Thursday, September 1, 2011

BETAPA MUDAHNYA MENAMBAH KEKAYAAN, APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN TERUS MENYIMPAN EMAS




Pedro Linares uses a calculator to determine how much the company he works for, Fast Cash Gold Parties, will pay for the gold jewelry that he is weighing on October 30, 2009 in Hialeah, Florida. As the price of gold remains high, the company is busy setting up these modern day Tupperware parties to buy people's unwanted gold in their homes. (Joe Raedle/Getty Images)


Apa yang Billionaire Warren Buffett tidak faham berkaitan Saham dan Harga Emas...

JADI KITA TELAH menerima berita – Harga emas meningkat kepada US$1,900 per ounce, tulisan Encik  Bill Bonner dalam buletin hariannya  Daily Reckoning, melaporkan dari Dublin, Ireland. 

Harga emas melonjak US$39 dalam sehari pada hari Isnin yang lalu.

Wow!

Bukankah mudah untuk kita membuat lebih banyak  wang? Kita membeli emas pada harga sekitar US$300 per ounce kira-kira 10 tahun yang lalu. Hari ini harganya menjadi 6 kali ganda, dan sekiranya Encik Ben Bernanke. Pengerusi Rizab Persekutuan (Federal Reserves) mengumumkan langkah untuk mencetak lebih banyak wang kertas bagi tujuan menggerakkan ekonomi Amerika Syarikat, harga emas dunia mungkin akan ditutup kepada lebih dari US$2,000 pada minggu ini.

Betapa mudahnya untuk menjadi lebih kaya. Apa yang perlu kita lakukan adalah terus fokus dalam pelaburan emas dan abaikan pendapat semua orang yang mendakwa bahawa harga emas telah melepasi paras tertinggi dan seperti gelembung yang bakal pecah. Atau ianya tidak mempunyai apa-apa nilai. Atau kita adalah terdiri dari orang yang bodoh. Orang seperti Warren Buffet, contohnya. Buffet mengatakan membeli emas adalah perbuatan yang membuang masa. Beliau lebih memilih saham atau stocks.

Dana pelaburan Berkshire Hathaway milik Warren Buffet menghasilkan pulangan 76% dari tahun 2000 hingga 2010. Boleh tahan keuntungannya. Tetapi tiada yang boleh menandingi keuntungan 500% emas dalam tempoh yang sama. Dan harus diingat dana milik Billionaire tersebut mempunyai masa naik dan turun, ada tahun yang baik dan ada tahun yang buruk.. Emas pula terus naik. hanya mempunyai tahun yang baik sahaja.

Dan kemungkinan apa yang paling bagus tentang emas adalah anda tidak perlu pergi ke Bandar Omaha Amerika Syarikat untuk menghadiri mesyuarat tahunan Syarikat dana pelaburan milik Warren Buffet itu.

Sudah lama kita merasa simpati terhadap Warren Buffet. Beliau kadang-kadang berkata sesuatu yang kita semua tidak bersetuju dengannya. Tetapi ketika ini beliau dilihat langsung tidak faham mengenai apa yang sedang berlaku dalam kitaran ekonomi hari ini. Beliau terus memberitahu pelabur untuk terus membeli stocks pada hari ini, kerana mengikut pendapatnya tiada apa yang dapat menandingi saham berkualiti milik syarikat di Amerika Syarikat dalam tempoh jangka panjang.

Beliau juga giat memberitahu pelabur agar menghindari pembelian emas sebagai asset pelaburan kerana berpendapat ianya tidak boleh menghasilkan apa-apa keuntungan. Ianya tidak boleh digunakan untuk waima membuat candy atau menjual insuran sekalipun, contohnya.

Beliau juga memberitahu khalayak yang Kerajaan Amerika Syarikat sepatutnya menaikkan cukai terhadap golongan kaya di negara tersebut.Selain berkata Bon yang diterbitkan oleh Kerajan Amerika Syarikat sepatutnya di naik taraf (should be up-graded) bukannya diturunkan taraf (not downgraded). 

Sekiranya terdapat penarafan A, beliau menekankan agensi penarafan mungkin tidak cukup A untuk diberikan sebagai tanda betapa tingginya kualiti hutang Kerajaan Amerika Syarikat pada hari ini.

Jelas ianya adalah pendapat yang salah sama sekali..

Analisis beliau terhadap pasaran saham di Amerika Syarikat ternyata salah. Benar, sekiranya anda membeli stocks pada ketika harganya rendah dan sekiranya ekonomi Amerika Syarikat sedang  melonjak tinggi (booming) , anda boleh membuat wang. 

Tetapi bagaimana dalam suasana hari ini? Ekonomi Amerika Syarikat berada dalam keadaan  paling buruk dalam sejarah akibat krisis hutang dan pasaran saham mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk kembali pulih.


Tambahan lagi, saham-saham di Amerika Syarikat belum lagi benar-benar murah. Pasaran saham perlu terus jatuh kepada 30% hingga 50% sebelum pelabur menunjukkan minat belian.Jika pelabur memasuki pasaran sekarang, risiko berlaku kerugian amat tinggi apabila belian saham mereka amat berisiko untuk terus jatuh dengan teruknya.

Pendapat beliau tentang cukai yang harus dikenakan terhadap golongan kaya juga salah. Jika Kerajaan Amerika Syarikat bercadang untuk menaikkan cukai terhadap golongan kaya tidak akan ada banyak perbezaan yang akan berlaku kerana anda tidak mempunyai cukup  ramai orang kaya untuk dicukai.

Membenarkan orang ramai untuk berfikir yang mereka boleh terlepas dengan perangkap hutang Kerajaan hanya dengan menjadikan golongan kaya sebagai mangsa atau kambing hitam adalah satu ilusi yang amat merbahaya.Ianya bukan langkah yang serius untuk menyelesaikan masalah hutang.

Berkaitan emas, Buffet juga mempunyai tanggapan dan pendapat yang juga salah. Emas bukanlah sesuatu yang kita beli untuk membuat wang. Ianya adalah sesuatu yang kita beli agar kita tidak kehilangan wang.(Gold is not something you buy to make money. It's something you buy so you won't lose money).

Anda membeli emas kerana melihat betapa teruknya Federal Reserves mengurus polisi monetary kewangan dunia dengan cara mencetak lebih banyak wang kertas fiat di pasaran. Itulah yang berlaku untuk tempoh 10 tahun kebelakangan ini.tidak semua perkara yang dirancang dan ditetapkan mereka termasuk kadar faedah akan kekal sebagaimana dirancang.Manakala harga emas di pasaran terus melonjak tinggi.

Tetapi bagaimana pada ketika ini?

Hmm...Ketika ini keadaan agak sukar sedikit kepada pelabur emas kerana semua orang tidak akan tahu harga emas akan bergerak sehingga ke tahap setinggi mana. Kita hendak berkata "Beli lah emas" tetapi kita tahu ramai orang telah membuat keuntungan sebelum ini. 

Sekarang adalah masanya kepada pelabur untuk melihat dengan penuh minat bagaimana pasaran akan menentukan harga emas tanpa ada sebarang campurtangan dari polisi monetary kewangan dunia, pihak Bank mahupun Kerajaan sesebuah negara.

Dalam masa yang sama, Federal Reserves dilihat bersedia, sanggup dan mampu untuk mencetak lebih bank wang kertas - yang sudah pasti akan menyebabkan harga emas terus menerus melonjak tinggi.


Dalam masa yang sama juga, pembetulan atau correction pada harga emas akan terus berlaku. Apabila harga emas melonjak tinggi sudah tentu sebahagian pelabur akan mengambil kesempatan membuat jualan singkat untuk aktivivti pengambilan untung. Apabila berlaku pembetulan harga , dimana harga emas akan jatuh akan terdapat sebilangan pelabur lain mengambil kesempatan membuat belian pada ketika harga sedang murah. Ianya adalah fitrah pasaran. 

Dan sebarang pembetulan harga akan menyebabkan tunai di pasaran meningkat termasuk Wang Dollar Amerika yang akan menambah nilai. Adakah orang ramai akan terus membeli emas apabila Wang Kertas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Amerika menjadi kukuh? Ianya bergantung kepada situasi semasa.

Pertambahan tunai dipasaran akan menyebabkan rakyat Amerika mungkin mampu membeli lebih dari 2 buah rumah dikawasan tertentu, sebagaimana yang berlaku 4 tahun yang lalu.

Anda juga boleh membeli lebih banyak saham (stocks)- Stocks di Amerika Syarikat sedang menurun 15% dari harga tertingginya , ianya bersamaan dengan 15% potongan harga.


Minyak Gasoline? Belum lagi, Tetapi harga minyak mentah dunia per barrel telah turun hampir US$20 dalam tempoh 4 minggu yang lepas. Jika  keadaan ini berterusan , sudah tentu kita tidak akan mengalami sebarang masalah untuk memenuhkan tangki kenderaan kita kerana harga minyak akan menjadi lebih murah

Harga komoditi juga dilihat meningkat tinggi- jadi cuba cari harga makanan yang lebih murah.

Dan bagaimana dengan permainan gadgets dari China? Ianya juga akan menjadi murah, bilamana secara beransur-ansur orang ramai akan mempunyai lebihan wang untuk membelinya.

Dan dalam masa yang sama , harga emas akan terus meningkat lebih pantas dari Wang Dollar Amerika. di pasaran.  Melonjak dan terus melonjak tinggi.

Adakah lonjakan tinggi harga emas dalam pasaran Bull Market baru bermula? Mungkin..sama-sama kita lihat.


No comments: