Saturday, February 5, 2011

SYILING EMAS DAN PERAK YANG BESTTTT...

Terdapat empat (4) jenis syiling emas dan tiga (3) jenis syiling perak terkemuka yang paling best di dunia. Ini kerana selain dikenali dan menjadi buruan, ia juga amat laris dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran emas dan perak seluruh dunia.

Empat jenis syiling emas yang dimaksudkan ialah American Gold Eagle, American Buffalo, Canadian Maple Leaf dan syiling emas yang terawal dihasilkan iaitu South African Krugerrand. Namun dalam keempat-empat syiling emas tersebut, hanya American Buffalo dan Canadian Maple Leaf sahaja yang mempunyai ketulenan 24 karat atau 99.99% kandungan emas, manakala syiling emas American Eagle dan South African Krugerrand masing-masing berketulenan 22 karat.


Manakala bagi syiling perak pula ia terdiri daripada American Silver Eagle, Canadian Maple Leaf Silver dan Austrian Philharmonic Silver. Di antara ketiga-tiga syiling perak tersebut, hanya Canadian Maple Leaf Silver sahaja yang mempunyai ketulenan perak 99.99% lebih tinggi berbanding dengan American Silver Eagle dan Austrian Philharmonic Silver

Bagi anda yang gemar mengumpul syiling emas dan perak anda amat digalakkan membeli syiling bersaiz 1 Ounce (31.1gram) serta mempunyai ketulenan yang tinggi . Ini kerana dengan membeli syiling bersaiz 1 Ounce anda akan dapat memaksimakan keuntungan kerana spread atau perbezaan peratusan harganya adalah kecil.

Jika anda membeli syiling emas pecahan atau gold fractional coins seperti 1/10, ¼ dan 1/2 Ounce, selain daripada spread yang besar anda juga akan dikenakan caj tambahan seperti bayaran premium, atau yuran, untuk setiap pembelian syiling2 tersebut.

Misalnya, jika anda membeli 10 keping syiling emas 1/10 Ounce berbanding dengan sekeping syiling emas 1 Ounce, walaupun anda mempunyai jumlah yang sama seperti sekeping syiling emas 1 Ounce, namun kos bayaran premium untuk 10 keping syiling emas 1/10 Ounce akan lebih tinggi daripada sekeping syiling emas 1 Ounce.

Kesimpulannya untuk memiliki pelaburan syiling emas dan perak pada nilai yang sebenar anda digalakkan membeli sekeping syiling emas dan perak bersaiz 1 Ounce. Pada masa yang sama belilah syiling emas dan perak yang berketulenan tinggi serta diiktiraf. Barulah pembelian anda nanti terasa berbaloi-baloi :)

No comments: