oleh Karen Maley
Di terbitkan pada 8:25 AM, 8 Feb 2011 Last update 10:30 AM, 8 Feb 2011
Kebimbangan terhadap inflasi dunia telah menambah kilauan terhadap emas, pasaran menjangkakan permintaan tinggi emas di China sebagai pelaburan lindung nilai dari inflasi (inflation hedge) akan membuatkan harga logam berharga (precious metal) Emas dan Perak melonjak lebih tinggi pada tahun ini.
Pada masa yang sama terdapat tanda Emas telah meluaskan peranannya sebagai matawang alternatif. Semalam Bank Pelaburan JP Morgan Chase & Co berkata ia akan menerima fizikal emas sebagai jaminan kepada pinjaman saham dan obligasi repurchase. Bank tersebut menjelaskan ramai di kalangan pelanggannya memegang fizikal emas sebagai simpanan dan berhasrat untuk menggunakan emas tersebut sebagai jaminan atau tukaran kepada transaksi kewangan mereka.
Buletin terbaru dari Sprott Asset Management, bertajuk ‘Gold Tsunami’, telah memberi fokus bagaimana Emas telah menarik minat pelabur di China dan Inda sebagai pelaburan lindung nilai aset mereka.Ia mendedahkan sementara pelabur di Eropah berminat mengumpul aset dalam bentuk kertas (paper assets) seperti saham, bonds, saham amanah dan polisi insuran bersama pelaburan hartanah mereka, sikap pelabur di China dan India adalah berbeza.
'Dari segi populasi mereka adalah separuh dari penduduk Bumi. Pelabur di China dan India tidak pernah percaya pelaburan dalam bentuk kertas (paper investment) sebagai sesuatu yang selamat dan bersifat penyimpan nilai yang baik (store of value)- dan mereka menukar semua wang kertas yang mereka miliki kepada jongkong Emas dan Perak.Ianya bukan sesuatu yang baru sebenarnya , di China masyarakatnya memborong emas seperti tiada hari esok untuk mereka. Di India emas memang dianggap sebagai sebahagian dari DNA orang India sendiri. Dengan kuasa beli yang mereka ada ianya akan mendorong dan melonjakkan harga Emas dan Perak kepada lebih tinggi pada tahun 2011 dan akan datang".
Tidak sukar untuk memahami mengapa kegilaan terhadap emas berlaku kepada masyarakat di China.Secara rasminya kadar inflasi di China adalah 4.6% pada Disember 2010, tetapi ramai percaya yang kadar inflasi tersebut sebagai tinggi. Kadar faedah untuk deposit Bank yang dinikmati oleh penyimpan atau pelanggan di China adalah 2.75% setahun. Bermakna mereka berhadapan dengan kadar faedah yang negatif sebenarnya untuk menyara hidup mereka.
. Berhadapan dengan kadar faedah negatif ini , surirumah dan ahli perniagaan di China mencurahkan semua wang mereka kepada aset fizikal seperti makanan, hartanah dan komoditi Emas dan Perak sebagai perlindungan kepada inflasi. Pihak berkuasa di China sekarang cuba mengatasi spekulasi pasaran hartanah yang tidak terkawal dengan memperkenalkan polisi untuk menyukarkan pembeli mendapatkan pinjaman Bank untuk pelaburan hartanah atau rumah kedua dan ketiga mereka. Dan sekarang memperkenalkan pula cukai hartanah di beberapa bandar utama. Faktor ini telah menyebabkan pelabur bertukar kepada pelaburan yang lebih selamat dan mudah untuk di cairkan iaitu Emas.
Menurut Buletin Sprott , China, yang memang merupakan pengeluar emas terbesar dunia, mengimport lebih dari 209 metric tans Emas pada 10 bulan pertama 2010 sahaja. Jika di buat perbandingan , ianya 45 metric tan emas lebih banyak dari emas yang diimport sepanjang tahun 2009.
Apa yang lebih nyata, emas tersebut di beli bagi tujuan pelaburan dan bukan sebagai barang kemas perhiasan. Menurut World Gold Council, permintan runcit untuk emas di China melonjak 70% antara Oktober 2009 berbanding September 2010, tapi dalam masa yang sama permintaan terhadap barang kemas perhiasan melonjak 8%.
Menurut laporan Sprott lagi , “Terdapat trend yang jelas pertumbuhan pelaburan emas di kalangan masyarakat China sebagai aset kewangan mereka dan pembelian emas besar2an di China pada hari ini sedang mengancam untuk mengatasi kedudukan India sebelum ini sebagai Negara pengguna Emas terbesar di Dunia (the world’s largest gold consumer.”)
Permintaan keseluruhan emas di China pada tahun 2010 adalah sekitar 600 tan, di belakang India 800 tan. Ianya bermakna gabungan kedua-dua negara ini menguasai separuh daripada pengeluaran perlombongan emas dunia iaitu 2,652 tan dalam tahun 2010.
Masyarakat China juga menunjukkan selera yang besar terhadap logam Perak (Silver). Import logam Perak meningkat 4 kali ganda pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2005, Negara China adalah antara pengeksport Perak terbesar dunia, menjual hampir 100 juta auns kepada pasaran dunia. Tetapi pada tahun 2010, mereka menjadi pembeli terbesar pula, mengimport lebih dari 120 juta auns untuk kegunaan tempatan.Ianya menunjukkan pusingan besar kepada pasaran di mana pada 2009 membekalkan sejumlah 889 juta auns Perak.
Pada masa yang sama, ianya menjadi lebih mudah kepada masyarakat di China untuk memiliki emas.
Sprott Newsletter mendedahkan Warga China hanya mula boleh membeli emas dengan bebas pada awal tahun 2000 sahaja , tahun di mana polisi jangka panjang memonopoli emas oleh Bank Pusat China di hapuskan. Sejak itu barulah orang ramai dibenarkan untuk memiliki emas sebagai aset oleh Kerajaan Komunis mereka.
Dan terbaru pada tahun 2010, satu inisiatif telah di meterai antara Bank Perdagangan Industri China (Industrial Commercial Bank of China) –yang merupakan Bank pengguna terbesar di dunia kerana memiliki 212 juta akaun individu yang menyimpan di sana - dan Liga Emas Dunia ( The World Gold Council ) telah melancarkan Plan Pelaburan Menyimpan Emas yang bakal memudahkan orang ramai dan para pelabur di China untuk memilki emas sendiri.
Plan Pelaburan baru ini memerlukan orang ramai membuat pelaburan minima samada 200 renminbi ($USD30.30) satu bulan atau 1gm emas sehari (nilai sekitar $US42).
Plan pelaburan ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat awam di China. Sejak dilancarkan pada April 2010 lebih 1 juta akaun baru telahpun dibuka oleh Bank tersebut, yang sehingga kini telah menghasilkan pembelian10 tan emas dikalangan masyarakat.
Sehingga kini Bank Komersial Industri China (ICBC) hanya menawarkan produk pelaburan ini di beberapa cawangan di bandar terpilih di China.
Sprott Asset Management menganggarkan sekiranya plan ini diperluaskan ke seluruh rangkaian cawangan Bank ICBC di China dan 4 buah Bank terbesar di China yang lain juga melancarkan plan pelaburan yang sama, ianya akan menyebabkan tambahan 300 tan emas akan dibeli setiap tahun oleh masyarakat China bersamaan dengan 10% daripada pengeluaran keseluruhan Emas Dunia pada tahun 2010.
Adalah sukar untuk menjangka permintaan hadapan emas dunia. Bagaimanapun dalam kes ini terdapat petanda kuat bahawa permintaan Emas di China akan terus melonjak sebagai sebagai alternatif perlaburan perlindungan inflasi dan akan kekal kukuh selagi Kerajaan mengekalkan kadar faedah yang rendah.
Dan dalam keadaan Kerajaan China agak bimbang kenaikan kadar faedah yang tinggi akan memberi tekanan kepada tukaran asing dan menyebabkan keuntungan Firma atau Syarikat China bakal merosot, mereka akan mengambil apa jua tindakan untuk mengawal kemungkinan tersebut pada masa akan datang.
Menurut Sprott Asset Management, “Kami percaya permintaan untuk fizikal Emas dan Perak di Asia akan bertukar menjadi Tsunami. Sementara harga logam berharga mengalami pembetulan daripada pertukaran nilai Wang Kertas, kebimbangan inflkasi di Asia akan meningkatkan permintaan tinggi terhadap Emas dan Perak yang belum pernah di lihat oleh sejarah sebelum ini".
“Sementara Dunia di lambakkan oleh lautan Wang Kertas Amerika & negara lain, Ombak permintaan terhadap fizikal Emas dan Perak akan bergerak secara senyap dan bakal melonjakkan harga logam berharga tersebut di pasaran Dunia pada masa yang akan datang".
Komen ;
Hai kenapalah kita tidak sebijak mereka. Di saat mereka sibuk buat perancangan bijak untuk manafaat rakyat, kita pula sibuk merapu dengan kes video lucah yang tak bersekudahan.
No comments:
Post a Comment