Syiling Kijang Emas merupakan antara syiling emas paling dikehendaki dan diburu oleh peminat2 emas. Ia pertama kali ditempa pada Disember, tahun 2000. Semua sedia maklum, ia telah dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 17 Julai 2001, kira2 sedekad yang lalu.
Kijang Emas merupakan syiling emas ke 12 yang dihasilkan di dunia selepas syiling2 emas terkemuka yg lain seperti South African Krugerrand, American Eagle, Canadian Maple Leaf, Chinese Panda, Australian Kangaroo dan bermacam2 jenis lagi syiling emas terkemuka dunia.
Tapi perasan tak? di antara banyak2 syiling emas tersebut hanya Kijang Emas sahaja yang tidak dihasilkan lagi. Berbanding dengan syiling2 emas terkemuka yang lain, seperti Krugerrand, Maple Leaf, Chinese Panda dan Kangaroo ia masih terus aktif dihasilkan sehingga kini mengikut tahun pengeluarannya. Jika dilihat pada muka syiling Kijang Emas, kali terakhir ia dicetak atau dihasilkan adalah pada tahun 2003. Ini bermakna pengeluarannya hanya sempat dilakukan selama lebih kurang 3 tahun sahaja. Persoalannya mengapa boleh jadi begitu????
Sedar atau tidak, syiling Kijang Emas yang berada di pasaran sekarang adalah syiling2 Kijang Emas yang lama… boleh dikatakan rare, maka tidak hairanlah mengapa ia sukar dan jarang2 untuk didapatkan terutama yg bersaiz 1 Ounce (31.1gram) sehinggakan ada yang mengatakan 'Kijang Emas telah pupus'.
Kebanyakan yang berlegar2 dipasaran adalah merupakan syiling Kijang Emas circulated yang sering bertukar2 tangan dari pemilik lama ke pemilik baru. Kalau nak cari keluaran yang terbaru atau uncirculated memang tak akan jumpa dah, kerana BNM memang tidak lagi mengeluarkannya.
Yang aneh dan peliknya.. mengapa syiling emas yang popular dan banyak permintaan itu tidak dihasilkan lagi oleh BNM???. Paling ketara, penghasilannya seakan-akan terkubur seiring dengan pengunduran Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang merupakan pemikir dan pencetus idea pembikinan Kijang Emas tersebut. Bagaimana sekiranya Tun Mahathir masih lagi menjadi PM??? Mungkinkah Kijang Emas akan terus membiak tahun demi tahun??. Wallahualam.
p/s: Sifat rare Kijang Emas membuatkan ia semakin bernilai tinggi dipasaran. Justeru kepada pemilik2nya pelihara dan jagalah ia sebaik mungkin. Kalau boleh simpanlah, jangan selalu sangat dipajak melainkan kalau terdesak. Sebab ada sesetengah cawangan Ar-Rahnu sengaja mencalarkannya agar ia jatuh nilai dan tidak diterima oleh Maybank jika anda ingin menjualnya semula.
No comments:
Post a Comment