Saturday, August 25, 2012

ERIC SPROTT -DUNIA BAKAL BERHADAPAN SUASANA KUCAR KACIR & KERUNTUHAN EKONOMI DALAM TEMPOH MASA TERDEKAT






Hari ini billionaire terkemuka dunia En Eric Sprott memperkatakan mengenai salah satu kebimbangan besar mengenai ramalan ekonomi beliau kepada Buletin King Wordls News, “Saya sering mengandaikan bahawa sistem kewangan yang kita amalkan hari ini akan tersungkur bangkrap & ia terbukti semakin hampir berlaku. Ianya hanya kekal berfungsi jika tidak kerana program penyelamatan ataupun 'bailed out' perancang bank pusat (central planners)".

En Sprott, yang merupakan Pengerusi Sprott Asset Management, juga dipetik berkata, “Tetapi saya tidak fikir golongan central planners ini akan berjaya menyelesaikan kemelut ekonomi ini. Mereka jelas tidak akan berjaya.” 

Beliau juga juga memberi amaran, “Melihat kepada suasana ekonomi hari ini, hanya tuhan sahaja yang tahu bilakah kiamat ekonomi yang bakal menyaksikan sistem kewangan bersandarkan hutang yang kita amalkan ini, rebah menyembah bumi .

Tetapi sebelum itu, berikut adalah kenyataan beliau mengenai suasana ekonomi dalam tempoh sedekad yang lalu:  “Bila saya melihat kembali sepanjang sedekad yang lalu, saya fikir Ya Tuhan! bagaimana kita boleh melihat transaksi pertukaran bersih 2,500 metrik tan fizikal emas, dalam pasaran penawaran yang berjumlah 4,000 metrik tan yang tidak pernah berubah sejak 12 tahun. Kuantiti dagangan yang tidak pernah seimbang sejak 12 tahun lalu.

Bagaimana pasaran Gold Exchage Trade Fund (ETF) berpeluang untuk membeli emas?

Bagaimana pihak Bank Pusat yang satu ketika dahulu merupakan penjual emas terbesar boleh bertukar menjadi pembeli emas terbesar di pasaran?"

“Bagaimana Negara seperti China boleh membeli sehingga 500 tan emas dipasaran? 

Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan tiada sebarang peningkatan di catatkan dalam bekalan emas dunia?

Ia menjadi semakin ekstrim (melampau) dari hari ke hari. Jika kita melihat angkanya hari ini, saya optimis terdapat defisit atau kekurangan sebanyak 2,500 mt tan emas fizikal di pasaran. Saya boleh merumuskan Bank Pusat negara G6 terus memajak emas mereka ke dalam pasaran.

Ia tidak boleh dipanggil satu 'jualan' kerana dari segi teori mereka masih lagi memilikinya (di atas kertas) , tetapi emas tersebut telah di pajak kepada Bank Bullion yang telah menjualnya kepada seseorang, dan ia pasti tidak akan dapat dimiliki kembali.

“Saya menghidu bahawa akan tiba satu hari di mana bank pusat yang memajakkan emas mereka, mula sedar bahawa mereka tidak akan berjaya mendapatkannya kembali.

Ketika itu mereka akan menghentikan aktiviti ini dan meletakkan notis: Kami tidak akan menjual lagi. Kami telah kehilangan segalanya. Ketika itu mereka akan bertanya diri sendiri , apakah yang telah mereka lakukan? Mengapa kita terus melakukan kerja2 menindas (surpress) & memanipulasi harga emas di pasaran selama ini?

Semua orang sedar krisis kewangan sedang berlaku. Dan jika mereka (Bank Pusat yang telah memajakkan emas milik mereka) cuba untuk mendapatkannya kembali, mereka akan gagal berbuat demikian. 

Dan siapa tahu berapa tinggi harga emas bakal melonjak di pasaran, yang pastinya ia akan melonjak jauh lebih tinggi dari harganya ketika ini.

Saya bertegas terdapat 6,500 mt tan permintaan untuk emas fizikal dan 4,000 mt tan bekalan setiap tahun, dan tambahan  2,500 mt tan datang dari Bank Pusat yang memajakkan emas milik pelanggan mereka. Bayangkan jika mereka menghentikan kerja-kerja pajakan ini. Siapa tahu berapa tinggi harga emas bakal melonjak? Anda akan berhadapan dengan suasana huru-hara (suasana tonggang terbalik & kacau bilau dalam pasaran emas).

Saya boleh rasa terdapat banyak perkara yang serba tidak kena ketika ini. Kekacauan dan huru hara besar boleh berlaku bila kita semua menyedari secara prisipnya, keadaan ibarat seperi 'seorang Maharaja tidak mempunyai pakaian di badannya'. 

Siapa jangka berapa tinggi harga emas akan melonjak dipasaran. Kita tidak bercakap mengenai kenaikan tertinggi melebihi US$1,920 /auns. Kita melihat angka yang jauh lebih besar dari itu.

Saya juga merasakan banyak perkara besar bakal berlaku dalam pasaran emas. Ia ibarat tsunami , bilamana secara tiba2 ramai kumpulan pelabur baru akan memindahkan wang mereka kepada logam beharga ini. 

Pemilikan emas di kalangan individu terlalu sedikit di seluruh dunia seperti 3/4 dari 1%.  

Dan jika anda mengecualikan orang seperti En John Paulson dan saya sendiri, juga rakan lain yang sememangnya memberi fokus kepada emas sebagai asset pelaburan utama, berapakah agaknya purata pemilikan emas di kalangan individu hari ini?  

Jawapannya tiada. Termasuk jugalah dana2 pencen yang selama ini diketahui menjauhi pasaran emas dunia.

Terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh pemikir terkemuka, mencadangkan agar emas menjadi asset penting sebahagian besar dari alokasi portfolio , dengan kadar minima 2% hingga 5%.  

Jika anda berhasrat menjadi lebih agresif (menurut pendapat pakar) 10%.  Tetapi kita semua tahu bahawa kita tidak mampu meletakkan terlalu banyak wang kepada emas berdasarkan harganya ketika ini. 

Mungkin boleh, jika kita pasti bahawa harganya akan melonjak jauh lebih tinggi pada masa akan datang.

Pasaran telahpun menyaksikan kekurangan bekalan emas fizikal (yang sedia ada untuk dijual pada tahap ini). Kita sedang mempraktikan skim Ponzi bersandarkan pasaran  kertas (Ponzi paper markets) yang cuba menyembunyikan apa yang berlaku dalam pasaran fizikal.

Bagaimanapun saya boleh memberi jaminan bahawa pasaran fizikal terikat kukuh antara satu sama lain." 

En Sprott juga menambah: “Saya selalu mengandaikan bahawa sistem kewangan ini akan tersungkur bangkrap. Satu sebab mengapa ia terus bertahan adalah kerana program penyelamat (bailed out) kerajaan.

Tetapi ia jelas telah bangrap. Ya, benar mereka sedaya upaya cuba menangguhkannya. Semua dilaksanakan ibarat sebuah skrip filem yang telah dirancang, walaupun kelihatan semakin ramai orang mula campur tangan untuk menggagalkan skrip tersebut.

Mereka mengubah semua peraturan dengan perkara2 yang tidak pernah kita dengar sepanjang hidup kita. Tetapi saya tidak fikir para perancang pusat ini akan menang tangan untuk menanganinya. Mereka tidak akan menang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bilakah sistem kewangan dunia ini bakal tersungkur.

Hanya terdapat satu cara sahaja untuk kita menyelamatkan diri. Iaitu dengan memiliki asset yang mampu mengekalkan nilainya, dan sudah pasti logam emas dan perak adalah pilihan terbaik.”

Berikut komen En Sprott mengenai logam Perak:  “Saya selalu percaya bahawa nisbah atau ratio antara emas/perak akan kembali semula kepada nisbah sejarah iaitu 16/1.

Jika harga emas melonjak kepada US$3,200/ auns, mengambilkira nisbah yang sama, harga Perak akan bergerak ke US$200 /auns. 

Sudah tentu pergerakkan dari harga terendah US$26 kepada US$200 (untuk logam Perak), adalah jauh lebih baik dari pergerakkan harga dari US$1,600 ke US$3,200.” (untuk logam emas).

Hanya mereka yang bijak sahaja mampu menilainya.




No comments: