Sunday, April 10, 2011

Mengapa Harga Emas Berbeza-Beza?


 1- Ramai dikalangan rakan2 bertanyakan saya soalan ini. Lebih2 lagi kepada rakan yang baru berjinak2 di dalam dunia pelaburan emas fizikal, perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV.

2- Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web "kitco.com". Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

3- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.

5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.

6- Dalam masa yang sama terdapat Syarikat menyatakan walaupun harga yang mereka jual agak tinggi tetapi spread untuk beli balik adalah rendah iaitu hanya 5% sahaja berbanding spread di kedai emas yang tinggi iaitu antara 20-30% kerana manipulasi workmanship untuk menarik pembeli.

7- Persoalannya benarkah kita perlu ambilkira spread iaitu beza harga jual dan harga beli sebelum beli emas. Ramai yang terperangkap di sini. Sebenarnya kalau kita benar2 faham kita beli emas bukan untuk dijual. Ianya  adalah pelaburan untuk kita melindungi harta kita ataupun pelaburan lindungnilai (safe heaven). Berbanding menyimpan wang kertas yang nilainya semakin lama semakin merosot, emas pula nilainya makin lama makin tinggi.

8- Selain itu sifat emas yang kalis inflasi dan penyimpan nilai terbaik (store of value) menyebabkannya sentiasa menjadi buruan ramai di seluruh dunia.

9- Jadi apakah langkah paling bijak yang patut di ambil sebelum membeli emas? Mudah sebenarnya.

Pertama- Purity atau ketulenan emas. Pastikan emas yang dibeli kalau boleh punya purity terbaik iaitu emas 999 (24K) atau orang Melayu panggil emas 10. Emas ini punya nilai tinggi di pasaran dan juga apabila kita bercadang nak pajak di Ar-Rahnu. Pilihan kedua barulah emas dengan ketulenan lain. Contoh emas 916 (22K) dan sebagainya.




Kedua- Certificate atau sijil ketulenan dan siri number. Beli emas yang punya certificate atau sijil ketulenan dan mempunyai siri number. Sebenarnya sifat emas sebagai precious metal atau logam berharga tidak ditentukan oleh sijilnya. Kerana emas tetap emas walau datang dengan sijil ataupun tidak. Bagaimanapun kerana institusi Ar Rahnu di Malaysia perlukan sijil & siri number bagi membolehkan ianya di pajak, jadi make sure bila beli ada sijil ketulenan.



Ketiga- Buat homework sikit. Dapatkan harga sebenar spotgold emas di Malaysia. 
Pertama pergi ke laman www,kitco.com untuk dapatkan harga emas dunia.. Harga emas dunia adalah dalam USD dan dinilai mengikut harga 1 auns ( bersamaan 31.1gm emas) dan ianya berubah setiap minit.

Kedua pergi ke laman Bank Negara Malaysia untuk lihat kadar tukaran RM berbanding USD pada hari yang sama.

Kemudian baru kita tahu berapa harga spotgold emas di Malaysia. Bagaimanapun macam yang saya kata sebelum ini tidak ada Syarikat emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spotgold, Mereka akan jual di atas harga spotgold. Jadi cari harga yang terendah di atas harga spotgold.
Click to enlarge


Contoh:-
Anda dapati harga terkini spot gold emas dunia pada 8 April 2011 jam 23:59 Waktu New York adalah USD1,475.00. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629

 
  Go to Bank Negara Malaysia's Homepage
Exchange Rates Historical Lookup
Rates from the Interbank Foreign Exchange Market in Kuala Lumpur. Rates at 1130 are the best rates offered by selected commercial banks. Not all currencies and rate types are available.
 
DateUSDGBPEURJPY100CHFAUDCADSGDHKD100
1/4/20113.02744.85444.28823.61613.28733.13213.12202.400338.9071
4/4/20113.02594.88244.30403.59183.27313.14323.14292.401438.9070
5/4/20113.02744.87964.29693.58633.27623.12653.12752.400238.9261
6/4/20113.02554.94164.31403.54213.26633.13663.14372.400638.9213
7/4/20113.02694.93624.33173.54943.29753.16513.14752.401538.9396
8/4/20113.02274.95194.35053.55053.32043.17753.16192.404438.9146

 
Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram

= (USD1,475.00 x RM3.0227) / 31.1 gram
= RM4,458.48 / 31.1 gram
= RM143.34 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM143.34 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh syarikat atau institusi lain contohnya.


Keempat - Dapatkan harga yang paling murah. Sudah barang tentu dapatkan emas pada harga yang paling murah. Contohnya kalau Syarikat A jual emas 999 berat 100gm dengan harga  RM16,000 manakala Syarikat B jual emas dengan berat yang sama dengan harga RM15,000. Baik beli dengan Syarikat B , betul tak?

Walaupun Syarikat A mendakwa dia punya lombong & kilang emas sendiri ,rangkaian pejabat di seluruh dunia, spread harga jual dan beli yang rendah, boleh buat tempahan melalui web 24jam sehari, punya rangkaian dealer yang ramai tapi kalau emas 999 dia tetap 999 tak kira brand apa. Tak percaya cuba g ke Ar Rahnu. Nilai marhun pajaknya sama je. 

Malah kalau lepas ni ada satu syarikat cap ayam yang tak terkenal tapi jual emas berat 100gm dengan ketulenan 999 gak dengan harga RM14,500, kita pergi beli kat sana pulak. 

Itu istimewanya emas. Harganya tidak di kawal oleh jenama, Kerajaan sesebuah negara malah Raja pun tak boleh tentukan harga emas. 
Sekiranya terdapat tawaran untuk menjadi Pengedar agar dapat harga murah , ambil peluang tersebut. 


Contoh :
Di Goldcrest Pavillion salah satu Syarikat yang menjual  emas di Malaysia , anda hanya perlu bayar RM600 sekali seumur hidup untuk jadi Pengedar dan dapat menikmati diskaun harga hingga 8% lebih rendah.
Dengan bayaran RM600 tadi anda menikmati kos penghantaran percuma ke mana-mana destinasi di Malaysia juga seumur hidup. Pengedar berpeluang menikmati spread harga jualan dan belian serendah 5% sahaja.
Jadi anda tak payah keluar modal Berpuluh Ribu Ringgit untuk nak jadi pengedar & kemudian dapat harga diskaun tak seberapa.
Ingat pesan saya mesti sentiasa bijak dalam tindakan.





No comments: