Wednesday, August 31, 2011

HARGA EMAS DI LIHAT MENUJU KE PARAS TERTINGGI TAHUNAN DALAM TEMPOH 32 TAHUN


 Trays with gold ingots are placed in a room for final weighing and packaging at the Krastsvetmet plant in the Siberian city of Krasnoyarsk November 16, 2009. (REUTERS/Ilya Naymushin) 

Harga emas dijangka akan melonjak ke paras tertinggi sejak 3 dekad pada tahun 2011 kesan dari tindakan pelabur dan Bank Pusat meningkatkan pemilikan emas mereka berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan global ekonomi yang terjejas teruk ekoran krisis hutang di Amerika Syarikat dan Eropah.

Harga emas bagi penghantaran hadapan dijangka mencecah US$2,000 per ounce pada penghujung tahun ini, peningkatan keuntungan kepada 41% , menurut ramalan  (forecast) Bloomberg hasil soal selidik daripada 13 pedagang dan penganalisis dalam satu seminar di Kovalam , Selatan India pada 20 Ogos 2011.Ianya adalah lonjakan tertinggi sejak lonjakan 127% yang dicatat pada tahun 1979 menurut data yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Logam beharga tersebut di lihat bersedia untuk mencatat keuntungan bagi tempoh 11 tahun berturut-turut dan dalam masa yang sama pegangan pengeluaran bagi tukaran dagangan (exchange-traded products) mencecah rekod tertinggi pada 8 Ogos 2011 dan Bank Pusat dilihat terus menambah rizab emas untuk pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

George Soros, pelabur Billionaire dilihat mengurangkan pegangannya dalam SPDR Gold Trust pada tahun ini sementara seorang lagi Billionaire Encik John Paulson bertindak sebaliknya dengan mengekalkan pelaburan emasnya dalam jumlah yang besar.

“Data ekonomi, masalah hutang, masalah balance sheet semuanya dilihat semakin membimbangkan pelabur dan dijangka akan mengambil masa beberapa tahun untuk menstabilkan pasaran dan ianya adalah faktor utama mengapa trend harga emas terus melonjak tinggi , " kata Encik Paul Walker, Ketua penyelidik industri Logam Beharga (Precious Metal) GFMS Ltd.

Emas untuk penghantaran hadapan melonjak 2.3% kepada rekod harga US$1,894.80  satu  ounce hari ini dan didagangkan pada US$1,878.73 satu ounce pada jam  6:58 p.m. di Singapura. Harga emas mencatat untung 6% minggu lepas, tertinggi sejak January 2009. Jongkong untuk penghantaran Oktober mencatat keuntungan 1% kepada harga tertinggi 28,244 rupees (US$616) per 10 grams di  Multi Commodity Exchange of India Ltd. dan diniagakan pada 27,800 rupees pada jam 4:29 p.m.di Mumbai.

 

Morgan Stanley

Pakar ekonomi di Morgan Stanley meramalkan pengurangan pertumbuhan global tahun ini dan menyatakan Amerika Syarikat dan Eropah berada dalam kedudukan berisiko bahaya untuk mengalami  kemelesatan ekonomi, "  JPMorgan Chase & Co. pula berkata Ekonomi Amerika Syarikat akan berkembang dengan perlahan dari yang dijangkakan sebelumnya bagi suku tahun kedua seiring masalah kejatuhan krisis sentimen  dikalangan pengguna dan kejatuhan momentum harga pasaran rumah dan hartanah.

“Emas adalah matawang utama dunia pada ketika ini. Seluruh dunia percaya bahawa pihak berkuasa monetary dan  fiskal tidak dapat berbuat apa-apa yang terbaik dan telah gagal untuk menyelesaikan masalah fiskal semasa dunia pada hari ini," kata Encik Dennis Gartman , pakar ekonomi yang pada tahun 2008 berjaya meramalkan dengan tepat kejatuhan pasaran komoditi menerusi artikel hariannya 'The Gartman Letter' pada 19 Ogos 2011 yang lalu.

Bank of America Merrill Lynch meramalkan sasaran harga emas untuk tempoh 12 bulan akan datang kepada US$2,000 per ounce seiring langkah Kerajaan Amerika Syarikat yang dilihat sedang bersiap sedia untuk melaksanakan plan Quantitaive Easing bagi  tempoh suku tahun ketiga 2011, dalam laporannya pada 9 Ogos 2011.

Spekulasi Bernanke

Spekulasi semakin tinggi menyatakan Pengerusi Federal Reserve,Encik Ben S Bernanke akan memberi petunjuk minggu ini dalam persidangan yang bakal di adakan di Jackson Hole, Wyoming, bahawa Federal Rizab akan mencetak lebih banyak wang untuk mendorong pemecutan (boost) ekonomi . Tindakan ini bakal menggalakkan lebih ramai pelabur membeli emas, kata Encik Edel Tully, pakar analisis ekonomi di UBS AG London.

“Sekiranya Encik Bernanke bertindak mencetak lebih banyak wang untuk dilambakkan di pasaran sebagaimana yang dijangkakan dalam plan QE3 untuk kononnya menggerakkan ekonomi , logam emas akan terkesan dan mengalami pembetulan (correction) harga dan ianya adalah signal terbaik kepada pelabur  berpontensi yang  dilihat tidak sabar menunggu untuk mengambil kesempatan membeli emas dengan harga lebih murah. katanya.

Sekitar 60% pelanggan menjangkakan emas akan didagangkan di bawah harga US1,800 satu ounces pada penghujung tahun 2011, menurut soal selidik yang dijalankan oleh UBS. Soal selidik tersebut dijalankan pada 2 minggu pertama Bulan Ogos, kata beliau pada 16 Ogos 2011.

“Pembangunan dunia dengan pertumbuhan yang perlahan, defisit fiskal yang besar ,kadar faedah yang menghampiri 0% dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tekanan inflasi dalam ekonomi, ketidaktentuan ekonomi dan politik yang melanda dunia hari ini dilihat berada dalam keadaan terburuk dalam sejarah ," kata Barclays Capital pada 18 Ogos 2011..

 

Soros, Mindich

Soros and Eric Mindich’s Eton Park Capital Management LP mengurangkan pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana pelaburan terbesar ETP bersandarkan emas pada suku tahun kedua 2011, sementara Encik Paulson mengekalkan pegangan 31.5 juta saham miliknya dalam dana yang sama, menurut perangkaan  The U.S. Securities and Exchange Commission pada 16 Ogos 2011..

Bank Pusat menambah 155 tons emas bernilai sekitar US$8.18 billion sebagai rizab pada 5 bulan pertama 2011, menurut data World Gold Council.

Thailand, Korea Selatan dan Kazakhstan menambah rizab emas negara masing-masing bernilai US$2.38 billion melonjak kepada sekitar 4.07 juta ounces (126.6 tons) pada bulan Jun 2011, daripada sekitar  3.523 juta ounces pada Bulan Mei 2011, menurut data Bank of Thailand.

The Bank of Korea membeli  lebih dari 25 tons dalam tempoh masa satu bulan dari Jun hingga Julai 2011, menjadikan rizab emas keseluruhan negara tersebut kepada 39.4 tons, menurut bank berkenaan.

Pegangan emas negara Kazakhstan’s meningkat kepada 3.1 tons, menurut data yang dikeluarkan oleh International Monetary Fund.

 

Bank Pusat

“Harga emas dijangka akan melonjak kepada US$2,000 per ounces atau lebih menjelang penghujung 2011 sekiranya suasana ekonomi golbal dunia kekal seperti hari ini," kata Encik Prithviraj Kothari, president  Persatuan Jongkong Emas Bombay (the Bombay Bullion Association.) “Bank Pusat terus menerus membeli emas dan ianya adalah petunjuk yang positif.

Import Emas di India, negara pengguna emas terbesar dunia, dijangka akan mencatat rekod tertinggi kepada tidak kurang 1,000 tons tahun ini kerana pelabur mencari pelaburan selamat untuk berhadapan dengan inflasi dan ketidaktentuan pasaran saham., kata Encik Kothari.

Penggunaan emas melonjak kepada rekod tertinggi 963.1 tons tahun lepas, mendorong import jongkong emas kepada paras tertinggi dalam sejarah negara berkenaan pada 958 tons, menurut The Gold Council.

Pembelian emas meningkat kepada 267 tons pada 3 bulan terakhir berakhir pada 30 Jun 2011 berbanding 167 tons pada tahun sebelum, dengan permintaan pelaburan emas melonjak 78 percent kepada 108.5 tons, rekod kenaikan kedua tertinggi bagi suku tahun , menurut The Gold Council pada 18 Ogos 2011.

Harga emas dijangka melonjak setinggi US$2,400 per ounce pada tahun 2012 dimana logam beharga tersebut masih lagi berada di tengah pasaran bull market (middle of a bull run,)” kata Encik Jeffrey Rhodes, Ketua Pegawai Eksekutif di INTL Commodities LLC. Harga jongkong emas dijangka jatuh serendah US$1,725 per ounce seawal bulan hadapan sebelum kembali meningkat semula, katanya.

“Sudah tentu logam emas berada dalam wilayah penuh gelembung buih (bubble territory) tetapi saya tidak fikir gelembung tersebut akan pecah, mungkin ianya akan jatuh sedikit," kata Encik Rhodes di satu persidangan emas.antarabangsa. "Pokok tidak akan terus tumbuh meninggi hingga ke syurga." (Trees do not grow to heaven.)”, tambah En Rhodes.

GFMS is owned by Thomson Reuters Corp. and Bloomberg competes with Thomson Reuters in selling financial and legal information and trading systems.
To contact the reporter on this story: Swansy Afonso in Mumbai at safonso2@bloomberg.net

No comments: