Oleh - Mar 2, 2011 5:28 PM GMT+0800
Belian emas di China, negara pengeluar emas terbesar dunia melonjak kepada 200 tan metrik dalam tempoh 2 bulan pertama tahun 2011 , seiring kenaikan inflasi dan permintaan pengguna, menurut UBS AG yang menjangkakan harga emas akan meningkat kepada USD1,500 satu auns dalam tempoh terdekat.
“China adalah pembeli terbesar,” kata Peter Hickson, Pakar Komoditi Global di Bank terbesar Switzerland melalui telefon kelmarin.
Belian emas dari China bagi tempoh 2 bulan pertama 2011 sahaja adalah sebanyak 579.5 tan mengatasi permintaan sepanjang tahun 2010 , menurut World Gold Council.
Emas dalam bentuk jongkong yang merupakan 30% dari keseluruhan belian emas China meningkat kepada rekod baru semalam. Kenaikan dipengaruhi oleh ketidak tentuan politik di Timur Tengah, peningkatan inflasi dan kejatuhan nilai mata wang telah melonjakkan permintaan.
Harga Indeks Pengguna China melonjak 4.9% pada Januari dari tahun sebelum, "Minat belian Emas di China sangat besar" kata Peter Tse , Ketua Bahagian Pelaburan Logam Berharga di Bank Nova Scotia. " Permintaan dan import jongkong emas telah meningkat tinggi" berpunca dari Cuti Tahun Baru Cina. Tse berkata hari ini merujuk kepada cuti hujung minggu yang panjang bermula pada 2 Februari 2011.
Indeks penghantaran emas berada pada kedudukan $USD1,429.05 satu auns pada jam 5.08pm di Singapura berbanding harga tertinggi sebelumnya USD1,434.93 satu auns.
Matawang Yuan mendominasi pembelian jongkong emas melonjak 0.5% kepada 303.58 Yuan ($USD46.19) satu gm di Shanghai, menghampiri rekod 314 yuan di catat pada 9 November 2010.
"Emas sangat menarik"
“Emas sangat menarik,” kata Hickson. “ Semakin tinggi & meningkat kebimbangan pasaran tentang inflasi ataupun ketidak tentuan politik di Afrika, semakin bertambah ramai orang melihat kepada emas sebagai alternatif pelaburan selamat. "Harga emas akan melonjak kepada $1,500 satu auns dalam tempoh 6 bulan akan datang. Kata Hickson yang telah berkhidmat dengan UBS Hong Kong sejak 1996.
Encik Byron Wien dari Kumpulan Blackstone LP berkata pada Januari 2011, harga emas bakal meningkat kepada lebih dari $USD1,600 satu auns pada tahun ini apabila pelabur di seluruh dunia meletakkan lebih banyak asset mereka kepada sesuatu yang mereka rasakan lebih bernilai iaitu emas.
Wayne Atwell, Pengarah Urusan di Casimir Capital LP berkata
Protes bantahan yang merebak di Afrika Utara dan Timur Tengah pada tahun ini sehingga menjatuhkan pemimpin di Tunisia dan Egypt adalah berpunca dari kenaikan melampau harga makanan sekaligus melonjakkan harga minyak mentah dunia.
Golongan pemberontak di Libya terus bertempur dengan tentera yang setia kepada Muammar Gadaffi. Di Tehran Iran, penunjuk perasaan terus bertempur dengan Tentera Keselamatan Kerajaan, lapor Al Arabiya.
Pelaburan emas di China, negara pembeli emas terbesar dunia selepas India, bakal meningkat dari 40% kepada 50% tahun ini sebagai pelaburan alternatif., Wang Lixin, Wakil Kerajaan China di World Gold Council berkata pada bulan lepas. Beliau menggelar jangkaan tersebut sebagai 'Penilaian Konservatif'.
Jongkong dan Syilling Emas
Permintaan pelaburan emas di China melonjak 70% kepada 179.9 tan pada tahun 2010, mengatasi negara Germany dan Amerika Syarikat di mana pembeli berusaha mendapatkan lebih banyak jongkong dan syilling emas, menurut Kumpulan Industri Logam Berharga berpusat di London.Pembelian dari sektor barang kemas perhiasan meningkat kepada rekod, 399.7 tan .
China mengimport lebih dari 300 tan emas tahun lepas. Encik Yi Gang Timbalan Gabenor People’s Bank of China berkata pada 26 Februari 2011 di Beijing.
China akan menjadi “Pembeli Emas Terbesar Dunia ” pada masa akan datang, di dorong oleh permintaan tinggi dari sektor Kerajaan dan Peruncitan. Kata Tom Kendall, Penganalisis Credit Suisse Group AG di Cape Town Afrika Selatan pada 7 Februari 2011. “Jika anda tinggal di China dan mempunyai wang dalam akaun deposit , anda akan kehilangan 1-2% setahun dari segi nilainya kerana inflasi ".
Lonjakan luar biasa terhadap permintaan emas di China di dorong oleh kebimbangan terhadap tekanan inflasi dan prestasi buruk pelaburan alternatif yang lain.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao berikrar pada 27 Februari 2011 untuk meningkatkan bekalan makanan tetapi dalam masa sama memastikan kos adalah rendah di samping mengatasi masalah peningkatan harga hartanah.
Kebimbangan terhadap inflasi
Peniaga emas di Kompleks membeli belah seluruh Beijing menyaksikan bagaimana orang ramai berpusu-pusu memborong emas akibat kebimbangan mengenai inflasi untuk melindungi nilai wang mereka. Laporan Cina Daily pada 28 Februari 2011.
Statistik dari Beijing Caibai, bandar di mana terletaknya pusat perniagaan emas terbesar di China menunjukkan jualan emas dan barangan kemas perhiasan menjangkau jualan 4 Billion Yuan pada 2 bulan pertama 2011, kenaikan 70% dari tahun 2010.
China menggantikan Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar dunia pada tahun 2007. Import pada tahun 2010 melonjak hampir 5 kali ganda kepada 209 tan daripada tahun sebelum, menurut Shanghai Gold Exchange.
Pengeluaran perlombongan mencecah rekod 340 tan tahun lepas, menurut The China Gold Association.
The Industrial and Commercial Bank of China Ltd, peminjam terbesar dunia bagi nilai pasaran, memulakan usaha menghubungkan (linked) fizikal emas dan akaun simpanan Bank pada Disember dengan World Gold Council. Sejak itu pemilikan Akaun simpanan telah melepasi angka 1 juta , dengan lebih dari 12 tan emas di simpan bagi pihak pelabur.
To contact the reporter on this story: Kyoungwha Kim in Singapore at kkim19@bloomberg.net
To contact the editor responsible for this story: James Poole at jpoole4@bloomberg.net
No comments:
Post a Comment