Thursday, August 23, 2012

TAKDIR UNTUNG NASIB DUNIA, WANG & EMAS

President of the German Constitutional Court Andreas Vosskuhle (4th R) reads the verdict on the German government's European Stability Mechanism and the Euro Plus Pact in Karlsruhe June 19, 2012 file photo. REUTERS/Alex Domanski/Files
Reuters - President of the German Constitutional Court Andreas Vosskuhle (4th R) reads the verdict on the German government's European Stability Mechanism and the Euro Plus Pact in Karlsruhe June 19, 2012 file


Hari ini peramal ekonomi terkemuka, En Gerald Celente, memberitahu King World News, “... tanpa  Jerman tidak akan wujud Kesatuan Euro.” Beliau juga memberi amaran Finland dan beberapa negara lain sedang menyediakan plan alternatif, “...sekiranya berlaku keruntuhan terhadap Eurozone.

En Celente, yang merupakan pengasas Trends Research, lelaki yang dianggap oleh ramai orang sebagai peramal ekonomi paling terkemuka di dunia , juga berkata “... saya kini memilih emas untuk melaburkan wang milik saya."

Beliau juga membicarakan tentang pergerakkan indeks  harga emas, tetapi sebelum itu berikut adalah komen beliau mengenai Eropah“Mahkamah Agung Jerman akan mengeluarkan perintah samada terdapat keperluan untuk Jerman terus menyalurkan dana penyelamat (bailout program) kepada negara kesatuan Eropah lainnya, dan samada perlu atau tidak untuk mereka meneruskan rancangan menerbitkan program Bon Euro.

Lebih besar dari itu, samada Parlimen Jerman (Bundestag) bakal hilang kawalan terhadap kerajaan mereka sendiri dan terpaksa menyerahkan keputusan penting kewangan negara ditangan puak2 berkuasa Bank Pusat di Brussels.”

“Ia akan menjadi hari yang besar & penuh bersejarah.  Semua orang pasti akan ingat tarikh 12 September . Ianya mudah diingati kerana ianya sehari selepas tarikh 11 September. 

Saya mencadangkan agar orang ramai memberi fokus kerana pada tarikh tersebut , mahkamah Jerman akan membuat keputusan yang bakal memberi kesan besar kepada masadepan Eurozone. Ia bersandarkan kepada pengaruh & peranan besar Jerman selama ini dalam memastikan kelangsungan Kesatuan Eurozone sendiri.

Jika Jerman tidak meneruskan usaha2 menyalurkan wang bantuan (bailout)  kepada negara yang ekonominya gagal di  Greece, Spain, Italy, melalui Bank Pusat Eropah, mereka terpaksa terus membeli bon2 tidak bernilai (ibarat sampah) negara terbabit. Selain itu mereka juga terpaksa terus memberikan wang kepada Bank2 bangkrap di Sepanyol,Greece dan Italy. 

Tanpa Jerman tidak akan wujud Eurozone..

Anda boleh melihat krisis Euro mula terungkai, jika mereka membuat keputusan ianya tidak mengikut perlembagaan dalam masa kalau tidak sehari atau seminggu dua ini.

Jadi apa yang saya perkatakan kepada orang ramai , ianya ibarat amaran. Tetapi sebelum itu saya ingin tahu dimanakah wang saya kini diletakkan? 

Bagi saya, wang saya lebih selamat dalam bentuk fizikal emas.

Anda mula melihat harga emas terus meningkat naik. Pagi ini kita melihat harga emas mula naik semula ke paras US$1,640 / ounce. Ia mula mendaki sedikit demi sedikit. 

Ini adalah ramalan pergerakkan harga saya: 

Harga emas bergerak ke  US$1,670/ ounce, paras berikutnya US$1,760.  Bila harga mula bergerak melebihi US$1,760, maka kita akan melihat kembali harganya pada kedudukan US $1,900 ke US$2,000 satu ounce.

Mereka jelas tidak akan berupaya untuk menyelesaikan masalah krisis hutang Eropah, tetapi jika mahkamah Jerman tidak mengeluarkan perintah bahawa ianya tidak sah dari segi perlembagaan negara, mereka boleh terus terselamat untuk beberapa bulan lagi dengan terus menyalurkan lebih banyak wang sambil berpura-pura bahawa ekonomi berada dalam keadaan baik dan menuju pemulihan, sekaligus memastikan  skim Ponzi ini berterusan." 

En Celente juga menambah: “Mengapa ramai orang tidak menaruh kepercayaan dengan logam emas? Cuba lihat golongan mereka yang membuat pelaburan emas hari ini.

Bank Pusat seluruh dunia sedang membeli emas dengan rakus. Cuba lihat Billionaire terkemuka seperti George Soros’s & John Paulson’s yang mula mengalihkan sebahagian besar dana milik mereka kepada logam beharga tersebut. Saya rasa mereka juga tidak mengetahui mengenainya?

Mengapa perlu seseorang menaruh kepercayaan kepada wang digital? Mengapa perlu kita percayakan matawang Euro, bila melihat dalam masa tidak sampai 10 tahun, seluruh Eurozone sedang diancam keruntuhan.

Mengapa tidak seorangpun memberi perhatian kepada komen Menteri Kewangan Finland yang berkata, mereka sedang melaksanakan perancangan alternatif sekiranya Eurozone runtuh dalam masa terdekat.'

Mengapa mereka tidak mempercayai semua itu? Bagi saya, saya akan terus mengumpul emas sebanyak mungkin.”





No comments: