Thursday, March 24, 2011

WIKILEAKS DEDAHKAN TINDAKAN IRAN MENGUMPUL EMAS

Reverse of Iranian Gold One Azadi of 1993


 Obverse of Iranian Gold One Azadi of 1993 - 1994
Obverse of Iranian Gold One Azadi of 1993 - 1994




oleh Vedran Vuk

Hanya masa yang menentukan apabila kabel Wikileaks mendedahkan sesuatu yang menarik berkaitan emas. Kabel bertarikh Jun 2006 mendedahkan bagaimana Bank of England menyedari terdapat pembelian besar emas oleh Iran.

Dari satu sudut, ianya adalah tindakan yang tepat. Saya masih ingat bagaimana membeli beberapa auns emas pada ketika itu.Pada 15 Jun 2006 , harga emas adalah $USD574.25 per auns.

The Financial Times notes:
Pemerhati pasaran percaya Tehran telah menjadi salah satu pembeli terbesar jongkong emas dalam beberapa dekad ini selepas China, Russia dan India, dan salah satu dari 20 negara pemegang rizab emas terbesar dunia.
Mereka menganggarkan Iran memegang lebih dari 300 tan emas , meningkat dari 168.4 tan pada tahun 1996, tarikh di mana data dikumpul oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ianya adalah strategi yang amat menarik. Peperangan dan ketidak tentuan politik menjadi antara penyebab utama kejatuhan matawang dan inflasi. Memang sesuatu yang bijak untuk melindungi dari sebarang risiko tersebut dengan memegang dan menyimpan emas. Sementara terdapat ramai pegawai yang agak gila di Iran, seseorang masih lagi menggunakan akal fikiran dengan bijak di sana.

No comments: