Menurut Rob McEwen, Pengerusi Syarikat Minera Andes dan US Gold Corp, emas kini berada di pertengahan harga sebelum berlaku kenaikan luar biasa dan bakal melonjak kepada $USD5,000 per auns dengan permintaan berterusan daripada para pelabur dan Bank Pusat.
Penulis : Polly Yam (Reuters)
HONG KONG (Reuters) -
Harga emas akan meningkat $USD5,000 seauns , kenaikan hampir 3 kali ganda dari harga sekarang dalam masa 3 atau 4 tahun dengan permintaan dari Negeri -negeri di Amerika Syarikat, Bank Pusat dan Tabung Tukaran Dagangan atau exchange -traded funds(ETFs) terus meningkat, kata Pengerusi 2 buah syarikat perlombongan emas di Kanada.
"Emas bertindak sebagai insurans terhadap aktiviti salah laku pengurusan kewangan Kerajaan" kata Rob McEwen, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Minera Andes Inc dan US Gold Corp , kepada Reuters dalam Seminar Perlombongan dan Kewangan di Hongkong pada Rabu lepas.
Emas secara tradisinya digunakan sebagai aset perlindungan menentang inflasi dan ketidak tentuan ekonomi. Logam kuning ini juga adalah pilihan pelabur sebagai perlindungan terhadap polisi kewangan longgar dan kesedaran orang ramai berhubung krisis kewangan global. Mc Ewen berkata harga emas kini berada di aras pertengahan dan bakal melonjak tinggi sebelum 2015. Beliau menambah pusingan luar biasa emas dan jangkaan harga mencecah USD5,000 seauns adalah berdasarkan sejarah harga emas dan ratio Indeks Stok Dow Jones berbanding emas sejak 1970.
McEwen adalah pengasas Canada's top gold miner Goldcorp Inc; Syarikat utama perlombongan emas Canada. Beliau meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 2005 dan membawa bersamanya tidak kurang dari $USD200 juta.
Beliau berkata kira-kira 90% daripada aset peribadinya adalah dalam bentuk emas fizikal. Beliau juga memiliki 31% saham Minera dan 20% kepentingan di US Gold, keduanya beribu pejabat di Toronto Canada.
US Gold telibat dalam aktiviti perlombongan emas di Amerika Syarikat dan Mexico. Syarikat Minera pula terlibat dengan projek di Argentina.
McEwen berkata beliau percaya negara seperti China, Russia and India akan membeli emas sebagai rizab tukaran asing mereka. Jika China inginkan Yuan untuk menjadi Matawang Rizab Antarabangsa , Kerajaan China perlu meletakkan 10% daripada rizab tukaran asingnya dalam bentuk emas, katanya.
Negara ekonomi ke dua terbesar Dunia, China memegang tidak kurang 2% daripada $USD2.85 trillion rizab tukaran asingnya dalam bentuk emas, bersamaan dengan 33.89 million ounces sejak April 2009 menurut angka rasmi.yang dikeluarkan.
Beliau berkata bagaimanapun pengeluaran emas dunia akan terhad kerana peningkatan kos usaha carigali untuk membuka lombong baru dan kawalan undang-undang ketat Kerajaan.
Harga Spot Emas Dunia berada di kedudukan stabil pada $USD1,427 per ounce pada Rabu 0630 GMT , menghampiri rekod harga tertingginya iaitu $USD1,444.40 per ounce pada 7 Mac 2011.
Nick Holland, Ketua Eksekutif Gold Fields Ltd , Syarikat Perlombongan Emas Tersenarai ke 4 terbesar Dunia berkata harga emas akan meningkat kepada $USD1,500 di pasaran.
(Laporan oleh Polly Yam; Editing by Chris Lewis)
Sumber : http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page34?oid=123489&sn=Detail&pid=102055
Nota: Percayakah anda harga emas di Malaysia pada tahun 1995 adalah RM28.00 satu gm . Hari ini 2011 , RM166.00 satu gm.
No comments:
Post a Comment