Saturday, April 2, 2011

Harga Emas bergerak tinggi pada suku pertama dalam tempoh 3 dekad kesan dari krisis di Libya dan hutang Eropah


Harga emas melonjak di New York, bergerak tinggi pada suku tahun pertama dalam tempoh lebih dari 3 dekad di mana pertempuran di Libya dan kebimbangan berhubung hutang Eropah telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai alternatif pelaburan.

Tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi memaksa pemberontak Libya berundur sementera Amerika Syarikat dan Britain menimbang untuk melancarkan serangan darat.
Dagangan hadapan emas mencatat rekod $USD1448.60 satu auns pada 24 Mac 2011 pada ketika pertempuran di Libya, Krisis Nuklear Jepun dan kebimbangan berkaitan hutang negara Eropah melonjakkan permintaan orang ramai untuk mencari pelaburan yang mampu melindungi harta dan kekayaan mereka.

"Melihat kepada ketidaktentuan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, peningkatan isu hutang di kalangan negara Kesatuan Eropah (EU) dan persekitaran ekonomi lembab di pengaruhi kadar faedah rendah, Emas dan Perak di lihat akan menuju kepada harga yang lebih tinggi. " Laporan James Moore, penganalisis ekonomi di TheBullionDesk.com berpusat di London.

Dagangan  hadapan emas bagi penghantaran bulan Jun melonjak $USD13.20 atau 0.9% kepada $USD1,438.10 se auns pada jam 11.52am di Pasaran Comex New York.

Harga emas meningkat 1.2% pada suku tahun pertama 2011, peningkatan untuk tahun yang ke 10 berturut dan terbaik sejak tahun 1975. Indeks penghantaran hadapan London meningkat 1% pada $USD1,436.93.

Menteri Luar Libya, Moussa Koussa meletak jawatan dari Kerajaan Gadaffi . Pihak pemberontak terpaksa berundur dan meninggalkan kawasan yang sebelum ini dikuasai mereka selepas 2 minggu serangan udara di ketuai Amerika Syarikat dan sekutu ke atas Libya.
Pertempuran di Libya adalah yang paling dasyat sejak kebankitan rakyat meletus di Timur Tengah dan Afrika Utara dalam tempoh 2 bulan yang lalu.


Hutang Portugal

Minggu ini Standard & Poor’s telah menurunkan credit ratings untuk  Greece dan  Portugal. Hutang Kerajaan Portugal akan mencecah rekod menurut harga CMA dan spekulasi makin kuat menyatakan Kerajaan Negara tersebut akan terpaksa menyusun semula beban pinjamannya.

Pihak Berkuasa di Ireland telah mengarahkan 4 buah banknya agar meningkatkan tambahan  modal sebanyak 24 Billion Euros ($USD34.1 Billion)  untuk memudahkan pinjaman Kerajaan.

Tokyo Electric Power Co. telah mengambil tindakan menyembur air ke atas Pelantar  Reaktor Nuklear Fukushima Dai-Ichi  yang musnah akibat bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun. Kerja-kerja pembaikan ke atas Pelantar Pemantauan dan sistem penyejukan Reaktor tersebut bertambah sukar apabila penemuan radioaktif di kesan telah mencemarkan bekalan air bersih. Terdapat cadangan agar Kerajaan menuangkan konkrit ke atas kemudahan  Reaktor tersebut sebagai salah satu usaha untuk menutupnya terus.Kata Ketua Sekretari Kabinet , Yukio Edano.
Emas dan Perak kini disokong oleh faktor inflasi, geopolitical dan kebimbangan berkaitan hutang negara zon Eropah.” Lapor penganalisa GoldCore Ltd. berpusat di Dublin, Ireland.

Inflasi 

Inflasi di Eropah tanpa disangka bergerak pantas  kepada 2.6% pada bulan Mac, paling pantas dalam tempoh lebih dari 2 tahun. menurut Statistik Pejabat Kesatuan Eropah hari ini.

Keuntungan amat terhad pada suku pertama 2011 dengan petanda ekonomi Amerka Syarikat semakin pulih, meningkatkan selera pelabur tehadap pasaran saham. Presiden St. Louis Federal Reserve Bank. James Bullard berkata semalam, Bank Pusat perlu memulakan usaha menarik balik minat pelabur kepada rekod sebelumnya dengan memberi kemudahan kewangan walaupun ketika dunia berhadapan dengan ketidak tentuan di Jepun dan Timur Tengah.

Penghantaran Silver (Perak) bagi Bulan Mei di New York melonjak 0.4% kepada $USD37.675 se auns. Ianya mencecah $USD38.18 pada 24 Mac 2011, harga tertinggi sejak February 1980, tahun di mana dagangan hadapan Perak mencecah rekod $USD50.35. Harga Perak meningkat 22% tahun ini, menuju kepada peningkatan untuk tahun ke 9 berturut, pergerakan keuntungan terbaik sejak tahun 197.
.
Satu auns Emas boleh membeli 37.72 auns Perak di London pada hari ini, kadar terendah sejak Oktober 1983, Menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg . Logam Perak lebih banyak digunakan dalam sektor industri berbanding emas.

“Peningkatan pelaburan  global  dan permintaan industri terhadap pasaran Jongkong Perak adalah resepi kepada harga yang tinggi, " kata penganalisis GoldCore . Dengan emas telah menghampiri rekod harga tertinggi, “Perak adalah alternatif yang lebih murah dari emas dan ianya pelindung nilai terbaik yang menarik perhatian pelabur." 
Penghantaran logam Palladium bagi bulan Jun meningkat 0.9% kepada $USD764.60 se aun, menurun  4.8 % untuk suku pertama 2011.
Penghantaran logam Platinum bagi Julai meningkat 0.5% kepada $USD1,782.40 satu auns , meningkat 0.2% untuk suku pertama 2011.




To contact the reporters on this story: Nicholas Larkin in London at nlarkin1@bloomberg.net
To contact the editor responsible for this story: Claudia Carpenter at ccarpenter2@bloomberg.net.

No comments: