Wednesday, March 23, 2011

Bahaya memegang Wang Tunai- Emas dan Perak di lihat lebih selamat


Penulis : David Lavenstein
JOHANNESBURG, AFRIKA SELATAN

Sementara agak penting untuk menyimpan sedikit Wang Tunai di rumah, beberapa helai not bank lama mengingatkan David Lavenstein keburukan  menyimpan aset dalam bentuk wang kertas dan kenapa menyimpan emas dan perak adalah lebih bagus dan selamat.



Beberapa kejadian yang berlaku minggu lalu benar-benar telah membuka mata banyak pihak.
Ianya mengingatkan saya kepada kata2 yang saya pernah dengar sebelum ini.
"satu-satunya perkara yang pasti di dunia ini adalah kemungkinan yang tidak pasti". 
Seperti yang pernah saya nyatakan beberapa kali , kita hidup dalam zaman yang bergolak, dan untuk itu amat penting agar kita berhati2 dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk melindungi aset dan harta kita dengan betul.

Tiada siapa dapat menjangka gempa bumi akan melanda Japan baru-baru ini, juga krisis nuklear yang menyusul kemudiannya . Tetapi ianya adalah petunjuk kepada Bencana Alam luar jangka yang mungkin akan lebih kerap berlaku selepas ini berbanding dengan kehidupan kita pada tahun-tahun sebelum.

Berhadapan dan menyesuaikan diri dengan bencana alam semulajadi adalah satu perkara, tetapi berhadapan dengan manusia yang bertanggungjawab menyebabkan bencana alam berlaku adalah satu perkara lain.

Hari ini kita berada terlalu hampir dengan potensi untuk menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap bencana ekonomi sepanjang zaman. Sementara kita berharap ianya tidak akan berlaku , perkara paling bijak boleh kita lakukan adalah untuk mengambil langkah pencegahan.
Bencana yang saya maksudkan adalah keruntuhan sistem kewangan dunia (Global Monetary System) yang kita telahpun tahu bakal berlaku.Sekiranya ia berlaku, kita akan berhadapan pengalaman bagaimana kebinasaannya akan memberi kesan kepada seluruh dunia.

Semua simptom petunjuk terhadap keruntuhannya telah jelas. Harapan kita , satu penyelesaian dapat dijumpai sebelum ianya berlaku. Sekiranya tidak , segala kemakmuran jutaan orang ramai akan hilang sekelip mata. Kekayaan ramai orang akan terhakis dan lenyap.

Dalam kejadian minggu lalu, campurtangan Kerajaan berlaku untuk memastikan kestabilan Matawang Yen Jepun. Matawang USD/ JPY jatuh serendah 76.25 sebelum ia berpatah balik dan meningkat 8% kepada 82 berbanding USD dalam masa kurang dari 2 hari. 
Dianggarkan Bank of Japan telah membeli tidak kurang dari $25 Billion Yen. 
Euro Comercial Bank,Bank of England, German Bundesbank, Bank of France, Bank of Italy juga mengesahkan penglibatan dan campurtangan mereka.

Gabenor Bank of Japan, En Shirakawa berkata pihak bank beranggapan bahawa tindakan Jepun bergabung bersama negara kesatuan G-7 dalam pasaran tukaran asing akan menyumbang kepada formasi kestabilan kadar tukaran asing.

Seperkara lagi yang sangat ganjil adalah kekuatan matawang Yen Jepun. Negara tersebut berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, hutang kepada GDP lebih dari 200%. kadar faedah yang rendah, dan kini terpaksa berhadapan dengan krisis bencana alam.

Jika tidak kepada kesabaran & kekuatan semangat rakyatnya, kejadian tersebut pastinya akan melumpuhkan terus negara Jepun. Tetapi dalam senario ini, adalah sesuatu di luar jangkaan matawang Jepun menjadi begitu kukuh atau mungkin dalam situasi ini Dollar Amerika sebenarnya yang lemah.
Sejak 2001, US Dollar telah kehilangan 40% dari nilainya berbanding matawang lain. Ketika ini jika di ukur dengan indeks US Dollar, Indeks niaga ditutup pada tahap terendah sejak November 2010.
Jika paras ini terus merudum , US Dollar akan menuju kepada kejatuhan nilai. Dengan dasar polisi Perbendaharaan yang dilihat seolah hilang arah, keruntuhan sistem kewangan dunia di lihat sebagai sesuatu yang memang akan berlaku & tidak dapat dielak.

Pada pandangan saya, bukan sahaja Bank Pusat terpaksa bergelut mencari jalan menyusun kembali ekonomi yang runtuh , mereka juga perlu memikirkan idea yang lebih inovatif untuk menyelamatkan matawang mereka. 
Ketika ini jika Dollar Amerika terus jatuh, ianya akan diikuti dengan EURO dan kemudian Yen, dan jika ketiga-tiga Matawang utama ini terus  jatuh , kita boleh menjangka untuk melihat lebih banyak lagi campurtangan Bank Pusat yang tidak lebih hanyalah manipulasi pasaran, inflasi tinggi dan kadar faedah tinggi yang bakal menyebabkan mustahil untuk sesebuah negara mengekalkan kadar hutang mereka.

Baru-baru ini saya terjumpa beberapa helai nota wang kertas R200 yang saya simpan 8 tahun yang lalu.Saya bernasib baik kerana nilainya hanya R6000. Di pasaran kadar tukaran, R6000 
(South African Rand adalah bersamaan kira-kira USD860).Dalam beberapa keadaan beberapa tahun lalu , saya terlupa tentang sampul surat tersebut apabila membuang barang lama.Secara tak sengaja saya terjumpa kembali sampul surat tersebut yang mengandungi beberapa not wang kertas.Tetapi terdapat satu masalah. Tiada siapa mahukan note tersebut. Saya tidak boleh membeli apa-apa dengan menggunakan wang berkenaan kerana kerana ianya telah di tarik keluar dari kitaran pasaran.

Wang kertas tesebut hanya berusia 8 tahun dan ianya bukan wang palsu. Dan tiada tarikh luput di cetak di mana-mana permukaan wang itu.
Akhirnya saya pergi ke Bank tempatan dan dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menerima wang tersebut dan saya terpaksa pergi ke Bank Pusat untuk menukarnya. Saya pergi ke South African Reserve Bank dan wang tersebut berjaya di tukar dengan nota R100 tanpa sebarang masalah.
Sebab utama saya mengaitkan cerita ini adalah untuk mengingatkan anda , pada bila-bila masa , mana-mana kerajaan boleh melakukan apa sahaja terhadap matawang wang negara mereka.Jika anda salah seorang individu yang suka menyimpan wang tunai anda di bawah bantal, anda perlu memikirkan kembali amalan tersebut.
Ianya akan memalukan anda, kerana bila anda ingin menggunakan wang yang anda simpan ataupun jumpa tadi , ianya telah tidak mempunyai nilai lagi.
Tapi yang pentingnya , sementara ianya bagus untuk menyimpan sedikit wang tunai di rumah bagi tujuan kecemasan yang tidak dijangkakan , ada alternatif lain untuk menyimpan tunai.
Dan menyimpan wang tersebut dalam bentuk emas dan perak adalah cadangan yang paling bagus.
8 tahun lalu, semasa saya tersalah letak wang tunai tadi , harga emas sekitar $USD350.00 se auns, dan ketika itu harga emas Kruggerand keluaran Afrika Selatan adalah sekitar R2000. 
1 kilo Perak bernilai tidak lebih dari R1000 iaitu kira-kira $USD5.00 satu auns. 
8 tahun lalu , saya boleh beli 3 Kruggerrands atau 6 kilo Perak dengan wang R6000 tadi.
Kalaulah saya buat begitu, nilai wang saya telah berganda 3 kali ganda jika saya membeli emas Kruggerand ataupun 6 kali ganda jika saya membeli Perak.

  
TECHNICAL ANALYSIS


Harga Emas bergerak naik sekali lagi. Bagaimanapun harga perlu berada di paras key resistance level (R1) pada $USD1445.00 satu auns sebelum kita melihat ia naik kembali.
Source: http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page103855?oid=123410&sn=Detail&pid=102055
 

No comments: