Sunday, April 10, 2011

Macamana Nak Kira Harga Emas Dunia Dari USD Kepada RM


Assalamuaalaikum dan salam sejahtera .

Hari ini saya dapat satu ilmu bagaimana caranye nak kira harga emas dunia dari USD kepada RM. Sebenarnya sifu saya ni memang dah lama bagi tapi baru ari nie tergerak nak masukkan dalam blog nie. Jadi rajin-rajinlah membaca apa yang saya tulis nie dan terima kasih banyak yang tak terhingga kepada Mahaguru emas saya iaitu Datuk Syukor Hashim yang tak jemu-jemu menghantar email kerana nak sharekan  ilmu nie dengan kengkawan semua. 

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar & ianya berubah setiap minit. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Pada hari ini harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.


Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com.

 Harga Emas Dunia terkini di Kitco pada 8 April 2011 adalah USD1,475.00 satu auns

Click to enlarge


Anda dapati harga terkini spot gold pada 8 April 2011 jam 23:59 Waktu New York adalah USD1475.00. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

 
  Go to Bank Negara Malaysia's Homepage
Exchange Rates Historical Lookup
Rates from the Interbank Foreign Exchange Market in Kuala Lumpur. Rates at 1130 are the best rates offered by selected commercial banks. Not all currencies and rate types are available.
 
Date USD GBP EUR JPY100 CHF AUD CAD SGD HKD100
1/4/2011 3.0274 4.8544 4.2882 3.6161 3.2873 3.1321 3.1220 2.4003 38.9071
4/4/2011 3.0259 4.8824 4.3040 3.5918 3.2731 3.1432 3.1429 2.4014 38.9070
5/4/2011 3.0274 4.8796 4.2969 3.5863 3.2762 3.1265 3.1275 2.4002 38.9261
6/4/2011 3.0255 4.9416 4.3140 3.5421 3.2663 3.1366 3.1437 2.4006 38.9213
7/4/2011 3.0269 4.9362 4.3317 3.5494 3.2975 3.1651 3.1475 2.4015 38.9396
8/4/2011 3.0227 4.9519 4.3505 3.5505 3.3204 3.1775 3.1619 2.4044 38.9146

 
Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (USD1,475.00 x RM3.0227) / 31.1 gram
= RM4,458.48 / 31.1 gram
= RM143.34 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM143.34 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)



P/s : Tahukah anda harga emas 999.9 (24K) di Malaysia pada tahun 1995 adalah RM28.00 segm. Kini 2011, selepas 16 tahun harga emas 999.9 di Kedai Emas Malaysia adalah RM166.00 segm.Kenaikan 592% ataupun 49% setahun.
Kalau kita buat perbandingan dengan ASB pula kadarnya sekitar 8% setahun sejak 1995.
Dengan segala ketidaktentuan ekonomi dan politik hari ni, agak2  berapa harga segm emas tahun 2020 nanti agaknya.
Jom mulakan simpanan emas untuk anak2 & cucu2  anda dari sekarang.
 

No comments: