesuatu batasan. Anda boleh menolak batasan yang ditetapkan terhadap anda. Anda boleh berpura-pura yang ianya tidak wujud. . Tetapi anda tidak boleh mengetepikan akibatnya sekiranya anda mengenepikan batasan terhadap sesuatu perkara.
Ketika ini, ekonomi sedang mengalami penguncupan yang teruk. Selagi mana situasi ini berterusan , anda hanya perlukan emas sebagai perlindungan ataupun insuran menentang malapetaka ekonomi ini. Tetapi apakah faktor yang menyebabkan berlaku malapetaka? Federal Reserves . sudah tentu.
Dalam hal penguncupan, pasaran sendiri mengenakan batasan atau limit. Ia memaksa kejatuhan harga asset. Ia merosakkan perniagaan. Dan ianya mendorong peminjam dan creditors menjadi bangkrap.
Federal Reserves tidak sukakan batasan limits. Dan mereka juga tidak suka melihat penguncupan ekonomi berlaku. Terutamanya apabila pilihanraya umum semakin dekat. Mungkin mereka cuba menyembunyikan rasa gementar. Mungkin juga tidak. Mereka mungkin akan melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya kerana merasa terdesak.....dalam usaha untuk mengatasi batasan semulajadi. Pada ketika itulah anda memerlukan emas anda..
Ini adalah bahan yang menarik untuk dilihat dan difikirkan bersama.
Pada bulan Julai 2011, hutang pengguna melonjak. Ianya adalah sesuatu yang dibincangkan dengan meluas. Para penganalisis berkata peningkatan sebanyak US$12 billion membuktikan perluasan kredit atau hutang sejak 60 tahun lalu masih belum berakhir. Mereka merasakan semakin dekat dengan pemulihan ekonomi. Pengguna terus mengamalkan perangai meminjam semula dan berkata mereka juga perlu terus berbelanja walaupun terpaksa berhutang.
Tetapi masalah ini telah bertukar kerana sebenarnya bukan pengguna yang membuat kerja pinjam meminjam ini. Ianya adalah golongan pelajar. Dan mereka tidak meminjam untuk berbelanja. Sebaliknya mereka meminjam untuk membayar yuran pendidikan yang tinggi.
Statistik hutang pengguna telah jatuh, sebagaimana dijangka. Hutang kad kredit , contohnya jatuh kepada US$4 billion.
Dan cuba teka. Kebanyakkan golongan pelajar ini tidak akan mampu untuk membayar balik wang pinjaman pendidikan mereka.
Dana Kerajaan untuk pinjaman pelajar telah meningkat dari jumlah kurang dari US$100 billion pada tahun 2008 kepada sekitar US$400 billion hari ini. Kami tidak tahu mengapa. tetapi semua orang menghidu terdapat bahaya sedang menanti.
Kejatuhan nilai matawang terus meningkat. Dan kami mengesyaki yang kebanyakkan pelajar sebenarnya terdiri daripada golongan yang hanya membuang masa di Universiti kerana mereka tidak akan berjaya mencari pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
Memperkatakan mengenai apa yang diutarakan oleh pemimpin GOP , En Micth Mc Conell menerangkan bahawa Plan pekerjan Presiden Obama adalah " Plan untuk pemilihan semula sebagai presiden Amerika Syarikat, dan bukannya plan pekerjaan sebagaimana dirancang"
Tetapi memang mudah untuk membuat kritikan! Berilah sedikit penghargaan kepada Tuan Presiden. Sekurang-kurangnya beliau mencuba.
Sekurang-kurangnya, beliau mencuba untuk dipilih semula oleh rakyat. Sebenarnya....
No comments:
Post a Comment