Friday, April 12, 2013

SI PENCETAK WANG PUN SIBUK MEMBELI EMAS
















Sesiapa yang ingin mengetahui kebenaran di sebalik ancaman inflasi terhadap kekayaan mereka sewajarnya mengabaikan semua kenyataan & amaran Bank Pusat berhubung inflasi, sebaliknya melihat apa yang dilakukan oleh Bank2 Pusat ini.

Permintaan emas global pada tahun 2012 mencatat satu lagi rekod tertinggi berjumlah US$236.4 billion menurut laporan terkini World Gold Council’s. Ianya peningkatan 6% nilai sebenar pd suku tahun ke 4 iaitu peningkatan US$66.2 billion, peningkatan suku tahun ke 4 tertinggi menurut rekod. Permintaan emas global bagi suku tahun ke 4 2012 meningkat 4% kepada  1,195.9 tonnes.

Pembelian emas oleh Bank Pusat utk 2012 melonjak 17% berbanding 2011 kepada 534.6 tonnes. Mengambilkira rekod aktiviti belian emas oleh Bank Pusat, ianya adalah belian tertinggi sejak 1964. Pembelian emas oleh Bank Pusat berada pada kedudukan 145 tonnes pada suku tahun ke 4 2012. Ianya adalah peningkatan 9% berbanding tempoh sama 2011,  peningkatan sukuan utk tahun ke 8 berturut2 sejak Bank Pusat menjadi pembeli emas utama dunia.

Nota… Bank Pusat, sementara terus melaksanakan aktiviti mencetak wang & menafikan risiko inflasi bakal melanda, telah membeli lebih banyak emas pada 2012. Lebih mengejutkan ianya  adalah belian tertinggi sejak 1964.

Sejak menjadi pembeli utama emas dunia pada 2010, Bank Pusat secara konsisten terus meningkatkan belian logam berharga berkenaan secara besar2an.

Pada 2010, Kerajaan di seluruh dunia telah membeli 77 tonnes emas. 

Pada 2011 jumlah belian meningkat kpd 457 tonnes

Dan tahun lalu (2012) ia meningkat kpd 535 tonnes

Secara keseluruhan jumlah belian terkumpul adalah 1,000 tonnes sejak 2009. 

Pada harga emas hari ini iaitu sekitar US$1600 per ounce, jumlah wang yg terlibat bernilai lebih US$56 billion.

Isu pokoknya di sini bukanlah jumlah wang yang terlibat (Apalah ada pada wang US56 billion yg digunakan utk membeli emas jika dibandingkan dgn wang baru yg di cetak Bank Pusat berjumlah lebih US$10 trillion sejak 2007), tetapi trend yg kita boleh lihat : Bank Pusat adalah penjual utama emas sejak berdekad lamanya sebelum bertukar menjadi pembeli utama pula pada 2010.

Pelabur besar lain di pasaran juga dilihat amat berminat untuk memegang sendiri emas masing2. Bukan janji penghantaran emas masa hadapan berbentuk sijil , tetapi logam fizikal nyata.

Jerman adalah negara yg mempunyai rizab emas ke 2 terbesar dunia selepas Amerika Sykt.

Sejak awal tahun 80an, negara tersebut menyimpan majoriti rizab emasnya di peti besi simpanan milik Federal Reserves di New York. (45% di New York, 13% di London, 11% di Paris dan bakinya 31% di Frankfurt).

Isnin lalu Bank Pusat Jerman Bundesbank mengumumkan, ia akan memindahkan sebahagian besar rizab emas negara tersebut dari Amerika Sykt & kesemua rizab emasnya di Peranchis kembali pulang ke Frankfurt.

Hampir separuh dari rizab emas Jerman di simpan di peti kebal Federal Reserve Bank di New York — Jongkong emas bernilai Berbillions US Dollar bersama dokumen  sejarah selepas perang terperosok di kubu bawah tanah jalan di  Lower Manhattan New York.

Kini Bank Pusat Jerman berhasrat utk membuat pengeluaran besar2an - berjumlah sekitar 300 tan kesemuanya.

Pada hari Rabu, The Bundesbank berkata , ia akan mula memindahkan sebahagian besar rizab emasnya yg merupakan ke 2 terbesar di dunia selepas A Sykt. Matlamatnya adalah utk menyimpan sendiri lebih dari 50% rizab emas milik negara di dalam peti kebal Bundesbank di Frankfurt menjelang 2020.…

Polisi baru ini juga melibatkan pengeluaran sepenuhnya 374 tan emas milik Jerman atau 11% dari jumlah keseluruhan rizab emas Jerman yang di simpan di Banque de France , Paris. 

Para pegawai Bundesbank pantas membuat kenyataan bahawa tindakan ini tidak menggambarkan keraguan Jerman terhadap kejujuran Peranchis atau sifat tidak percaya negara berkenaan terhadap jirannya. Sebaliknya ia kerana Peranchis dan Jerman kini berkongsi matawang yang sama iaitu Euro. Utk itu tiada sebarang keperluan rizab emas tersebut perlu di anggap sbg insuran jika berhadapan dgn krisis matawang.

Pengumuman ini disambut dgn kenyataan biasa politik bahawa keputusan tersebut tiada kena mengena dgn kurangnya kepercayaan antara Bundesbank dan The Fed atau Bank of France, tetap mesejnya jelas: Jerman dapat melihat apa yg berlaku terhadap ekonomi dunia & bersedia utk memindahkan sekaligus melindungi rizab emasnya.

Perkara yg sama juga berlaku di Texas, Amerika Sykt:

Wakil Republikan bagi Negeri Texas, En Giovanni Capriglione mengusulkan rang undang2 mendesak jongkong emas milik negeri berkenaan di pulangkan semula kpd Negeri tersebut. Penguatkuasaan undang2 berkenaan bakal menarik keluar rizab emas bernilai US $1 billion dari peti besi simpanan The Fed di New York & usul ini telah di sokong oleh Gabenor Texas En Rick Perry.

Krisis kewangan di Cyprus yang menyebabkan berlaku situasi panik 'bank run' (org ramai berebut2 mengeluarkan wang dari bank) & penutupan institusi kewangan dilaporkan mendorong sokongan terhadap usul mengembalikan jongkong emas milik negeri Texas. Berikut adalah kenyataan En  Capriglione berhubung bill atau rang undang2 yg di usulkan beliau:

“Pada kami amat penting utk menyimpan emas milik kami sendiri, dgn risiko berlaku 'bank run' di merata dunia & krisis kewangan yg semakin memburuk, rakyat merasa bimbang jika sekiranya berlaku 'malapetaka ekonomi' tiada apa yang tinggal utk di sandarkan kpd emas2 milik kami.”

Gabenor Perry menegaskan sekiranya Texas memegang emasnya sendiri, maka tidak ada pihak lain yg boleh mempersoalkan samada negeri tersebut boleh menuntut pemilikan jongkong emasnya. En  juga menyatakan bahawa Texas tidak berminat utk melaksanakan sistem piawaian emas (gold standard) sendiri. 

En Capriglione manambah , usul rang undang2 mengenai jongkong emas tersebut di kemukakan bertujuan utk meningkatkan reputasi perlindungan fiskal negeri tersebut. Penjawat awam di Texas juga merasakan asset berharga logam emas mereka juga  amat berguna sekiranya krisis fiskal antarabangsa melanda Amerika Sykt pd masa akan datang.

Rang undang2 tersebut juga menegaskan bahawa Texas tidak berminat terhadap emas dlm bentuk sijil dari Federal Reserves, mereka mahukan emas fizikal sebenar bagi tujuan di simpan di Texas Bullion Depository

Memindahkan asset berbentuk jongkong emas bernilai US$1 billion dari New York ke Texas akan menjadi satu tugasan yg besar. Sesetengah org berkata ianya tidak praktikal utk di lakukan. En Capriglione mencadangkan agar emas2 tersebut dijual di dalam peti besi simpanan New York tanpa memindahkannya keluar. Kemudian menggunakan wang tersebut utk membeli balik emas yg sama di Texas.

Pelabur terlupa bahawa satu2nya peranan utama yg perlu dimainkan oleh Bank Pusat adalah mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sistem bank . 

Atas sebab itu, mereka tidak akan sekali2 mengaku bahawa inflasi akan membawa masalah. Tetapi jika inflasi bukan merupakan satu masalah , MENGAPA BANK PUSAT SIBUK MEMBELI EMAS DGN RAKUS?

Dgn ingatan tersebut, sekarang adalah masa terbaik utk anda mempersiapkan diri terhadap bencana inflasi.

Salam,



Graham Summers

 


No comments: