Wednesday, March 23, 2011

KEKUATAN & KELEMAHAN US DOLLAR V/S HARGA EMAS DUNIA

Salam,

OK sekarang kita akan lihat fakta bagaimana harga emas dunia ditentukan oleh pasaran. Harga emas dunia boleh di lihat di www.kitco.com

Faktor pertama - kekuatan dan kelemahan $US Dollar
Apabila US Dollar kuat, hanya sedikit $USD diperlukan untuk membeli mana-mana komoditi yang didagangkan dalam $USD. Apabila Dollar lemah ia akan memerlukan lebih banyak Dollar untuk membeli komoditi yang sama.

Harga US Dollar mendominasi komoditi termasuk emas , ianya akan berubah setiap waktu untuk menggambarkan fakta samada lebih sedikit atau lebih banyak US Dollar diperlukan untuk membeli komoditi emas tersebut.

Jadi adalah sesuatu yang boleh diterima , jika ada pendapat  mengatakan pada setiap keadaan selalunya sebarang perubahan pada harga emas , ianya menggambarkan perubahan pada nilai matawang US Dollar. Dari segi kiraan matematik yang mudah apabila US Dollar mengukuh ataupun kuat, harga emas akan jatuh atau turun. Begitulah sebaliknya. Apabila US Dollar melemah atau turun, harga emas akan meningkat. Faktor inilah yang menentukan turun naiknya nilai emas di pasaran dunia.

Faktor kedua-Peningkatan bekalan ataupun permintaan terhadap emas.
Satu lagi faktor adalah kenaikan sebenar terhadap bekalan dan permintaan terhadap emas.Jika harga emas tinggi apabila diukur bukan sahaja dengan US Dollar , tetapi juga dengan matawang Euro, Pound Sterling, Yen Jepun dan setiap matawang utama dunia, pada ketika itu kita akan tahu permintaan terhadap emas adalah tinggi  dan ianya telah meningkatkan nilai dan harga emas dunia.

Sebaliknya pula, apabila harga emas tinggi dalam matawang US Dollar tetapi dalam masa yang sama harga emas rendah dalam matawang utama lain, kita boleh membuat kesimpulan matawang US Dollar telah lemah dan emas sedang hilang nilai berbanding matawang lain. Bagaimanapun kerana harga emas di dagangkan dalam matawang US Dollar ,harga  akan kekal tinggi dan ianya menggambarkan emas menjadi lebih berharga.

kitco.com memisahkan perubahan harga emas kepada 2 komponen.
Pertama - Ia menunjukkan kita berapa banyak dari perubahan harga emas  menyumbang kepada kekuatan atau kelemahan US Dollar.
Kedua - Petunjuk atau indikator berapa banyak perubahan harga emas berlaku disebabkan oleh jual beli semasa (normal trading). Menariknya apa-apa perubahan yang berlaku terhadap harga emas memaparkan kekuatan/ kelemahan matawang US Dollar. dan begitu juga dominasi matawang US Dollar kepada barangan komoditi lain.



No comments: