Ianya amat mudah difahami. terutamanya bagi mereka yang masih lagi belum memiliki logam beharga tersebut. Tiada siapa yang ingin rasa tertipu , membeli emas pada ketika harganya sedang melonjak tinggi sekarang USD1,600 satu auns ataupun kira-kira MYR4,600 satu auns, kemudian melihat harganya jatuh kembali kepada USD1,200 satu auns atau lebih rendah dari itu.Tetapi ini adalah fakta yang perlu anda fikirkan.
Matawang US Dollar sedang merudum ke paras terendah dalam sejarah berbanding matawang lain seperti Swiss franc, Australian dollar, dan Singapore dollar. Sebarang matawang yang belum lagi berhadapan dengan bencana ketika ini di lihat sebagai pelindung nilai selamat ( a safe haven ). Dunia pada hari ini akhirnya sedar dari realiti bahawa Amerika Syarikat gagal memenuhi kewajipan membayar hutang negaranya.
Tidak kisah sekiranya Kerajaan gagal membayar hutangnya selama beberapa tahun walaupun bukti serta fakta berkaitan dengannya dapat dilihat secara meluas oleh pakar ekonomi. Bagaimanapun hanya minggu lepas , orang ramai akhirnya sedar kemungkinan Amerika Syarikat , negara yang dikatakan sebagai kuasa besar ekonomi dunia bakal gagal memenuhi janji membayar hutangnya.
Di Eropah , situasi ekonominya lebih teruk. Tiada siapa merasa malu untuk membincangkan kegagalan Kerajaan Greece membayar hutang negara- ianya dibincangkan secara terbuka hari ini oleh pembuat polisi dan Institusi Kewangan Utama sedang bersiap sedia untuk melaksanakan penstrukturan semula. Dan dengan hutang awam lebih 120% dari GDP, Italy juga bakal berhadapan dengan masalah yang sama.
Kerajaan kini tidak lagi punya kelebihan untuk menyorok dan beroperasi di belakang tabir. Dasar kewangan kurang bijak mereka yang membawa kepada negara menjadi bangkrapt kini sedang diperhatikan oleh segenap lapisan masyarakat.. dan keyakinan orang ramai sudah mula terhakis.
Lebih ramai orang hilang keyakinan terhadap matawang US Dollar dan Euro, lebih ramai akan mencari alternatif lain. Banyak Institusi dan Pengurus dana kewangan secara kolektif mengawal aset bernilai BerTrillion US Dollar di dalam kitaran sistem kewangan. Banyak modal (capital) tunai atau tabungan (Funds) masih lagi belum dilaburkan ketika ini. Sudah tentu disimpan di mana-mana tempat yang tidak diketahui.
Ianya adalah penyebab utama mengapa banyak matawang yang lebih kecil bergerak tinggi berbanding US Dollar dan Euro, matawang Swiss franc dilihat lebih selamat, Ramai pengurus dana kewangan merasa yakin bahawa Bond Swiss milik mereka akan membayar dividen yang lebih lumayan berbanding dengan Bond US dan Zon Euro yang mereka miliki.
Lebih banyak modal mengalir kepada matawang kecil ini, lebih tinggi ianya diniagakan berbanding US Dollar dan Euro.Ianya semudah mengenai bekalan dan permintaan (supply and demand) - peningkatan permintaan untuk matawang Swiss Franc ditambah dengan peningkatan bekalan US Dollars akibat amalan mencetak wang sesuka hati bermakna matawang Franc akan lebih mengukuh berbanding Dollars.
Ianya menjadi faktor utama mengapa harga emas melonjak tinggi untuk jangka masa panjang.
Lebih banyak institusi kewangan besar menunjukkan minat kepada emas sebagai pelindung nilai paling selamat (safe haven) . Ianya juga terlindung dari sebarang spekulasi selain sifatnya sebagai penyimpan nilai terbaik (store of value)… dan berbanding dengan kelas asset lain , logam beharga juga bebas dari sebarang ketidaktentuan atau sensiviti politik.
Malah matawang yang kukuh seperti Swiss Franc juga mempunyai had minima untuk bergerak lebih tinggi . Pada masa yang sama, The Swiss National Bank akan memperkenalkan kawalan modal untuk mengawal kenaikan matawang negara tersebut. Harga minyak dan komoditi pertanian juga akan diletakkan di bawah kawalan dan undang-undang spekulasi diperkenalkan sekiranya harganya menjadi terlalu tinggi.
Tetapi sekiranya harga emas terus meningkat kepada US$2,000… US$3,000 satu auns, ianya mungkin akan memalukan Bank Pusat, selain tidak akan menjadi isu yang popular untuk dibicarakan. Anda tidak akan dapat melihat peniaga di Tunisia membakar diri mereka disebabkan harga emas terlalu tinggi di pasaran dan tidak ramai ahli politik cuba untuk membantu menetapkan harganya.
Kalaupun ahli politik cuba untuk mengawal harga emas atau menjadikannya tidak sah dari segi undang-undang (illegal) , anda akan pasti mendapati dagangan emas akan terus berkembang maju di seluruh dunia- terutamanya di Asia dan Timur Tengah.
Untuk itu disebalik kerisauan anda kerana membeli emas pada ketika harganya tinggi, cuba anda tanya diri anda sendiri satu soalan : Untuk tahun-tahun yang akan datang adakah kerajaan yang bangkrap ini,yang gagal memenuhi janjinya untuk membayar hutang mampu untuk meyakinkan golongan Intitusi Pelaburan atau adakah anda fikir keyakinan pelabur terhadap Kerajaan akan terhakis secara berterusan ?
Jika anda melihat kecenderungan pelabur akhir-akhir ini, anda pastinya akan mendapati lebih banyak wang akan mengalir kepada emas, dan harganya akan terus meningkat.
Benar, sudah tentu akan berlaku turun naik harga emas. Bilamana Kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan mereka akhirnya berjaya mencapai penyelesaian terhadap krisis hutang negara, kemungkinan akan berlaku pembetulan (correction) harga . Mengambilkira apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan atau tahun yang akan datang- penurunan (downgrade) kadar hutang, pertikaian berhubung bajet, penutupan Kerajaan (government shutdowns) , penstrukturan semula asset dan sebagainya, sebarang pembetulan harga akan bersifat sementara kerana dalam tempoh jangka panjang harga emas akan kekal melonjak tinggi.
Dan sekiranya anda masih lagi merasa bimbang akan tertipu kerana membeli emas pada ketika harga US$1600 satu auns pada hari ini , fikirkannya kembali. Kerana jika tidak, dalam masa 3 tahun dari sekarang anda akan mendapati diri anda benar-benar di tipu kerana tidak membeli emas pada harga tersebut sedangkan anda berpeluang membelinya pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment