Thursday, January 24, 2013

CHINA MUNGKIN KINI TELAHPUN MENJADI PENYIMPAN RIZAB EMAS KE 2 TERBESAR DUNIA

Hari ini Pengurus kewangan terkenal dunia, En Stephen Leeb mengejutkan Buletin King World News (KWN) apabila berkata Negara China mungkin telahpun mempunyai rizab emas ke 2 terbesar dunia, mengatasi negara Jerman di tangga ke 2.

En Leeb tahu China amat berahsia mengenai kerja2 pengumpulan emas mereka kerana  percaya mereka tidak wajar mendedahkan sepenuhnya pemilikan emas yang mereka ada kepada dunia ketika ini.

Berikut adalah kenyataan lanjut En Leeb:  “Saya memberi fokus kepada pasaran logam berharga dan pertembungan menarik antara pihak Timur dan Barat, terutamanya China dan Amerika Syarikat.  

Terdapat perang ekonomi berlaku ketika ini, dan saya fikir China sudah pastinya mempunyai kelebihan yang lebih besar untuk menang.

“Mereka mempunyai ekonomi yang lebih kukuh & kuat. Juga plan perancangan yang lebih jelas tentang apa yang perlu mereka capai. 

Mereka mempunyai perspektif jangka panjang yang luas dan ianya memberi isyarat yang lebih sukar kepada Amerika Syarikat. 

Saya berdoa agar semua ini tidak benar dan berharap negara saya (Amerika Syarikat) akan bangkit dari tidur panjang mereka.

Tetapi di mana2 negara pun saya lihat ketika ini , saya lihat sumber yang semakin terhad walaupun mengenai perkara seperti teknologi..

“Saya lihat perancangan China berkaitan apa yang ingin mereka lakukan, saya lihat bagaimana mereka mengalihkan ekonomi mereka dan yang lebih penting kemahuan besar  mereka kepada emas.

Saya tahu KWN telah menerbitkan artikel malam tadi mengenai kenyataan World Gold Council bahawa China sememangnya mempunyai rancangan untuk menyandarkan matawang Yuan mereka dengan emas.

Sudah tentu, mereka akan melakukan perkara tersebut. China jelas inginkan status matawang rizab dunia. Penggunaan matawang Yuan meningkat secara konsisten dalam setiap perjanjian perdagangan di kalangan negara Asia. Tidak di nafikan ianya akan terus berkembang dengan pesat.

Saya merujuk kepada peraturan Basel III (Peraturan standard global bagi modal, risiko dan kecairan sesebuah bank) yang diterbitkan semalam. Emas langsung tidak disebut sebagai mekanisme pemangkin mudah tunai (liquidity buffer).  Ia benar2 tidak masuk akal.

Pergerakkan turun naik harga emas di pasaran (volatility) boleh di anggap jauh lebih rendah dari pergerakkan turun naik pasaran saham di sepanjang abad ini.

Adakah kecairan tunai wajar di ukur atau di urus tadbir berdasarkan pergerakkan turun naik sesuatu instrumen kewangan?

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda berhadapan dengan krisis kewangan? 

Saya sebenarnya telah membuat kajian mengenai  pergerakkan turun naik harga emas semasa krisis kewangan tahun 2007 hingga 2009. 

Pergerakkan turun naik harga emas di pasaran di lihat jauh lebih rendah dari pergerakkan turun naik harga saham.

Namun mereka (Basel) membenarkan instrumen saham di gunakan sebagai pemampan mudah tunai.

Malah mereka juga memberi kebenaran kepada Bon betaraf BBB digunakan sebagai pemampan mudah tunai walaupun kebanyakkannya telah menjunam kepada sifar.

Kali terakhir yang saya dengar, harga emas tidak jatuh menjunam kerana tiada risiko kredit yang boleh di kaitkan dengan emas.

Apa yang Basel lakukan adalah ibarat berkata ‘Kami amat takut kepada emas.  Kami tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa emas mampu menjadi matawang kerana jika ianya di dedahkan, sudah pasti orang ramai akan berebut2 untuk membeli emas, terutamanya masyarakat di Barat.' 

Sudah pasti ianya akan menjadi malapetaka besar kepada matawang kertas di Barat.

Orang2 China pastinya akan mengetawakan kami. Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa China sedang merancang untuk menggunakan emas sebagai sebahagian daripada rizab matawang mereka di masa hadapan. 

Saya mendengar berita ini dari diplomat China sendiri. Semua tindakan yang mereka lakukan menyokong realiti ini. Tahun lalu mereka telah mengimport tidak kurang dari 1,000 tan emas.

Malah China mungkin telah menjadi penyimpan rizab emas ke 2 terbesar dunia mengatasi Jerman.

Ia boleh di sahkan bila anda melihat bagaimana China  mengimport seberapa banyak emas yang termampu oleh mereka tanpa cuba menggangu atau mempengaruhi harga emas di pasaran.

Anda tidak akan percaya apa yang akan berlaku kepada harga emas. 

Saya ingin memberitahu anda dalam tempoh 3 tahun akan datang, orang ramai pastinya tidak akan percaya harga emas akan melonjak tinggi. 

Mereka pasti tidak akan percaya peluang yang Basel dan Barat berikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mengumpul emas pada hari ini.”

No comments: