Tuesday, March 22, 2011

Emas sebagai Tanda Aras Ekonomi Dunia

Salam Semua, artikel ini saya salin bulat-bulat dari http://www.nogold.com/forum/showthread.php?t=26501 untuk rujukan peribadi saya dan rakan-rakan. mudah-mudahan ia membantu meningkatkan info kita tentang EMAS.

Pendahuluan

Tidak ramai yang mengetahui harga emas adalah petunjuk ekonomi terbaik. Malah tidak banyak penulisan dalam bahasa Melayu mengenai kesan daripada trend harga emas dan maknanya kepada masa hadapan ekonomi.

Petunjuk Ekonomi

Apa dia petunjuk ekonomi? Petunjuk ekonomi boleh dibahagikan kepada 2 yang terpenting, iaitu leading indicator dan lagging indicator. Kedua-duanya berbeza.


Leading indicator ialah petunjuk bagi meramalkan masa hadapan ekonomi. Antara petunjuknya ialah trend harga emas, harga saham dan kadar inflasi. Perubahan trend ini akan mengambarkan ekonomi masa hadapan. Sekiranya harga emas dan inflasi terus meningkat ia menggambarkan masa hadapan ekonomi tidak baik. Bagaimanapun, sekiranya harga saham terus meningkat, ia akan menggambarkan ekonomi yang baik. Begitu juga sebaliknya jika harga saham merudum.


Lagging indicator menunjukkan prestasi sesebuah ekonomi semasa. Antara petunjuknya ialah kadar pengangguran, prestasi jualan rumah kediaman dan jualan kenderaan. Bila kadar pengangguran meningkat ia mengesahkan bahawa ekonomi sesebuah negara telah jatuh. Begitu juga apabila kejatuhan penjualan rumah dan kenderaan ia menunjukka ekonomi tidak baik, begitu sebaliknya.

Harga Emas Petunjuk Ekonomi Terbaik

Emas dianggap petunjuk ekonomi dunia terbaik. Ini kerana emas adalah komoditi yang paling berharga di dunia.

Individu, bank pusat, dan negara semua menghargai emas sebagai komoditi berharga. Malah dari segi ekonomi, ia adalah komoditi berharga yang paling senang dijual berbanding tanah, matawang asing, saham dan rumah. Lagi pun, trend harga emas tidak pernah merosot. Ia terus meningkat secara beransur-ansur dalam jangkapanjang (trend yang sihat).

Kekuatan sebuah negara dari segi ekonomi diukur berapa banyak simpanan emas yang dimiliki. Malah kekuatan matawang sesebuah negara akan diukur berapa banyak nilai emas yang disimpan oleh Bank Negara.

Bila ekonomi tidak menentu, mereka yang mempunyai harta seperti rumah sewa, kedai sewa dan saham mula resah kerana kemungkinan pendapatan sewa dan saham tidak memberi hasil yang cukup bagi membayar pinjaman bank. Mereka mula menjual rumah dan saham dan mengalihkan kepada membeli emas.

Sekiranya ramai yang terus membeli emas, harga emas akan meningkat dengan agak mendadak. Jadi ini menunjukkan iaitu apabila harga emas terus meningkat dengan mendadak, ia akan menunjukkan masa hadapan ekonomi dunia tidak akan baik.

Tetapi apa kaitannya dengan ekonomi Malaysia. Ekonomi Malaysia pada umumnya bergantung kepada ekonomi dunia. Sebabnya, tidak ada satu negara di dunia yang akan terkecuali dan boleh gagah sendiri walaupun Amerika Syarikat. Ini kerana semua negara berdagang antara satu sama lain. Contohnya, eksport minyak sawit akan jatuh sekiranya ekonomi G-7, antaranya ialah Amerika, Jepun, UK, Canada, Italy dan German mengurangkan pembelian minyak sawit Malaysia (bila ekonomi jatuh, kuasa membeli akan merosot!).

Berdasarkan trend harga emas yang menaik mendadak sejak Jun 2007 hingga Julai 2008 dan ramalan harga emas akan terus meningkat (rujuk Gold Price Forecast), maka kita mendapat petunjuk bahawa ekonomi dunia dalam ambang kemerosotan dan ia akan mempengaruhi ekonomi Malaysia. Jadi ekonomi Malaysia sedang menuju kejatuhan. Faktor ini disokong oleh kenaikan inflasi (berpunca daripada kos minyak dunia yang meningkat) dan tekanan kepada kenaikan kadar faedah tempatan (walaupun Bank Negara cuba mempertahankan OPRnya pada 3.5%).

Saya percaya BNM akan meningkatkan OPR kepada sekurang-kurangnya 3.75% pada bila-bila masa. Jika tidak dinaikkan, akan ramai penyimpan/ pelabur besar di Malaysia akan menyimpan di luar negara yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi. Akibatnya, nilai ringgit akan jatuh. Kejatuhan nilai ringgit yang berterusan akan memberi impak yang negatif kepada negara. Ini termasuklah penarikan pelaburan asing daripada negara ini.

Kesimpulan

Oleh itu bagi ramalan ekonomi, trend harga emas akan tetap menunjukkan ramalan prestasi ekonomi dunia masa hadapan dan Malaysia.

No comments: