LONDON (Commodity Online):
MARCH 29, 2011
Marc Faber , penerbit buletin pelaburan bulanan yang mempunyai pembaca yang ramai The Gloom Boom & Doom Report berkata sebarang penurunan harga logam beharga (precious metal) tidak sepatutnya menakutkan orang ramai kerana ianya adalah peluang keemasan untuk pelabur mengumpul emas ketika harganya turun.
Dalam satu temuramah dengan Fox Business Network, Faber berkata apa yang berlaku di Timur Tengah memberi kesan baik kepada emas, kepada minyak dan komoditi lain.
"Keadaan huru hara di Timur Tengah hanya akan berlarutan lebih panjang, tiada apa yang diselesaikan, di Libya kita berhadapan denga perang saudara, ianya bukan mengenai demokrasi ...semua ini memberi petunjuk termasuk gempa bumi di Jepun, di mana Bank Pusat akan terus memperluaskan polisi kewangannya untuk membolehkan kadar faedah (interest rates) terus rendah dan ianya akan melonjakkan harga equity dan komoditi."
Melihat kepada impak daripada kejadian gempa bumi dan Tsunami di Jepun terhadap ekonomi global, Faber berkata: "Kunci utama kepada prestasi pasaran saham Jepun adalah pasaran bond menjadi tidak menarik dan matawang Yen semakin melemah.."
"Saya fikir kerja2 membina semula kemusnahan di Jepun akan menelan belanja tidak kurang US$300 Billion, Kerajaan perlu mencari sumber tunai & Bon dalam jangka masa panjang akan menjadi tidak menarik , ianya akan menolak lebih banyak wang kepada equities."
"Jadi saya rasa memiliki syer Jepun adalah berbaloi. "
Tentang pergerakkan harga logam berharga , Faber berkata ianya tidak bergerak terlalu tinggi & beliau tidak menjangkakan kenaikan yang mendadak dalam tempoh terdekat.
"Kita hidup dalam suasana yang tidak menentu, sebarang pembetulan harga mungkin hanya 10%, 20%. Bagi tempoh janga panjang emas masih menjadi pilihan pelabur terutamanya ketika berlaku penurunan harga."
Marc Faber, yang merupakan Pengurus di Swiss Fund , berkata pembetulan pada harga asset telah bermula tetapi dari segi jangka panjang emas tetap jadi pilihan pelabur dan mencadangkan agar pelabur terus meningkatkan pemilikan emas mereka pada ketika penurunan harga berlaku di pasaran.
Beliau turut mencadangkan agar pelabur meningkatkan pelaburan dalam pasaran saham di Jepun kerana merasakan kerja-kerja pembinaan semula akan memberi banyak kecairan kepada equity.
No comments:
Post a Comment