Sunday, July 31, 2011

Hutang AS ancam ekonomi dunia

China warns U.S. debt-default idea is \

China, ekonomi kedua besar dunia memberi amaran kepada Amerika bahawa sebarang kegagalan membayar hutang adalah "amat serius" kepada ekonomi dunia, demikian menurut Reuters. Ia memetik Li Daokui, penasihat kepada Bank Rakyat China sebagai berkata bahawa "ada risiko berlaku kegagalan AS membayar hutang." Menurutnya, penggubal undang-undang Republikan "bermain api" walaupun mereka memikirkan untuk berada dalam keadaan berhutang singkat dengan memaksa kerajaan mengurangkan perbelanjaan.

Pegawai kerajaan dan pelabur memberi amaran bahawa sebarang kegagalan membayar hutang akan mencetuskan ketidakstabilan ekonomi dunia di mana hubungan tegang dirasakan di antara Amerika dan kreditor seperti China, yang menjadi kreditor terbesar dengan memegang lebih daripada RM3 trilion dalam hutang Perbendaharaan.

Pentadbiran Obama memberi amaran akibat "bencana parah" yang boleh memaksa  ekonominya yang masih lemah untuk kembali kepada kemelesetan.

James Bullard, Presiden Bank Simpanan Persekutuan St Louis dalam temuramah ekskusif dengan Reuters berkata: "Idea bahawa AS boleh mengancam kerana gagal bayar hutang adalah berbahaya" dan memberi amaran bahawa situasi fiskal Amerika boleh berubah menjadi "kejutan makro global" jika tidak dikendalikan dengan betul.

Sementara itu, Fitch Ratings memberi amaran yang ia akan mengurangkan rating kredit jika kerajaan gagal bayaran bon. Fitch adalah antara yang pertama daripada tiga agensi rating terbesar mengatakan sekuriti Bendahari boleh menurunkan rating, walaupun untuk jangka pendek, kepada gred bukan pelaburan. Agensi itu berkata, walaupun bagi hutang singkat, juga dikenali sebagai hutang teknikal, "boleh mencetuskan krisis kerajaan daripada kredit kedaulatan dan perspektif rating."

Moody's and Standard and Poor's turut mengeluarkan amaran yang sama terhadap Amerika yang tidak mematuhi obligasi membayar hutangnya.

Diterbitkan pada 09-06-2011 10:57 am

No comments: