Obama desak kongres supaya setuju naikkan siling hutang
Barack Obama, presiden Amerika sudah kesuntukan masa ketika beliau cuba memecah kebuntuan dengan penggubal undang-undang Republikan berhubung rancangannya untuk menaikkan siling hutang $14.3 trilion kepada $2.4 trilion menjelang 2 Ogos. Jika tidak, kerajaannya tidak akan ada wang untuk membayar bil-bil.
Ini akan menyebabkan kesan serius bukan saja bagi Amerika tetapi juga kepada dunia.
Moody’s dan Standard & Poor' mengancam untuk menurun gred bon AS jika Amerika tidak dapat membayar sebarang hutangnya, walaupun untuk tempoh sementara waktu.
Obama mendesak anggota Republikan untuk bersetuju dengan rancangannya dengan menyampaikan kesnya itu kepada rakyat melalui sidang media.
"Rakyat Amerika tidak berminat dengan aspek realiti TV mengenai siapa yang berkata dan adakah ada sesiapa yang perasaannya terluka," Obama dipetik sebagai berkata oleh Bloomberg dalam sidang akhbar keduanya minggu ini, selepas perbincangan terbantut di Rumah Putih. "Mereka berminat menyelesaikan masalah bajet dan defisit serta hutang."
Standard & Poor’s sudah menyertai Barack Obama, presiden Amerika untuk memaksa penggubal undang-undang Republikan untuk bersetuju meningkatkan siling hutang dan mengurangkan defisit. Atau jika tidak, S&P akan menurunkan gred firma kewangan seperti syarikat insurans, sekuriti membersih rumah dan agensi pajak gadai.
Agensi rating itu sebelum ini menyertai Moody dengan mengancam untuk menurun gred bon tiga kali A Amerika. Menurutnya, ia akan melihat "kecil walapun meningkat" risiko Amerika gagal membayar hutang.
No comments:
Post a Comment