Pepatah Cina ada menyatakan 'Emas sebenar tidak gentar dengan api,’. Ia biasanya digunakan apabila merujuk kepada integriti seseorang. Tetapi saya fikir kita boleh menggunakannya dalam ertikata lebih literal. emas adalah wang sebenar yang akan terselamat dari api krisis kewangan yang sedang melanda dunia hari ini.
Awal minggu ini, Bank Antarabangsa & Perdagangan China (ICBC) meramalkan permintaan emas di China akan meningkat 10% pada tahun ini di sebalik kebimbangan berterusan krisis hutang di Barat.
Negara tersebut diramalkan akan mengatasi India sebagai negara pasaran jongkong emas terbesar dunia pada tahun 2012 dari segi jumlah permintaan emas keseluruhan, yang dijangka akan mencecah 1,000 tan tahun ini menurut World Gold Council (WGC).
Ia seolah-olah kelihatan bagi masyarakat di China, mereka melihat api semakin marak dan satu-satunya wang yang tidak akan cair di makan api akibat tekanan krisis ekonomi adalah logam emas itu sendiri.
Peningkatan permintaan terhadap logam emas sejak akhir2 ini dipengaruhi oleh kebimbangan pasaran samada tempatan dan luar negara.
Seluruh dunia kini memandang dengan penuh minat kejayaan negara kumpulan BRIC (China, India, Russia, Brazil dan Afrika Selatan) yang kini juga sedang memperlahankan ekonomi mereka. Bulan lepas kita melihat penurunan berterusan indeks pembuatan untuk tahun ke 7 berturut2.
Ia dijangka akan berterusan bilamana data laporan Amerika Syarikat untuk tempahan perniagaan seperti komputer, pesawat penerbangan dan jentera memaparkan kelembapan.Kurangnya tempahan jelas akan menyebabkan berlaku pengurangan keperluan untuk tenaga buruh.
Individu sedaya upaya cuba melindungi kekayaan mereka sebelum kerajaan bercadang mengambil tindakan lanjut dalam usaha merangsang pertumbuhan dan memerangi kesan krisis hutang di Eropah dan Amerika Syarikat, sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun 2008.
Keputusannya inflasi melonjak dan sejak itu, kerajaan telah memperkenalkan pengukuran yang ketat dalam beberapa lapangan dalam usaha menyusun semula ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan.
Adalah dipercayai, berdasarkan kepada laporan aal Jun, Kerajaan China akan melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dalam waktu terdekat. Walaupun ia kelihatannya lebih kecil dari tahun 2008 tetapi ia menjadi salah satu penyebab mengapa ramai rakyat China beralih kepada simpanan dalam bentuk emas fizikal yang terbukti lebih selamat.
Minggu lalu Bank Rakyat China (The People’s Bank of China) mengambil tindakan mengurangkan kadar faedah kepada asas 25 mata bertujuan mengurangkan kebimbangan berlaku inflasi. Kerajaan China mengumumkan bahawa perang terhadap inflasi kini bukan lagi agenda utama ekonomi mereka walaupun indeks CPI berada pada paras 3%.
Ia ibarat pedang 2 mata kepada para penyimpan. Kadar faedah yang diterima mereka bukan sahaja kini semakin rendah malah berlaku penurunan nilai akibat inflasi.
Peraturan dan undang2 pasaran hartanah mungkin akan dilonggarkan sedikit berbanding tahun 2008 yang menyaksikan lonjakan pasaran hartanah selepas perlaksanaan pakej rangsangan ketika itu.
Sekatan terhadap pemilikan hartanah telah menimbulkan masalah kepada mereka2 yang berharap untuk meningkatkan kekayaan mereka melalui pasaran perumahan.Jones Lang LaSalle menyatakan minggu ini kerajaan telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan dengan perlaksanaan sekatan ini.
“Dasar Kerajaan China adalah dengan menjejaki atau memantau kenaikan harga harta kediaman & ianya sangat berjaya. Mereka juga cuba meningkatkan bekalan dan mengurangkan permintaan. Ternyata ia sangat berjaya. Harga hartanah telah jatuh secara menyeluruh kesan dari kawalan ini.
“Kerajaan melaksanakan sebagaimana yang dirancang iaitu menyingkirkan para spekulator dari pasaran. Pada ketika ini, jika anda membuat analisa terhadap semua pembeli hartanah di China, 93% dari mereka adalah merupakan pembeli tulen yang membuat belian berdasarkan keupayaan pendapatan hasil pekerjaan mereka manakala hanya 7% terdiri dari para spekulator”
Peluang yang semakin terhad kepada individu untuk menjana wang dalam pasaran hartanah berkemungkinan juga telah menarik lebih banyak modal mengalir ke pasaran emas fizikal.
Malah media arus perdana menjangkakan lebih banyak kerja-kerja mencetak wang atau plan Quantitative Easing (QE) akan dilaksanakan oleh 4 buah bank pusat utama dunia dalam usaha menangani krisis hutang ini - The U.S. Federal Reserve, Bank Pusat Eropah (ECB) , Bank of England dan Bank of Japan.
Dalam satu survey tinjauan melibatkan 260 pengurus dana, lebih dua pertiga dari mereka menjangkakan satu lagi pusingan QE akan dilakukan oleh ECB dan separuh dari mereka menjangkakan jumlah lebih besar akan melibatkan US Federal Reserve.
Di antara mereka, 4 buah bank pusat utama ini telah menambah US$9 trillion kepada penyata kira2 mereka dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini, di mana pemulihan yang dijanjikan masih tidak menampakkan apa2 tanda akan berhasil.
Kelihatannya banyak negara, terutamanya yang tidak terlibat dengan krisis kewangan di ketuai oleh China, menyedari bahawa matlamat QE iaitu permodalan semula bank2, usaha kerajaaan mewujudkan kestabilan dalam pasaran perumahan & gadaijanji, memperkenalkan lanjutan peraturan & penyatuan fiskal di Eropah & menghadkan hutang kerajaan di Amerika Syarikat, Jepun dan Britain , semuanya akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk berakhir. Dan sehingga kini tiada sebarang bukti ianya akan berjaya sebagaimana yang diharapkan.
Sementara itu, China dilihat sedang mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan 'bola api' krisis kewangan yang sedang menuju ke negara tersebut dari Barat.
Pemilikan emas hanya menjadi sesuatu yang sah di sisi undang2 di negara China sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sejak 2011 permintaan terhadap logam berharga tersebut ibarat seperti 'letupan' kerana masyarakat China sememangnya mempunyai 'kaitan kuat' dengan emas. Kata En Zheng Zhiguang, Pengurus Besar Jabatan Logam Berharga di ICBC.
ICBC telah melihat populariti besar melalui perkongsian strategik yang ditawarkan dengan World Gold Council. Pada 2010 , kedua2 organisasi ini mengumumkan 'Plan rancangan pengumpulan emas ICBC', yang membolehkan para pelabur dari Tanah Besar China mengumpul emas melalui program kos purata sedollar sehari. Sesuai untuk mereka yang berhajat untuk memiliki emas fizikal secara jangka panjang.
Ramai orang mengambil ringan potensi emas dalam suasana krisis berbanding dengan nilaian matawang US Dollar yang dilihat lebih kukuh.
Bagaimanapun En Zheng percaya ianya bukan suatu yang perlu dibimbangkan dalam jangkamasa panjang. ‘Saya merasa optimis terhadap harga emas kerana permintaan kuat dari China.'Terlalu banyak ketidaktentuan dalam suasana ekonomi global ketika ini.’
Tahun lalu En Eric Sprott menulis , ‘kami percaya permintaan terhadap fizikal emas dan perak pada hari ini boleh diibaratkan seperti tsunami…kebimbangan mengenai inflasi secara senyap2 memberi dorongan baru kepada peningkatan permintaan logam berharga di kalangan rakyat di sana.’
Kelihatan permintaan terhadap emas fizikal tidak lagi dipacu secara senyap2. Pada April 2012, eksport emas dari Hongkong ke Tanah Besar China meningkat 65% ,sekaligus mencatat rekod baru eksport. Ianya adalah peningkatan ketiga bulan ke bulan tahun ini.
Sebagaimana laporan Zerohedge , ‘antara May 2010 dan April 2011, China mengimport 66 tan emas fizikal melalui Hong Kong. Antara May 2011 dan April 2012, angka tersebut melonjak kepada 498 tan.’

Bukan hanya pelabur individu sahaja yang mengambil kesempatan mengumpul emas ketika ini. Kita semua tahu berdasarkan angka tidak rasmi yang menunjukkan bagamana kerajaan China dilihat mempunyai 'selera yang besar' untuk memiliki seberapa banyak emas yang ada di pasaran sebagai rizab negara.
China tidak berkeseorangan dalam hal ini. Banyak lagi negara ekonomi baru muncul merebut peluang memenuhkan rizab tabungan negara mereka dengan membeli emas fizikal dipasaran.
Minggu lalu sahaja dilaporkan, Kazakhstan’s berharap dapat memegang 20% dari rizab negara dalam bentuk emas dengan membuat tambahan belian berjumlah 24.5 tan.Ianya tidak sukar dilakukan di mana ketika ini kerajaan membeli kesemua emas yang dikeluarkan dari lombong dalam negara.
Laporan terbaru juga memaparkan pembelian terkini dari negara seperti Brazil, Russia & Mexico. Tetapi persoalannya tetap sama. Mengapa kerajaan di Eropah tidak dapat melihat bagaimana rakan mereka di Timur & negara2 ekonomi baru sibuk mencari alternatif lain selain daripada amalan bailouts, QE & usaha menyelamatkan institusi bank masing2?
Negara2 tersebut sibuk mencari jalan keluar bagaimana mereka boleh melindungi kekayaan negara mereka daripada 'api kemusnahan' yang dicipta oleh diri kita sendiri, sementara para pemimpin di Barat & Amerika Syarikat terus bermain dengan instrumen kewangan moden yang tiada berkesudahan.

No comments:
Post a Comment