Penulis : Shivom Seth
MUMBAI, INDIA
Krisis hutang Eropah telah merangsang permintaan terhadap pelaburan alternatif dan emas telah menjadi pilihan pelaburan kepada kebanyakkan masyarakat India terutamanya mereka yang tinggal di Ahmedabad.
Import emas mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 6 tahun di Bandar Gujarat ini, walaupun harga emas semakin tinggi.
Sehingga Februari 2011 sahaja , Ahmedabad telah mengimport 248.41 tan metrik emas , lebih banyak berbanding import untuk tempoh sepanjang tahun 2010 yang lepas iaitu 215.52 metrik tan.
Kita harus ingat pada ketika itu harga emas lebih rendah. Untuk tempoh 6 tahun yang lalu , Negeri tersebut telah mengimport " jumlah emas yang agak kecil". Dalam tahun kewangan 2008-2009, import baru mencecah 154.73 tan berbanding dengan tahun kewangan 2010, ianya telah meningkat 37%. Kata penjual jongkong emas Encik Shivendu Manjade.
Peniaga emas mendedahkan permintaan tinggi untuk emas datang dari kawasan pendalaman, terutamanya dari kalangan masyarakat petani.
``Sejak setahun kebelakangan ini , kebanyakan petani mempunyai lebihan wang kerana menjual tanah mereka yang luas kepada pemaju hartanah untuk dibangunkan bagi tujuan komersial. Wang tersebut kini telah di laburkan untuk membeli emas''. Kata seorang pegawai di Kedai Emas Sonawala , salah satu outlet di Mumbai yang telah beroperasi lebih dari 3 dekad di Gujarat.
Bagaimanapun , situasi agak berbeza antara masyarakat bandar berbanding dengan masyarakat pedalaman di India. Menurut satu laporan terbaru, permintaan emas di kalangan masyarakat di kawasan bandar menurun kepada 16% bagi tahun 2011.
Tinjauan pendapat oleh Morgan Stanley berdasarkan temubual terhadap lebih daripada 1,600 orang responden dari golongan menengah dan berpendapatan tinggi di kalangan masyarakat bandar, lebih daripada 30% tidak membeli atau melabur dalam bentuk emas untuk tempoh 12 bulan yang lalu.
Sementara 37% responden berkata mereka berminat untuk terus menjadikan emas sebagai pelaburan pada masa akan datang. Satu pertiga daripadanya berkata mereka tidak pasti samada untuk menjadikan emas sebagai pelaburan . Dan dua pertiga berkata harga emas terlalu tinggi untuk mereka membeli emas pada masa sekarang.
Dalam keadaan golongan petani di Ahmedabad menjual tanah mereka kepada pemaju hartanah dan membeli jongkong emas, laporan Morgan Stanley menyatakan sungguhpun harga emas melonjak tinggi berbanding dengan aset kelas pelaburan lain bagi pilihan pelaburan jangka pendek, 36% responden berpendapat hartanah adalah pilihan pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang.
Sekitar 60% responden berkata hartanah memberi pulangan lebih baik dan merupakan aset pelaburan yang lebih selamat..
Pada Isnin, indeks belian emas di India berada di tahap rendah ekoran daripada minat belian yang rendah di pasaran luar negara dan harga emas menghampiri rekod tertinggi. Harga emas yang tinggi telah mengurangkan permintaan di negara pengguna emas terbesar dunia menyebabkan impak positif terhadap pertumbuhan deposit bank. Menurut laporan Morgan Stanley.
``Kami percaya defisit akaun semasa akan bergerak lebih rendah sekaligus memberi impak positif kepada pertumbuhan, ". kata Ridham Desai, Ketua Penyelidik Morgan Stanley India. Beliau menambah defisit akaun semasa akan jatuh dari 12 mata asas kepada 59 mata asas disebabkan oleh kejatuhan permintaan terhadap emas di kalangan pengguna.
Pada 2010, permintaan pengguna terhadap jongkong emas di India bergerak sekitar 66% kepada 963.1 tan dari segi jumlah volume dari setahun sebelumnya, dan lebih dari 2 kali ganda dari segi nilai kepada $USD38.2 billion. Import bagi suku tahun ke 4 melonjak kepada 265 tan daripada 204 tan setahun yang lalu..
Sumber : http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page33?oid=123832&sn=Detail&pid=102055
No comments:
Post a Comment