Monday, April 4, 2011

LET'S GET PHYSICAL ( JOM MILIKI FIZIKAL EMAS & PERAK )

Salam kepada para pembaca sekalian,

Posting kali ini saya petik dari buku Guide To Investing In Gold & Silver  (Panduan untuk melabur dalam Emas dan Perak ) tulisan Michael Maloney yang cukup terkenal tu.

Mike adalah pakar pelaburan logam berharga (precious metal) dan pakar sejarah sistem kewangan antarabangsa (monetary). Website beliau Goldsilver.com mejadi rujukan ramai pelabur Emas dan Perak di seluruh Dunia.

Bagi mereka yang baru berjinak2 untuk menyimpan Emas dan Perak , saya amat mencadangkan agar anda memilikinya sebagai bacaan. Anda boleh dapatkannya di Kedai Buku MPH dengan harga RM69.90

Ramai orang terperangkap & berpandangan bahawa mereka tidak perlu memiliki fizikal emas & perak di tangan mereka.Samada mereka fikir mereka  boleh memperolehi lebih banyak keuntungan dengan hanya membeli saham berkaitan emas samada mining stock , kontrak hadapan ETFs atau kalau di Malaysia akaun pelaburan emas yang dikendalikan oleh Bank Perdagangan.

Jika anda berfikiran begitu ia sebenarnya adalah kesilapan besar. Pertamanya jika semua orang hanya membeli saham syarikat perlombongan emas atau akaun pelaburan emas dan tiada siapa membeli fizikal emas & perak , maka harganya tidak akan naik. Malah akan berlaku penurunan harga kerana kekurangan permintaan (lack of demand).

Keduanya, segala akaun pelaburan emas di Bank & saham syarikat emas adalah saham 
ataupun sijil kertas semata. Ianya bukan fizikal emas dan perak. Ianya adalah saham milik syarikat yang mengeluarkan emas atau perak manakala akaun pelaburan emas di Bank diurus oleh Bank itu sendiri. Kerana itu ianya dipengaruhi oleh suasana pasaran seperti krisis matawang ,kejatuhan pasaran saham, ketidakstabilan politik , peperangan malah salah urus tadbir pihak Bank sendiri.

Manakala emas dan perak tidak dipengaruhi oleh semua faktor tersebut. Bilamana krisis kewangan berlaku atau pasaran saham merudum , harga emas dan perak akan terus melonjak tinggi ibarat roket.

Kerana itu ada beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki sendiri fizikal emas dan perak di tangan anda. Antaranya adalah :-

1. Untuk lebih 5,000 tahun, Emas dan Perak adalah satu-satunya aset yang tidak pernah gagal. Kerana ianya adalah tangible asset yang punya inherit value. Maknanya nilai emas dan perak itu ada dalam logam tu sendiri (instrinsic value). Kerana itu kuasa belinya  (purchasing power) tidak pernah jatuh kepada kosong berbanding duit kertas atau fiat money.

2.   Emas dan Perak adalah aset kewangan yang boleh dimiliki oleh anda sendiri secara individu atau private sepenuhnya. Bermakna ia milik anda sepenuhnya dan bukan sebahagian dari sistem kewangan. Anda bebas & tidak terikat dengan mana-mana Bank. Malah kalau anda memilki hartanah atau rumah sendiri pun anda  masih terikat & memerlukan sistem kewangan untuk buat tukar milik nama atau tittle. Emas dan Perak bebas dari semua itu.

3.  Emas dan Perak adalah salah satu aset kewangan yang tidak mempunyai hubungan dengan liabiliti pihak lain. Berbanding saham , bond, sijil amanah, akaun pelaburan dan sebagainya yang berkait rapat dengan prestasi pihak ataupun orang ketiga yang mengeluarkan aset2 tersebut. Malah matawang juga memerlukan camputangan Kerajaan untuk menentukan nilainya. Sekiranya Kerajaan tersebut gagal, matawang tersebut turut gagal. 
Manakala Emas dan Perak tidak pernah gagal.

4.  Emas dan Perak boleh dimiliki sepenuhnya oleh anda. Anda tidak boleh memiliki hartanah sepenuhnya walau anda mendakwa tanah tersebut milik anda kerana nama anda tertera dalam geran tanah tersebut.Kalau anda fikir anda boleh, cubalah jangan bayar cukai tanah anda selama beberapa tahun. Tengok apa bakal terjadi.

5.  Emas dan Perak adalah pelaburan lindung nilai terbaik & paling selamat (safe heaven) yang tetap akan melonjak naik walau berlaku inflasi,keruntuhan ekonomi,kenaikan harga minyak, perubahan politik & malah kerajaan , peperangan, serangan pengganas, bencana alam dan sebagainya.

6.  Emas dan Perak punya track rekod yang terbukti apabila berhadapan dengan inflasi ataupun kemelesetan ekonomi. Malah Emas dan Perak adalah kalis inflasi berbanding wang kertas yang akan merosot nilainya.

7.   Emas dan Perak mempunyai nilai yang tinggi dari segi density (kepadatan) . Bermakna tidak seperti tembaga (copper) dan minyak(oil) , jumlah Emas dan Perak yang kecil ,  punya kuasa beli yang tinggi.

8.   Emas dan Perak mempunyai perbezaan harga (spread)  jualan/ belian yang rendah  tidak seperti Berlian (Diamond) ataupun Syilling Numismatic (collector coin) yang mempunyai spread yang tinggi (15% hingga 100%).

9.  Setiap auns Emas dan Perak mempunyai nilai & harga yang sama. Setiap Berlian ataupun Syilling Numismatic (collector coin) pula mempunyai nilai yang berbeza dan memerlukan pakar untuk membuat penilaian terhadap harganya. 

10.  Fizikal Emas dan Perak adalah wang sebenar samada di dalam logam itu sendiri atapun diluar semasa anda berurusniaga membeli sesuatu barangan dengannya.

Jelas dengan semua faktor yang tersebut di atas, adalah sesuatu yang amat bijak jika anda tukarkan wang kertas milik anda kepada Emas dan Perak pada hari ini.






No comments: