Wednesday, April 24, 2013

PEMBELI DARI TANAH BESAR CHINA MELABUR BERBILLION DOLLAR UNTUK MEMBELI EMAS




Suasana di setiap satu daripada 4 kedai emas Chow Tai Fook di sepanjang Jalan Causeway Bay's Hennessy Hong Kong kelihatan serupa, ribuan pembeli di lihat sedang berpusu2, berebut membeli barang kemas, syilling dan barangan emas lainnya.

Minggu lalu, pelabur emas di tempat lain di seluruh dunia sibuk 'membuang' logam berharga mereka membuatkan harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh 3 dekad.

Bagaimanapun, pembeli di Hong Kong, terutamanya masyarakat yg datang dari tanah besar China mempunyai pandangan berbeza. 

Mereka kini sedang sibuk memenuhi kedai2 emas di Hongkong, mengambil kesempatan memborong seberapa banyak emas pada harga yang pada tanggapan mereka ibarat 'harga durian runtuh besar2an.

Seorang wanita dari Zhejiang China, kelihatan dgn berani berjalan meredah hujan, mengunjungi setiap satu dari deretan kedai emas di sana. Beliau dilihat sedang meninjau rantai leher & gelang tangan & merancang utk menghadiahkannya kpd anak perempuan beliau apabila ia berkahwin kelak.

"Saya menempah percutian ke Hongkong sejak bulan Januari lalu & kebetulan masanya amat baik ketika ini. Anda tahu satu hari nanti anda perlu menyediakan 'emas kahwin' utk anak perempuan anda & saya tidak fikir anda akan jumpa peluang sebegini pada masa hadapan.

En Wang Kai, seorang pengunjung dari wilayah Shenyang China yg telah membeli produk emas bernilai HK$68,000 semasa menginap 3 hari di bandar ini berkata : Saya terlepas peluang membuat belian apabila kali terakhir harga emas berada pada kedudukan amat murah sebelum ini & saya tahu saya perlu membuat sedikit belian. Ia ibarat  pelaburan bertujuan mengimbangi perbelanjaan lain saya."

En Haywood Cheung, Presiden Chinese Gold & Silver Exchange Society, berkata jualan emas di Hongkong melonjak agak tinggi sepanjang minggu ini.

"Kami mencatat jualan sekitar HK$80 billion tetapi pada Jumaat lalu ia meningkat kepada HK$100 billion, dan menjelang Isnin- ia lebih hebat- jualan emas meningkat kpd HK$150 billion. 

Bagi emas jongkong pula, pada hujung minggu sebanyak 1 tan jongkong emas telah terjual. Ia amat jarang berlaku tatkala jualan hujung minggu," kata En Cheung.

Pelaburan dalam bentuk emas telah lama popular di kalangan golongan tua, tetapi hari ini  En Cheung melihat ramai golongan muda membeli emas ketika harga jatuh.

"Mereka mula menyedari bahawa emas adalah pelaburan paling selamat kerana berbanding peningkatan harganya sejak beberapa tahun yang lalu, kejatuhan harga emas kali ini terlalu besar & ia adalah peluang belian yg mustahil utk di lepaskan. " katanya.

Rantai emas yg dijual di kedai2 emas di Hongkong secara asasnya menjadi pilihan utama utk tujuan pelaburan.

Ia berketulenan tinggi & di jual mengikut kadar berat dan harganya di kod setiap hari. 

Tetapi mengapa pembeli dari tanah besar memberi fokus kpd pelaburan emas fizikal - barang kemas dan jongkong- apabila terdapat cara yg lebih efisyen utk melabur? 

Sebagai contoh, pelabur boleh membeli Dana Dagangan Bursa Emas (seperti SPDR Gold Shares atau iShares Gold Trust), atau saham sykt firma perlombongan, yg secara asasnya di dagangkan mengikut turun naik harga emas. Instrumen pelaburan berbentuk kertas sijil sebegini lebih mudah dibeli & didagangkan kerana ia juga bergerak mengikut pergerakkan harga emas.

Sebagai perbandingan, nilai barang kemas di tentukan oleh berat sebenar kandungan emas yang terdapat di dalamnya & ia mempunyai perbezaan harga jual dan beli (spread) pada kadar 5 hingga 10%. Kata En Martin Hennecke, pengarah Sykt Tyche Group, sebuah firma penasihat kewangan.

Ia bermakna pada bila2 masa apabila seseorang menjual barang kemas miliknya, ia akan kehilangan 10% dari nilai sebenarnya.

En Hennecke berpendapat, pembeli dari tanah besar ini mahukan emas fizikal kerana seperti kebanyakkan pelabur lain, mereka kurang percaya terhadap asset pelaburan emas bersandarkan kertas seperti Gold Exhange Trade Fund (ETF), sijil atau saham syarikat perlombongan.

Beliau berkata kajian yang dilakukan oleh World Gold Council memaparkan jumlah emas dalam bentuk kertas ataupun paper gold (ETFs, sijil dan seangkatan dgnnya) berada pada paras 78 kali lebih besar dari jumlah sebenar emas fizikal yang ada.

"Kebanyakkan org China bukanlah BODOH utk mempercayai pelaburan emas berbentuk kertas sebegini, " katanya.

Dalam masa sama, beberapa pengurus dana ETF cuba mengatasi kebimbangan org ramai dgn menyediakan tayangan video berbentuk 'real time' yg memaparkan peti besi simpanan, tempat di mana emas2 bagi dana ETF di simpan. Ia bertjuan agar pelabur mempunyai keyakinan bahawa simpanan emas berbentuk sijil atau kertas mereka merupakan pelaburan yg selamat.

Kerana itu pelaburan dalam bentuk emas fizikal lebih menarik perhatian ramai pelabur China. Tambah En Hennecke.

Bagaimanapun beliau menasihati org ramai agar membeli jongkong emas di bank kerana beza harga jual dan harga belinya lebih rendah iaitu sekitar 0.13%.


This article first appeared in the South China Morning Post print edition on Apr 22, 2013 as Jewellery a hit with shoppers amid gold slump

No comments: