Saturday, February 5, 2011

ZAMAN DAH BERUBAH: EMAS SEBAGAI GANJARAN

Salam Hormat,

Syabas!!! kerana anda menunjukkan minat terhadap emas. Emas merupakan wang sejati yang sentiasa bernilai di mata manusia sejak berabad lamanya.

Sedarkah anda bahawa wang kertas di dalam dompet dan akaun anda nilainya sering dimamah dan diratah INFLASI. Semakin hari nilainya semakin susut. Lebih menyedihkan ia berlaku tanpa kita sedari. Jika 5 atau 10 tahun yang lalu wang RM 50 boleh bertahan sehingga dua tiga hari, tetapi kini RM 50 tak sampai sehari pun ia boleh habis dibelanjakan.

Adakah anda perasan?? Jika dahulu semua peraduan menawarkan ganjaran berupa hadiah wang tunai dengan jumlah yang lumayan. Tetapi hari ini jika kita lihat, terdapat banyak peraduan yang mula menawarkan hadiah berupa JONGKONG EMAS sebagai ganjaran utama kepada pemenang bertuah. Tak percaya??? Sila lihat gambar-gambar yang dilampirkan:

Ketika ini terdapat PERADUAN SENANG MENANG Mr. POTATO yang menawarkan hadiah utama berupa jongkong emas bernilai RM 88,888.00 sebagai hadiah utama kepada pemenang yang berjaya meneka berat ikon-ikon di dalam gambar tersebut secara tepat atau hampir tepat.




Manakala PUBLIC BANK pula menawarkan ganjaran emas bernilai RM 800,000.00 untuk pelanggan yang mendaftar dan membuka akaun atau produk dengan mereka.



CIMB BANK juga tidak ketinggalan menawarkan peluang yang serupa untuk pelanggan mereka. Kepada pelanggan yang mendepositkan atau membuka akaun simpanan CIMB mereka berpeluang memenangi hadiah utama 1 Kg gold bar



Dua tahun lalu pada Jun 2008 pula, MILO telah mengadakan peraduan “Milo One Voice for Gold contest”

Prizes :


Grand Prize – RM1,888,888 Cash money


1st Prize  – 1kg of Gold

2nd Prize – 500g of Gold

3rd Prize  – 250g of Gold


17 x Consolation Prizes – 50g of Gold


Weekly Prizes


18 x Gold Voucher worth RM500 each (for 9 weeks)


Emas tersebut telah dimenangi oleh seorang lelaki berbangsa Cina. Kenapa?? Kerana lelaki tersebut merupakan ribuan orang Cina yang menyertai peraduan tersebut. Ini kerana orang-orang Cina sangat sukakan emas. Mereka telah lama mempunyai kesedaran untuk melabur dan menyimpan emas berbanding dengan bangsa kita.


KENAPA BANYAK SANGAT PERADUAN YANG MENAWARKAN EMAS SEBAGAI GANJARAN?????


Ini kerana ramai pihak telah MENYEDARI NILAI DAN KEPENTINGAN EMAS berbanding wang kertas.

Ingatlah teman sekalian, SATU JALAN, agar kita dapat hidup sejahtera ialah dengan mencari cara untuk menyorokkan wang daripada dibelanjakan oleh diri kita sendiri, bagi membentuk SEBUAH PELABURAN.

Justeru PELABURAN EMAS adalah jawapannya. Ini kerana simpanan dalam bentuk emas bukan sahaja mampu ‘menyorokkan’ wang anda dari dibelanjakan sewenang-wenangnya, malah ia turut mampu MENGGANDAKAN WANG ANDA.

Selain itu ia juga dapat memelihara NILAI WANG dan HARTA anda dari diratah rakus oleh inflasi. Pendek kata EMAS KALIS INFLASI SERTA MAMPU MELINDUNGI NILAI KEKAYAAN ANDA.

Perlu difahami, bahawa pada zaman ini, melabur dan menyimpan bukan lagi dimonopoli oleh orang-orang kaya yang terdiri daripada golongan bangsawan, hartawan, jutawan, peniaga, pemilik kilang, CEO, pengurus pelaburan dan sebagainya. Tetapi pada zaman ini SESIAPA PUN tidak kira sama ada anda pelajar, kerani, technician kilang, operator kilang, eksekutif muda, peniaga kecil-kecilan atau seorang suri rumah sekalipun, semuanya boleh melakukan pelaburan pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada...

DENGAN SYARAT anda mesti mempunyai SIMPANAN, SAMA ADA SEDIKIT ATAU BANYAK. Yang penting anda perlu menabung/menyimpan.

Dewasa ini orang ramai semakin sedar dan faham, sekiranya mereka melabur dalam emas, mereka secara tidak langsung melindungi diri mereka sendiri daripada pelbagai risiko ketidaktentuan ekonomi seperti penyusutan nilai matawang dollar USD, inflasi yang tidak disangka atau keuntungan yang rendah daripada harta yang dimiliki.

Orang ramai telah mula membeli emas kerana ingin memiliki asset yang berharga dan tidak susut nilai. Emas adalah asset dan wang sebenar, ia mudah dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja serta mudah didagangkan. Selain itu ia juga berpotensi untuk mengalami kenaikan harga di masa hadapan di samping mampu melawan inflasi dan menjaga nilai harta anda.


Oleh itu kumpul dan simpanlah wang anda, kemudian tukarkannya kepada emas sebagai pelaburan jangka masa panjang serta penyimpan nilai yang kukuh untuk menjamin masa hadapan anda dan keluarga.


Jadilah pelabur bijak dengan menyimpan dalam bentuk emas.
Emas adalah wang sejati, jadikan ia sebahagian dari portfolio pelaburan anda.

No comments: