NEW LAUNCH: Rameshwari Handa, Chief Postmaster General, Delhi, with John Samuel (left), General Manager, India Post, launching gold coins with India Post logo in New Delhi on Friday. |
Penulis : Shivom Seth
Posted : Selasa, 22 Mac 2011
MUMBAI
Dari Pejabat Pos kecil di kawasan desa pendalaman hingga ke Bank perdagangan , pengguna di India beratur panjang untuk membeli emas.
Sementara syilling emas menjadi pilihan ramai sebagai hadiah semasa festival perayaan, pelabur yang bimbangkan kenaikan inflasi pula mengumpul jongkong emas.
Pejabat Pos adalah Organisasi terkini yang dilantik Kerajaan untuk menjual emas kepada masyarakat di India. Emas dengan standardd 24K dijual macam hot cakes( kalau kat Msia macam goreng pisang panas ) di lebih dari 466 buah Pejabat Pos seluruh negara.
Biarpun harga semasa emas tinggi, pengguna di India membeli emas dalam kuantiti yang kecil kebanyakkannya dalam bentuk syilling emas sebagai hadiah semasa musim festival perayaan. Dalam suasana musim panas, musim menuai dan musim perkahwinan sepanjang tahun, permintaan tehadap emas dilihat meningkat berkali ganda.
Syilling emas yang dijual dikeluarkan oleh Syarikat Valcambi dari Switzerland. " Selain meningkatkan pendapatan Jabatan Pos dan perkhidmatan, langkah tersebut juga membolehkan kami untuk menaikkan imej baru Jabatan Pos India sebagai organisasi yang relevan dan modern. Syilling emas di lihat mempunyai faktor penarik besar di kalangan generasi muda". Kata pegawai Jabatan Pos yang minta dirahsiakan namanya.
Mengetahui akan keghairahan dan minat tinggi yang terbit dikalangan masyarakat dari penjualan besar tersebut, Kerajaan India telah meningkatkan usaha penjualan syilling emas melalui pejabat pos di pelbagai negeri di seluruh negara.
Jabatan perkhimatan pos telah memperkenalkan projek tersebut melalui Pejabat Pos terpilih pada bulan Oktober 2008. Pada ketika itu, permintaan adalah perlahan tetapi semakin lama idea tersebut telah menarik minat orang ramai.
Pada fasa pertama projek , syilling emas dikeluarkan dalam berat 1/2 gm, 1gm, 5gm dan 8gm dijual di lebih dari 100 Pejabat Post di Bandar Delhi, Tamil Nadu, Maharashtra dan Gujarat. Iniasiatif ini kemudian di perluaskan ke Punjab, Andhra Pradesh dan Rajashtan.
Jabatan Pos juga telah bekerjasama dengan Syarikat Reliance Money untuk menjual syilling emas dengan harga diskaun. Tawaran harga diskaun tersebut telah memberi semangat kepada orang ramai untuk membeli lebih banyak logam berharga tersebut.
"Langkah yang diambil menjamin bekalan & ketulenan emas sekaligus menarik perhatian lebih ramai pengguna untuk memiliki emas pada harga yang berpatutan. Emas juga dapat dijual di kawasan pedalaman yang pada awalnya kami berpandangan agak sukar kerana masalah logistik. Akan tetapi ianya telah meningkatkan permintaan terhadap emas dengan hebat,". Kata V Gurnani, Pengarah Syarikat Relliance Money, yang bekerjasama dengan Kerajaan dalam projek usahasama ini.
Tambahan pula , Pejabat Pos India telah mengambil langkah menawarkan Diskaun 5% kepada pelanggan sempena musim perayaan. Faktor ini telah menarik minat lebih ramai pelanggan dan pelabur kecil beratur untuk mendapatkan syilling emas.
Tambahan pula , Pejabat Pos India telah mengambil langkah menawarkan Diskaun 5% kepada pelanggan sempena musim perayaan. Faktor ini telah menarik minat lebih ramai pelanggan dan pelabur kecil beratur untuk mendapatkan syilling emas.
Pejabat Pos juga menjual emas dengan harga 5%-7% lebih rendah dari harga jualan di Bank tempatan seperti ICICI Bank, Axis dan HDFC Bank, dan semua ini membantu peningkatan jualan.
Masyarakat India memang terkenal dengan tabiat membeli emas semasa musim perayaan, terutamanya ketika hari perayaan memperingati Laksmi, Tuhan Kekayaan Agama Hindu,
Mengambilkira permintaan dan sambutan luar biasa pelanggan, Kerajaan mengambil inisiatif membenarkan Pejabat Pos terus di buka terutamanya pada Hari-hari perayaan untuk menjual syilling emas kepada pelanggan yang berminat.
Inisiatif Bank
Dan bukan sahaja kaunter emas di Pejabat Pos mendapat sambutan hangat pembeli semasa musim perayaan. Permintaan terhadap emas di sektor perbankkan juga menunjukan peningkatan jualan.
``Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sentimen tersebut- pemulihan ekonomi, kemewahan dan kesedaran menyimpan yang tinggi telah mengubah pandangan masyarakat India berkaitan emas." kata Shreevardan Shetty, pegawai kanan di salah satu Bank utama di India.
Beliau menambah permintaan pelaburan terhadap emas adalah disebabkan lebihan upah di mana purata simpanan di kalangan penduduk meningkat sekaligus meningkatkan kuasa beli mereka.
Pada Jumaat, harga Emas dan Perak di pasaran Bullion kembali meningkat kesan trend pembelian firma di seluruh dunia. Sentimen pembelian emas di pasaran dunia kembali meningkat kesan dari ketidak tentuan di Timur Tengah dan krisis nuklear Jepun. Semua perkembangan ini telah melonjakkan permintaan terhadap logam berharga sebagai alternatif pelaburan.
Pihak bank melaporkan jualan emas adalah baik walaupun harga emas kini tinggi disebabkan situasi geopolitik dan kelemahan Dollar. Siasatan Bank mendedahkan terdapat kenaikan permintaan terhadap jongkong emas- dari 1gm kepada 117gm, dan emas berterusan di jadikan pelindung nilai oleh para pelabur.
``Sementara terdapat ramai pembeli memilih barang kemas perhiasan , minat tinggi terhadap syilling dan jongkong emas juga meningkat." seorang pegawai Bank berkata.
Beberapa Bank di India menawarkan syarat deposit bank bersandarkan deposit emas dalam jumlah sekecil 500gm. Bank juga menawarkan pinjaman untuk membeli barang kemas. Pinjaman sedemikian biasanya di sasarkan kepada golongan pekerja wanita berusia antara 18 hingga 55 tahun.
Pihak bank berkata sentimen belian emas melonjak walau serangan udara pihak Bersekutu untuk menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Libya telah mula dilaksanakan.
"Pelabur optimis logam berharga terutamanya emas akan terus meningkat kerana nilai logam ini telah melonjak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamaya semasa berlaku ketidaktentuan krisis politik. Suasana politiik di seluruh dunia dan krisis Libya , semuanya akan membuatkan harga emas terus melonjak." Kata seorang lagi ahli bank.
Beliau menambah sebilangan pelabur telah membeli emas dan logam berharga lain sebagai pelindung kepada inflasi, ketidaktentuan pasaran, dan kebimbangan terhadap kejatuhan pasaran saham.
Valcambi Swiss |
Valcambi adalah salah satu Syarikat pengeluar logam beharga terbesar di dunia yang terletak di Balerna Switzerland. Loji pengeluran emas Valcambi terletak di kawasan seluas 33 hektar dan salah satu loji pengeluaran emas terbesar di dunia. Jongkong emas Valcambi amat terkenal dan diiktiraf di pasaran emas dunia sebagai salah satu produk emas terbaik keluaran Swiss. Makmal pengeluaran logam beharga mereka adalah yang pertama diakreditasi oleh Kerajaan Switzerland dari segi ketulenan, perdagangan dan peleburan logam beharga (precious metal). Kemudahan di loji Valcambi di audit oleh Swiss Federal Ofice of Metrology and accreditation di bawah standard ISO/IEC 17025 dan keseluruhan operasi mereka mendapat piawaian ISO 9001. Jongkong emas Valcambi juga diiktiraf oleh Persatuan Pasaran Jongkong Emas London (London Bullion Market Association) sebagai loji penghantaran emas terbaik dan logam beharganya diakreditasi dan diiktiraf oleh kesemua pasaran tukaran logam beharga dunia termasuk New York, Tokyo, Zurich dan Dubai. Ianya adalah pengiktirafan tertinggi yang pernah di terima oleh Syarikat pengeluar emas Switzerland. Reputasi mereka sebagai loji pengeluar logam berharga di terima oleh seluruh dunia dan lebih dari 40 tahun , Valcambi adalah pengeluar tunggal jongkong logam beharga kepada Credit Suisse , Bank terbesar di Switzerland. Mereka juga mengeluarkan jongkong emas kepada kebanyakkan Bank besar dunia seperti Scotia Bank of Canada , Raiffeissen Bank Switzerland dan Relliance Money dari India. Setiap jongkong emas Valcambi di salut plastik bersama dengan sijil ketulenan (assay certificate). Sijil ketulenan mengesahkan berat jongkong, ketulenan dan kualiti emas. Setiap jongkong emas di daftarkan secara individu oleh Valcambi dan ianya menjamin keselamatan emas tersebut dan mutunya dari sebarang kerosakan. Setiap jongkong emas Valcambi mempunyai cop sijil ketulenan rasmi dari Essayeur Fondeur. Jongkong emas Valcambi Suisse datang dengan pelbagai saiz. 50 Grams, 100 Grams, 250 Grams, 500 Grams, and 1 Kilo. p.s : Kat Malaysia kalau semua Negeri boleh keluarkan Dinar Emas sendiri mcm Kelantan & Perak kan best |
No comments:
Post a Comment