Barang Kemas Perhiasan di India (JEWELERS in India) – Pasaran emas terbesar dunia- sedang bersedia untuk berhadapan dengan pembelian emas besar-besaran oleh masyarakat di India menjelang musim perayaan yang bakal tiba, menurut penganalisis emas dan juga pembuat barang kemas perhiasan terbesar di negara berkenaan.
"Setakat ini musim monsoon amat baik kepada golongan petani" tambah Encik Edel Tully, pakar strategi logam beharga (precious metal) di UBS. Dijangkakan seperti kebiasaan, akan berlaku permintaan tinggi terhadap emas menjelang musim perayaan.
"Apabila orang ramai membeli barang kemas perhiasan, motif mereka adalah bagi tujuan pelaburan."terang En Rajesh Mehta, pengerusi Syarikat Rajesh Exports. "Permintaan akan meningkat dengan mendadak kerana musim perayaan dan orang ramai merasakan harga emas akan terus melonjak tinggi."
En Mehta meramalkan menjelang musim perayaan yang bakal tiba , permintaan terhadap jongkong emas akan mencecah 250 tonnes bagi tempoh 3 bulan berakhir pada November 2011-peningkatan 25% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Angka perangkaan terkini yang diterbitkan oleh World Gold Council menganggarkan permintaan terhadap emas di India pada suku tahun kedua 2011 adalah 248.3 tonnes – kenaikan 30% pada 3 bulan terakhir berbanding tempoh yang sama pada penghujung Jun 2010.
En Mehta berkata masyarakat di India terus membeli emas walaupun harga logam beharga tersebut sedang melonjak di pasaran.
"Walaupun harga emas sedang bergerak tinggi, kami melihat permintaan terhadap emas terus meningkat dikalangan masyarakat."
Jumlah orang ramai yang membeli emas juga tidak terjejas walaupun terdapat sebilangan pemilik emas mengambil kesempatan menjual emas milik mereka untuk mendapatkan lebihan tunai semasa harga sedang tinggi ketika ini, tambah En Mehta lagi.
"Agak memeranjatkan kerana jualan emas terpakai atau Scrap gold juga tidak banyak kerana pelabur mengharapkan harga emas akan terus melonjak tinggi di pasaran dari harga tertingginya pada hari ini."
Harga emas yang tinggi dipasaran juga tidak menghalang golongan pelabur di China untuk memiliki emas, menurut penganalisis tempatan di China.
"Kenaikan harga emas dalam tempoh 2 tahun kebelakangan dan kebimbangan berkaitan krisis hutang di Eropah hanya menguatkan kepercayaan masyarakat di China betapa mereka perlu memiliki emas sebagai asset pelaburan," kata En Hou Xingqiang, penganalisis emas di Jinrui Futures. Beliau menambah orang ramai terus membeli emas ketika harganya jatuh.
"Ramai dikalangan pelabur dan pengguna di China melihat pembetulan (correction) harga emas adalah peluang terbaik untuk mereka membuat pembelian. Tambahan pula pandangan bahawa Emas adalah asset lindung nilai terbaik (store of value) sememangnya telah lama berakar umbi di dalam tradisi Budaya China sejak beribu tahun lamanya.
No comments:
Post a Comment