Saturday, January 19, 2013

SELURUH SIMPANAN EMAS MILIK KERAJAAN JERMAN YANG DI SIMPAN DI PETI BESI THE FED MUNGKIN TELAH LAMA 'GHAIB'









</frame>






  


Hari ini salah seorang ahli perniagaan lagenda membuat kenyataan kepada Buletin Berita King World News, “... simpanan emas milik kerajaan Jerman , yang sepatutnya di simpan selamat di peti simpanan (vaults) Federal Reserves di New York, mungkin telah lama hilang.”  

En Keith Barron, seorang tokoh yang banyak memberi khidmat nasihat (juru perunding) kepada syarikat2 terkemuka di seluruh dunia dan orang yang bertanggungjawab terhadap penemuan logam emas terbesar dunia pada suku akhir abad ini , juga percaya negara seperti Jerman , Austria, dan lainya berada di kedudukan sangat bahaya kerana menuntut agar emas milik negara mereka yang di simpan di peti simpanan Federal Reserves di kembalikan semula ke negara masing2.

Berikut adalah kenyataan En Barron:  “Perkara seperti ini telah berlaku beberapa kali.  Malah, saya masih ingat mendengarnya 6 atau 7 tahun lalu bila Muammar Gaddafi inginkan agar semua emas miliknya di kembalikan semula dari New York.  Beberapa tan telah di angkut dengan menggunakan kapal terbang dari New York ke Libya sekali dalam tempoh seminggu.” 

“Beliau (Gaddafi) sememangnya tidak mempercayai mana-mana kerajaan menjaga emas miliknya. Sudah tentu kita semua tahu apa yang akhirnya terjadi kepada nasib En Gaddafi. Emas miliknya di lihat telah hilang dan tiada sesiapun tahu di mana emas2 tersebut berada sekarang. Masalah yang sama sedang di hadapi oleh masayarakat Jerman, Austria dan beberapa negara lain ketika ini.

Mereka juga khuatir dan tidak ingin melihat berlaku kehilangan terhadap emas milik mereka....

“Dalam kes Jerman, emas2 tersebut telah di hantar keluar negara, ke negara Peranchis, dan ke Bank Federal Reserves New York semasa era Perang Dingin  kerana bimbang Russia mungkin akan menakhluk Jerman dan merampas emas2 berkenaan.

Ketakutan atau kebimbangan sedemikian mungkin menghantui negara tersebut satu ketika dahulu, tetapi hari ini tiada sebarang alasan mengapa emas milik negara Jerman perlu di simpan di tempat lain di luar negara berkenaan.

Tahun lalu, seseorang di Pejabat Kementerian telah ditemuramah dan mereka telah di tanya mengapa emas tersebut masih berada di luar negara?

Mereka berkata , 'untuk memudahkan dagangan' (To facilitate trading).  

Jelas, ianya sebab mengapa emas2 tersebut tidak sepatutnya berada di tempat lain di luar negara. Ia sepatutnya berada di Jerman sebagai warisan negara dan di pelihara sepenuhnya.

Tindakan atau langkah2 terbaru untuk membawa emas kembali ke negara asal di mulakan oleh Hugo Chavez, dan dalam kes Chavez’ tiada seorang pun tahu samada beliau masih hidup atau telah mati ketika ini.

Jadi kita telah melihat contoh atau 'pattern' yang sama bermula dengan nasib Saddam Hussein,kepada Gaddafi dan kini Chavez.

Yang jelas mana2 individu atau pihak yang cuba campurtangan atau menganggu pasaran emas atau berusaha mengancam dominasi matawang US Dollar sebagai matawang rizab antarabangsa akan berakhir dengan kematian.

Kerajaan Ecuador memutuskan untuk mengikut jejak langkah Chazes dan meminta agar emas milik mereka di kembalikan semula ke negara  berkenaan. Jadi emas tersebut telah di kembalikan semula. Dan terbaru masyarakat di Jerman dan Austria mula mempersoalkan perkara yang sama dan ianya telah menjadi tajuk utama perbincangan awam di negara berkenaan.

'Di manakah emas milik kami?'

Sekarang masyarakat Jerman memutuskan untuk mengambil semula emas milik negara mereka dari negara Peranchis, dan nampaknya sebahagian kecil dari emas berkenaan akan di hantar dari Bank Federal Reserves ke Jerman pada tahun2 yang akan datang.

Saya amat yakin dan percaya, sebilangan besar emas milik Jerman telah di pajakkan keluar ke pasaran antarabangsa melalui Bank Bullion.

Jadi realitinya emas2 milik kerajaan Jerman yang sepatutnya tersimpan di peti simpanan kebal Federal Reserves mungkin telah lama tiada atau hilang dari peti simpanan bank berkenaan.

Beberapa tahun lalu, berlaku situasi di mana Drexel Burnham Lambert sebuah Firma Bank Pelaburan terkemuka Wall Street tersungkur bangkrap. Mereka telah meminjam 17 tan emas dari Bank of Portugal, dan apabila Drexel bangkrap, Bank of Portugal langsung gagal untuk mendapatkan kembali emas2 berkenaan. Apabila Drexel bangkrap dengan sendirinya emas tersebut lenyap sama.

Jika anda lihat apa yang berlaku kepada Potugal, timbul persoalan, sekiranya berlaku keruntuhan yang sama kepada Bank Bullion , adakah emas2 milik kerajaan Jerman & negara2 terlibat akan mengalami nasib yang sama iaitu turut lenyap kerana aktiviti pajakan sedia ada, sama seperti kes Portugal?

Ianya adalah sesuatu yang perlu di fikirkan. Negara seperti  Austria dan kebanyakan negara lainnya di bayar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemajakkan emas.

Saya percaya terdapat dokumen bertulis yang menyatakan sekiranya aktiviti pemajakkan emas yang di anjurkan oleh Bank Bullion mengalami kegagalan, emas2 tersebut akan turut hllang, sama dalam kes Portugal dan kehilangan 17 tan emas milik negara berkenaan.

Saya percaya kebanyakkan emas milik negara Barat, yang sepatutnya berada di dalam peti besi simpanan Bank Pusat, telahpun di pajak keluar.

Sebahagian besar ketika ini berada di tangan individu perseorangan di negara India, dan baki yang tinggal (sekalipun jika ada) terus mengalir keluar ke Timur samada ke Negara China atau ke peti besi simpanan negara2 di Asia. 

Kesimpulannya  kebanyakkan emas milik negara Barat telahpun lenyap dari peti simpanan dan yang tinggal kini hanyalah jumlah angka yang tertulis dalam buku catatan bank.

Negara2 Barat yang terlibat dan Bank Bullion dengan sewenang-wenangnya terus menerus memajakkan emas2 tersebut (roll over program) dan apabila tiba masa untuk menebusnya semula, emas tersebut gagal untuk di kembalikan semula kepada negara terlibat.

Jadi adalah sesuatu yang menarik untuk melihat apa yang bakal berlaku. Hakikatnya ia menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap sistem bank sendiri.

Mungkin kita bakal melihat kekurangan stok berlaku apabila bank2 terlibat terpaksa memulangkan semula emas2 milik pelanggan mereka. 

Dan Bank Bullion perlu membeli emas tersebut dari tempat lain atau berhadapan dengan risiko kegagalan akibat di saman pelanggan.

Saya tidak fikir terdapat stok fizikal emas yang mencukupi  di pasaran untuk menggantikan semula pinjaman emas yang tertunggak.

Baki emas fizikal sedia ada di pasaran sememangnya amat terhad untuk dimiliki. Melihat kepada nilainya di pasaran dengan stok yang terhad, semua faktor ini sudah tentu akan menyokong kenaikan harga emas yang lebih tinggi di masa hadapan.”

No comments: