Saturday, April 27, 2013

PENYUSUTAN BESAR EMAS FIZIKAL & KERUNTUHAN SKIM PONZI BARAT


Hari ini En Egon Von Greyerz memaklumkan kpd Buletin King World News (KWN) bahawa dunia kini berhadapan ancaman 'penyusutan besar' stok emas fizikal, di mana syarikat2 refiners di Switzerland terpaksa meningkatkan pengeluaran utk memenuhi bekalan.

Syarikat pengeluar emas Swiss terpaksa bekerja 24 jam, 7 hari seminggu, tetapi masih gagal memenuhi peningkatan permintaan besar global.

Berikut adalah petikan temuramah bersama beliau yg merupakan pengasas Matterhorn Asset Management di Switzerland. 

Greyerz:  “Di sekeliling kita ekonomi dunia kini semakin teruk & membimbangkan. Situasi di Selatan Eropah ibarat bencana & ianya bukan sahaja akan merebak ke seluruh Eropah malah ke seluruh dunia.

Ekonomi dunia mula menuju kehancuran. Kita sedang memasuki kemuncak 'SKIM PONZI' mencetak wang & sistem kewangan berasaskan hutang yg mula di perkenalkan kpd kita bermula tahun 1913 apabila Federal Reserves di tubuhkan. 

“Jadi selama lebih 100 tahun ini, dunia hidup dgn bermimpi bahawa dgn mencetak wang ia akan mencipta kemakmuran.

Apa yg akan kita saksikan utk tempoh beberapa tahun akan datang adalah inflasi melampau yg tidak terbayang oleh akal kita sebelum ini.

Sudah tentu, kita semua akan terkena tempiasnya , malah segolongan besar masyarakat akan lebih teruk. Hanya sebilangan kecil yg bakal bernasib baik, termasuk para pembaca KWN yang pastinya mampu melindungi kekayaan mereka bila bencana ekonomi tiba kelak.

Berbalik kpd apa yg berlaku kpd pasaran emas, ia amat luar biasa. 

Usaha serangan utk menurunkan harga emas melalui pasaran emas bersandarkan kertas @ sijil dilihat seolah 'memakan diri sendiri' & gagal dilaksanakan.

Penurunan harga emas sebanyak US$300 /auns pada beberapa hari lalu dilihat hampir kembali pulih dgn harga emas kembali meningkat 50% dari harga terendahnya dalam tempoh tidak sampai seminggu. Ia jelas sesuatu yg luarbiasa.

Serangan ke atas pasaran emas bersandarkan kertas @ sijil sering di takdirkan gagal kerana acapkali apabila harga emas dunia jatuh, akan terdapat permintaan luarbiasa & penyusutan besar dalam pasaran emas fizikal dunia.

Jika anda lihat kpd Bursa pertukaran emas Shanghai (Shanghai Gold Exchange) ,penghantaran emas dari Januari 2013 adalah berjumlah 1,030 tons. Ianya dilihat bertentangan dgn pengeluaran emas dunia utk tempoh yg sama (sejak permulaan 2013) iaitu hanya sebanyak 934 tan. Jumlahnya amat menakjubkan (permintaan utk emas fizikal) & ianya datang dari negara China.

Jika anda lihat pemilikan emas JP Morgan, jumlah penghantaran emas yg boleh mereka lakukan telah merosot 65% dalam beberapa hari yg lalu.

Dan bagi COMEX, stok mereka juga merosot sebanyak separuh daripada tahun lalu.

Premium harga emas di Singapura kini meningkat US $3/ auns..  

Premium syarikat pengeluar & penapis emas Swiss juga meningkat dgn ketara. Harus diingat syarikat pengeluar Swiss menghasilkan 70% dari emas dunia.

Mereka (syarikat penapisan emas Swiss) telahpun meningkatkan premium harga sebelum ini, dan mereka akan meningkatkannya sekali lagi & di lihat masih lagi gagal meningkatkan pengeluaran.

Pengeluaran mereka terpaksa beroperasi 24 jam sehari, 7 kali seminggu. Beberapa sykt penapisan Swiss berhadapan dgn masalah kelewatan penghantaran sehingga 4 minggu kerana gagal memenuhi permintaan pelanggan.

Jadi dunia sedang berhadapan dengan penyusutan besar stok emas fizikal hari ini . Anda boleh bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya krisis kewangan hari ini bertukar kpd bencana yg lebih besar pada masa akan datang.






No comments: